Sunday, February 28, 2010

Jom blogwalking bersama kak cabai


Salam semua.. hari ni kak cabai sibuk!.. sibuk bejalan .. hihihi ..rasa-rasa pegi mana?
tak jauh pun.. kawasan KL ni jugak, dah lewat malam ni baru buka internet..
ni pun baru nak buka blog.. semalam kak cabai ziarah blog jiran dan followers kak cabai..
dan kak cabai ada singgah di beberapa blog yang hebat macammmm... emmm kalau kak cabai bagi tahu pun sat gi ada yang kechik hati sebab nama blog mereka tak tersenarai.. :-(

Bagi kak cabai semua blog yang kak cabai singgah semalam hebat..sebab semua ada entry yang best.. walaupun entry bergambar.. kira entry la jugak tu..
kak cabai tahu masih ada beribu-ribu lagi blog yang kak cabai tak singgah..
harap bersabar ya..nanti kak cabai singgah.. ahaks... habis la mati pokok kak cabai kalau asyik mengadap blog saja.. apa-apa pun kena buat pelan-pelan... dont be gelojoh ;-)

Okey malam ni buat blogwalking lagi.. klik lagi apa yang patut..

Selamat semua..


Saturday, February 27, 2010

Ohh kucing kenapa melepas di sini..


salam semua..hai..masih bercuti di hujung minggu.. hari ni pergi mana..
kak cabai kat rumah tengah tahan hidung...
orang kata jiran sepakat membawa berkat.. tapi kalau jiran yang jenis penting diri sendiri ni ..mesti kita tak seronok dapat jiran yang macam tu.. jangan kata kak cabai sorang saja..semua manusia ..... hahaha nampak tu semua manusia akan buat muka kemek hidung kecut bila pagi yang indah disulami gas taik kucing.. huhhhh... siasat punya siasat..rupa-rupanya kat kebun kak cabai jugak yang jadi mangsa... ada ke orang suka bila ada taik kucing di kawasan tanah dia? pokok pun boleh mati tau..
Inilah masalahnya bila jiran kak cabai ni bela kucing.. tapi dibiar bebas kerumah orang lain.. lepas tu berak kencing di rumah orang..


kak cabai nak ingatkan di sini..pada sesiapa yang bela kucing.. terutama dalam kawasan rumah teres..tolong la jaga kucing anda yang comel tu... taik kucing busuk tau..ingat wangi ker?? eeeii... tuan dia senang le bela ... kucing dia tak berak kat rumah ..pandai cari tempat..padahal melepas najis di rumah jiran tetangga.. tak best la macam ni..kalau saudara mara kak cabai datang rumah.. mesti tak selesa.. betul tak?



Friday, February 26, 2010

Gambar terbaru kak cabai..

Ini la..hasil kerja adik kak cabai.. dia lukis untuk kak cabai.. guna pensel warna sahaja..
.. baju pun corak cabai.. mak aii keronsang cabai.. mulut tebalnya..merah lagi.. dah sama besar dengan cabai dah..

Yang ni gambar asal..


yang bawah ini semua dah edit di kilang rumahnya..

yang ni nampak gemuk.. :p terlebih makan cabai...



ooo kepala dah senget.. konon-konon nak bagi nampak ayu la tu.. ahakss



macam raja azura pun ada jugak ni.. ayunya...



mata hitammm...
amboi..runcingnya dagu ni.. meja pun dah berombak.. dagu tu boleh ganti anak batu tu..

gambar kelabu pun boleh jadi terang..
sebenarnya ada banyak lagi gambar tu.. macam-macam gaya ada...
nak bubuh takut menyampah pulak.. lima ni pun dah banyak..

sekian..




Thursday, February 25, 2010

Inai merah di jari..

carian dari google

"Merahnya inai yang dia pakai.. apa yang dia campur?"
siapa yang suka pakai inai? angkat tangan... kak cabai angakat tangan dari bulan lepas lagi.. hahaha
orang melayu bila nak kahwin mesti cari inai.. orang india pun sama juga.. inai yang merah memang cantik..
macam mana nak bagi inai merah.. siapa ada petua nak merahkan inai di jari sila kongsi yer...

kak cabai selalu pakai inai bila nak raya atau bila ada kenduri kahwin... itu pun kalau inai tu ada lebih lagi..
petua orang tua-tua kalau nak pakai inai mesti cari daun yang kecil-kecil..daun yang besar macam daun kari tu tak merah.. lepas tu ada yang bagi petua lagi campur inai tu dengan gambir... kak cabai ada buat jugak.. okey juga hasilnya merah kehitaman juga bila dah pakai selama 3 atau 4 jam..

sekarang ni nak pakai inai saja pergi la mana-mana butik andaman ada menyediakan inai..siap lukis corak lagi... ohhh... kak cabai punya wedding dulu ..tak dapat nak merasa corak-corak semua tu... zaman kak cabai dulu bila dah pakai di hujung jari .. yang last tu buat tempek bulat di tengah.. sampai sekarang kalau anak-anak kak cabai tanya mesti kak cabai kata buat bulan.. jawapan turun temurun.. dulu pun kak cabai tanya arwah tok kak cabai.. jawapan tu jugak arwah tok bagi..

carian google.. yang ni dia tambah bling bling bagi cun lagi..

Kak cabai suka tengok corak-corak yang di buat pada tangan... cantik penuh berseni.. sebenarnya kita boleh buat di rumah.. kalau siapa yang pandai ising kek mesti cekap buat kerja ni.... yang tak pandai pun boleh belajar... lama-lama esok pandai la..


ni pun dari google jugak... cantik!!



Wednesday, February 24, 2010

Sambal tempe kak cabai

Salam...sudah makan?
malam ni kak cabai makan nasi bersambalkan tempe goreng.. masa kak cabai tinggal di Kedah tak pernah pun kak cabai makan tempe.. alamak!! ketinggalan sungguh kak cabai ni...
.. di kampung kak cabai, agak susah nak cari tempe... tak macam di KL ni .. banyak tempat jual tempe.. tapi di kampung kak cabai sekarang ni pun dah ada tempe..dah ada kurang pula sambutannya.. kadang tu bila balik ke kampung teringin nak makan tempe.. alih-alih tempe yang di jual pun dah berkulat... :-(
Nah.. resepi tempe dari kak cabai


semua bahan-bahan ni kak cabai main agak-agak jer...

kacang tanah digoreng
ikan bilis di goreng
tempe dipotong nipis
semua bahan tu digoreng dengan minyak

cabai kering pilih yang kerinting ..yang licin pedas sangat..
cabai ni dimesin bersama belacan, bawang putih dan merah

Tumis cabai masukkan air sikit untuk kuah ..air asam sekali yer..masak sampai pecah minyak lepas tu masukkan semua bahan yang digoreng tadi..kacau rata..letak gula jika mahu... garam tu tak masukkan pun tak apa sebab ikan bilis tu, kadang ada yang masin.. dah siap..

ni kak cabai google jer.. sambal tempe kak cabai macam ni la jugak rupanya..
senangkan... orang lelaki bujang pun boleh buat...

selamat mencuba!


Secawan teh untuk kesihatan bersama kak cabai..



Salam... dah sarapan? sarapan apa pagi ni.. kak cabai sarapan yang simple saja..janji kenyang.. tak ada la sampai ketat perut..cukup sekadar untuk tak bagi sakit sudah la..

Ada rasa sembelit tak pagi ni... mesti tak bestkan perut tu... apa yang di makan setiap hari adalah penting untuk penghadaman perut yang baik.. sembelit ni berlaku apabila air di dalam makanan diserap terlalu banyak sewaktu di kolon. Lagi perlahan perjalanan makanan melalui saluran pencernaan lagi banyak la air akan di serap melalui kolon.. lepas tu tinja akan menjadi keras dan susah la hendak membuang..terjadilah sembelit.. mula la guling-guling kesakitan.. bukan gelak guling-guling .. :-p



Baru-baru ni kak cabai ada terbaca iklan dalam berita harian tentang Nuva Tea.. sebenarnya minum teh ni bagus untuk kesihatan..teh juga mampu menenagkan jiwa dan meningkatkan daya ingatan yang bagus..
Nuva Tea ini adalah sejenis teh herba yang melegakan masalah pencernaan. Mengandungi 10 jenis herba premium, daun dan rempah.. ianya dapat menyumbang pada kesihatan, kecantikan dan perlangsingan seperti..

  • melegakan sembelit
  • melegakan masalah pencernaan
  • membersih dan menyahtiksin
  • menguatkan pertahanan badan
  • menyegar dan memberi tenaga
  • menjadikan kulit lebih cerah berseri
  • membantu mengekalkan bentuk badan yang ideal

kak cabai rasa apa salahnya kita minum secawan teh untuk kesihatan.. lagi pun Nuva Tea ni mempunyai khasiatnya yang tersendiri.. info yang kak cabai bagi terlalu sedikit untuk dikongsi..hendak tahu yang lebih lanjut layari www.nuvatea.com

Tuesday, February 23, 2010

Bunga pegang untuk ratu



Semalam entry kak cabai berkisar tentang sepatu ratu.. hari ni kak cabai nak lakarkan tentang bunga pegang... kak cabai suka pada sesuatu yang cantik, menarik dan tertarik.. hahaha
bunga pegang ni pun penting untuk ratu sehari..kalau dulu-dulu orang kahwin tak pegang apa-apa pun.. hanya berjalan ikut mak andam..mak andam pulak mak andam otai..hahaha marah mak andam kak cabai..
Sekarang ni dah moden..pengantin dah tak malu-malu lagi dah... siap posing sana sini depan pelamin macam-macam gaya ada... bunga pegang pulak macam-macam style ada.. kenapa la zaman kak cabai tak ada semua-semua ni... alahai... ruginya kak cabai tak leh nak posing dengan bunga pegang.. tapi pelamin kak cabai cantik jugak tau... hahaha
kalau nak letak gambar kak cabai masa kahwin kat sini.. malu la kak cabai.. sebab kak cabai terlalu vogue!! :-p
Baru-baru ni kak cabai sempat google bunga pegang yang indah sungguh gubahannya di mata kak cabai.. mari kita cuci mata..






yang ni pelik sikit tapi unik..siap ada sesungut lagi..




kalau nak tengok lagi boleh singgah di
www.brides.com



Monday, February 22, 2010

Sepatu untuk ratu...


Salam... malam-malam ni sibuk semua bloggers nak buat blogwalking..terjah blog sana terjah blog sini... link sana link sini.. best hidup tanpa sempadan.. padahal dok melekat kat rumah lagi.. :-)
Balik kampung hari tu kak cabai ada banyak undangan perkahwinan.. ramai betul saudara kak cabai buat kenduri kahwin.. baju kurung pula bawa balik sikit.. nasib ada baju lama yang masih muat....bila tengok pengantin seronok saja...semuanya sedondon..dari khemah, baju, pelamin dan segala yang berkaitan seragam saja warnanya... kak cabai suka tengok sepatu pengantin.. cantik ada manik-manik mutiara.. zaman kak cabai tak ada :-(
sedihkan...

Sepatu tu la penyeri kaki, kalau nak jadi ratu sehari sepatu tu la yang paling penting.. jangan tangkap muat saja tau.. biar sedondon..kira hari tu melaram habis la... macam artis hollywood.. auuww meletup... sewa sepatu berapa yer sekarang?.... mesti mahal.. kak cabai dulu beli sendiri.. rasanya dah masuk tong sampah dah kut..alamak!! tak ada kenangan!!
mari layan sepatu ratu sehari... yang kak cabai rasa cun habis nihh..








ada lagi yang cun ke? ohh mesti ada... google jer..



Mulakan senyuman pagi bersama kak cabai..


Salam... pagi yang ceria..harap semuanya sihat.. sekolah dah mula buka.. anak-anak dah pergi sekolah.. kak cabai mula la berblog.. :-)

Mulakan pagi dengan senyuman...
kak cabai selalu mulakan hidup kak cabai dengan senyuman.. bila bangun setiap pagi kak cabai selalu senyum pada diri kak cabai di hadapan cermin untuk beberapa saat...senyum juga satu senaman.. yang mampu merangsang seluruh tubuh, otak dan hormon-hormon di dalam badan kita... jangan kedekut tau dengan senyuman nih.. boleh jadi awet muda tau...

Dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum yang kita ukir untuk orang lain itu adalah satu sedekah. Senyum juga mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik dan yang paling bagus sekali senyum tidak perlukan modal, tapi kenapa masih ada segelintir umat di luar sana yang susah nak senyum.. alahai muka masam macam limau purut.. senyumlah sikit...cuma
sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Dengan senyuman juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah membara atau juga mampu untuk memulakan
sesebuah ikatan....


Jadi mulakan hidup anda semua dengan senyuman yang paling manis sekali...
.. senyum biar bertempat... jangan senyum sinis...


Sunday, February 21, 2010

KEROPOK LEKOR BERSAMA KAK CABAI

Salam semua......kak cabai baru nak buka blog.....letih loo... Hari ni ramai pulak tetamu datang kat rumah kak cabai. Adelah...saudara kak cabai dari Kedah nuu... jalan-jalan raya cina. Maklumlah cuti raya cina tak habis lagi. Hari ni kak cabai jamu keropok lekor.. Import dari Terengganu, Losong pula tu.. sedap ooo.... Kena keropok lekor KAK YAH yang top kat Losong tu.. Teringat kak cabai masa dok kat Terengganu dulu. Sarapan dengan kepok, t/hari pun kepok, petng pun kepok juga. Tapi kepok lekor memang sedap kan.. Ditambah lagi dengan sos cili...fuhhhh.....terangkat punya. Dulu kak cabai hairan la tengok orang terengganu makan kepok yang tak goreng, rupu-rupanya kepok tu dah direbus. Alahai.. Sampai sekarang kak cabai tak suka makan kepok lekor rebus. Mesti kena goreng. Dulu kedai kepok lekor tak la cantik sangat tapi sekarang ni cuba la pergi melawat kat Losong nuu.. Fullamak rumah taukeh kepok lekor kalah rumah kak cabai. Kalau nak ke Pulau Wan Man kena lalu kat situ dulu, ala tempat Masjid Kristal tuu.. Dah 12 tahun kak cabai tinggalkan Losong lain benar wajah Losong sekarang ni. Kepok lekor ni banyak protien. Bagus la untuk sarapan, lunch ke, bila- bila pun boleh la. Jangan lupa kalau pergi Losong beli kepok lekor bawa balik kat orang kampung sama. Tahun ni kak cabai dah pergi dah melawat tempat kepok lekor tu.. tak tau la.. bila pula nak sampai ke sana lagi...Kalau rasa-rasa tak tau mana nak bercuti kak cabai cadangkan pergi la melawat Terengganu. Best laa.. sekarang ni dah banyak hotel baru. Pantai Batu Buruk pun dah tak buruk dah. Ada kuda, ada banyak gerai kepok lekor, ada banyak orang main wau kat situ. Tapi AWAS ombak besar, jangan nak terjun laut je... silap-silap kembung perut baru timbul. Harap beringatlah ye!!....

Friday, February 19, 2010

blogwalking di malam hari..



Salam..kak cabai sibuk sikit hari ni.. sibuk berkebun...ye lah dah lama tinggalkan kebun.. :-))
baru malam ni boleh buka internet Bband kak cabai ni..
Tadi sempat kak cabai buat blogwalking..entry baru tak buat lagi dah pergi buat blogwalking.. tak patut betul kak cabai.. sepatutnya kena hias rumah dulu baru jemput orang singgah...
dah pukul 10 lebih.. harap dah makan semuanya yer.. hari ni kak cabai masak menu yang ringkas sekali untuk family kak cabai.. nasi, tom yam dan ikan tamban goreng.. itu jer... selera anak-anak.. senang bela hahaha...
Dah kenyang ..hati pun senang..boleh la kak cabai pergi jelajah blog-blog jiran tetangga kak cabai...
2-3 hari ni nuff kak cabai tak mahu keluar... agaknya masih beraya...
ohh.. kak cabai rindukan lagu Mr Potatato yang panas di tengah malam...

.. kak cabai over..

Thursday, February 18, 2010

Aura cikgu dulu-dulu


Salam semua... dah ada di KL ni..
sekejap saja cuti.. :-( ... nuff kak cabai pun dah tak menyala...
Hari ni ada sekolah yang dah mula buka..ada yang belum.. ada yang buka hari isnin ni...
cikgu-cikgu mula la nak iron baju..nak pilih tudung...nak atur handbeg.. :) teringat kak cabai pada anak buah kak cabai..seorang guru muda yang ala remaja sekolah menengah.. :)

Balik kampung hari tu kak cabai lalu dekat sekolah rendah kak cabai..mula la teringat pada seorang cikgu bebangsa cina ni..

google

Muka ala Andy Lau..Cikgu Kah Peng... cikgu matematik kak cabai dan adik + sepupu sepapat kak cabai.. kak cabai kalau sembang tentang sekolah mesti teringat cikgu ni..tambah-tambah bila sembang bab sifir... cikgu Kah Peng ni ada aura.. walaupun kapcainya hanya honda c90.. dia tetap tak segan silu nak pergi kerja dengan kudanya yang buruk tu.. :( ..alah kuda buruk tak per..janji cikgu Kah Keng mesti datang sekolah setiap hari..
setiap hari cikgu Kah Peng mesti sikat rambut dia.. cermin sisi kuda tu la teman dia.. memang kemas..kalau time mengajar cikgu Kah Peng mesti penuh perasaan.. dari rambut yang kemas akan bertukar menjadi rambut yang berseqabai... hikhikhik itu la cikgu kak peng kak cabai.. walaupun bebangsa cina, kulit cikgu Kah Peng ni tak la putih sangat sebab cikgu Kah Peng ni aktif dalam olahraga sekolah.. jadi kulit dia dah macam kulit orang melayu dah..
Paling tak lupa sekali bila cikgu Kah Peng suruh anak-anak murid dia baca sifir... siapa yang tak boleh ingat..mula la dia pulak yang tolong bacakan sifir untuk anak muridnya yang tak tahu tu..

1 x berak = berak
2 x berak = berak
3 x berak = cirit

ni la sifir yang selalu dia baca kat anak murid dia.. sindiran berbentuk jenaka... :)
dan satu lagi dia suka menyanyi lagu wau bulan..

"wau bulan naik tinggi-tinggi"...

cikgu sekarang ..sama ke dengan cikgu dulu.. pada sesiapa yang jadi cikgu tu jangan la garang sangat.....murid-murid akan cepat bosan dengan cikgu itu..
memang kalau mengajar kena serius..tapi ceriakanlah sikit kelas tu dengan lawak jenaka..baru murid-murid syok sikit nak belajar dan tak mengantuk..dan bila hari guru..dapat banyak hadiah... :)



Tuesday, February 16, 2010

Jalan raya dah mula sesak

Salam semua..kak cabai masih di kampung..indahnya tinggal di kampung ..nyaman saja..

by google

Rasa sekejap saja bercuti...da
h nak kena balik KL dah..
kak cabai balik KL esok... ada yang balik hari ni ke? hati-hati ya memandu..
kak cabai rasa hari ni pun dah ramai yang
pulang ke rumah masing-masing.. esok dah start kerja ya.. kerja lah elok-elok sebelum kamu dikerjakan.. hokhokhok
kak cabai nasihatkan untuk semua .
. sebelum memulakan perjalanan..

  • Pastikan tidur cukup..
  • Jangan makan nasi banyak sangat.. boleh cepat letih..
  • bawa jajan..nak kunyah-kunyah..
  • minum le air yang memberi tenaga sikit..
  • kalau boleh bawa peneman untuk bersembang..hilang ler sikit sunyi tu..
Sebenarnya ada banyak lagi nasihat kak cabai nak bagi.. rasa-rasa sama saja nasihat tu.. tapi kalau ada yang tak nak ikut nasihat di atas boleh ikut nasihat ni...

Bawa cabai untuk jadikan jajan..dan dah pasti tak mengantuk punya.. :)




Sunday, February 14, 2010

Teringat kuih bakul dari jiran kak cabai..



Salam semua..selamat bercuti semua... hari ni nak pergi mana..ada date ke hari ni... Awas yer pasangan yang bercinta tu.. jangan terlanjur!! ingat dosa sama... pesanan ni untuk semua umat termasuk kak cabai, anak-anak dan kaum keluarga kak cabai sendiri..apa saja yang kita buat seharian..wajib kita ingat DIA YANG SATU... ALLAH S.W.T..

Hari ni banyak rumah yang kosong... ada yang balik kampung..ada yang pergi melancung..ada yang buat kenduri.. macam-macam la aktiviti hari ni.. pastikan rumah anda dikunci dengan selamat..yang ada alarm tu..pastikan ianya berfungsi.. harap semuanya semua selamat dari perompak durjana.. :p

Cuti raya cina kali ni kak cabai balik ke kampung..nun di utara Malaysia.. sekarang kak cabai berada di kampung yang permai... hari ni raya cina kan?? kak cabai nak cerita sikit tentang sambutan raya cina di kampung kak cabai...
kalau raya cina kampung kak cabai meriah tau ... ni pun masih lagi terdengar bunyi gendang cina..dah tentu ada tarian singa.. semuanya merah-merah .. ONG!!..

Raya cina dulu dan sekarang banyak bezanya.. kak cabai boleh tahu..walaupun kak cabai tak meraikanya.. ye la sepanjang jalan nak masuk ke rumah mak kak cabai semuanya cina.. dulu ada mercun papan yang merah menyala tu.. sangat-sangat meriah... kalau raya saja mesti setiap rumah tu penuh dengan mercun tu... bila kumpulan tarian singa datang dari rumah kerumah mula la bunyi mercun yang gila tu... sakit telinga dek kerana mercun merah yang ong tu..sekarang mana ada dah semua tu... hanya gendang saja dan singa yang mata kelip-kelip tu saja yang ada... singa warna warni...

google images

kak cabai suka yang lembik macam dodol..


Raya cina kak cabai pun dapat kuih bakul tau..di kampung kak cabai ni ada seorang kak cina yang mengambil tempahan membuat kiuh bakul..sebelah rumah kak cabai saja.. dia buat kerja memang cekap dan cepat .. buat kuih bakul ni pun ada pantang larangnya juga... jangan bising..shhhhh... nanti tak jadi.. macam buat tapai juga kut.. ntah la...
tapi kak cabai tak suka kuih bakul yang dah keras tu..kak cabai suka yang lembik..yang baru keluar dari periuk kukus... wahh untung tau kak cabai dapat kuih bakul yang masih lembik tu... sekarang mana nak dapat... kak cina tu pun dah pindah... orang cina kata kalau makan kuih bakul tu boleh dapat tuah..kak cabai dapat tuah apa ya?? tuah dapat kuih free lah agaknya... :)
eh kak cabai makan kuih tu halal ke?...halal sebab kak cabai tengok sendiri apa yang kak cina tu letak dari a sampai z... bekas macam mangkuk, senduk, sudu dan lain-lain tu pulak semuanya masih baru dan diasingkan dari alatan memasaknya yang lain..

Itu la hidup dalam masyarakat cina ada untungnya.. sebab kita boleh mengetahui budaya mereka... jangan gaduh-gaduh tak bagus itu macam.. macam mana nak aman kalau selalu bergaduh kannn??

Untuk semua jiran kak cabai yang vogue...Akeym (tauke kuih bakul),chong,aling nini,e-ping,ah chiang,asim,ah giok,ah tang,ah chai,pong sai,ah hiuk, to tou,an ann,pin sen,ge girl,a chu,to puie..dan lain-lain..

selamat tahun baru cina...




Friday, February 12, 2010

Petua hilangkan kutu bersama kak cabai


K.U.T.U
Kutu sungguh melecehkan...

sekejap-kejap gatal.. garu kepala macam kera... nak makan garu..tengah belajar garu.. tengah menonton garu..tengah pakai kasut garu..tengah gosok gigi garu..tengah menyanyi di perhimpunan sekolah garu...macam-macam lagi lah.. susah hidup kak cabai.. kalau benda ni terjadi lagi pada diri kak cabai..

ini lah pengalaman kak cabai masa sekolah rendah dulu..kepala kak cabai ada kutuuu..uuwwwaaaaaa.... kak cabai cerita jugak sebab kak cabai pernah mengalaminya..

Masa kechik dulu, kak cabai tinggal di kampung.. kalau di kampung tu faham-faham la kurang kesedaran sikit bab penjagaan kutu ni... emak kak cabai ni susah hati la tengok kak cabai dan adik-adik kak cabai yang lain ada kutu.. ini semua sebab terjangkit dari kawan sekolah.. ubat kutu dulu warna biru cair..hanya sapu di atas kepala biar seketika lepas tu cuci dengan shampoo.. mak kak cabai selalu buat pada rambut kak cabai dan adik-adik kak cabai..habis sebotol..pergi klinik ambil lagi sebotol..free..klinik kerajaan.. hilang la kutu tu kalau dibuat setiap minggu.. tapi bila sebulan tak buat.. ada balik kutu setan tu... eeeeiiii...

sepatutunya satu sekolah kena buat... baru hilang semua kutu tu... hairan sungguh kak cabai tak pupus-pupus lagi binatang ni...


Orang kampung kak cabai dulu suka buat eksperimen..semua nak jadi saintis... semua ada bakat terpendam


  • Ada yang guna ubat gegat yang ditumbuk hancur campur dengan minyak kelapa :p


  • Ada yang guna kaedah cari, gali dan menang.. maksudnya cari hidup-hidup..siapa dapat banyak dia la yang juara... :p


  • Ada juga yang menggunakan kekerasan+paksaan+mati katak..iaitu guna semburan ubat nyamuk macam sheltox ke ridsect ke fumakilla ke..atau apa-apa saja yang boleh membunuh dengan cara yang cepat.. :p


Itula orang kampung kak cabai semuanya ada bakat terpendam... :( = :p

Tahu tak kutu paling suka hisap darah kotor di kepala... kalau kepala tu ada bisul...lagi sedap la kutu and the gang menghisapnya... bayangkan bentuk bisul yang bulat dan lembut di tengahnya yang bernanah... kutu memang suka.. bapa kutu mak kutu tok nenek kutu memang suka... :p

kutu kechik saja sebab tu ibu bapa tak ambil kisah sangat...cuba besar macam ni

bantuan dari pak chik google
*

*


geliiiii....



Uhh... susah nak di gambarkan.. memang jijik...tetapi kenapa ibu bapa sekarang masih lagi kurang perhatian bab penjagaan kutu ini.. jangan ingat budak sekolah di KL ni tak ada kutu.. anak kak cabai pun pernah dapat dari rakan sekolah... kak cabai pulak yang pening kepala.. tetiba saja anak kak cabai bawa balik pets kerumah :( ... pets yang manja sampai boleh diusung kesana kemari ..tidur besama..makan bersama... dalam masa yang sama pets yang kurang ajar.. yang suka pijak kepala tuan dia.. :p


Tak kan nak bela lama-lama mesti la kena bunuh semua... nampak macam kejam bunyinya..nak bunuh binatang..bunuh semua pulak tu.. :( .. cara yang paling bagus kak cabai beli shampoo kutu di farmasi... bukan mahal pun... kak cabai tahu ramai ibu bapa yang malu nak pergi beli.. buatnya masa tu ramai pelanggan ..mesti semacam saja mereka pandang.. malu la... tak apa kak cabai boleh tolong dengan cara tak malu.. hikhik..


Ini dia petua nak hilangkan kutu...


minyak kelapa dimasak campur dengan bawang putih yang ditumbuk bagi hancur..sapu di rambut ..balut kepala selama 1 jam..bilas..


kak cabai dah buat dekat anak kak cabai.. dengan jayanya...

cubalah...

bersosial cara kak cabai

Salam pagi jumaat..pagi ni sungguh cerah..alhamdulillah..kak cabai baru selesai membuat kerja rumah..cuma nak masak saja.. sekejap lagi kak cabai akan masuk ke dapur pulak.. benda wajib ni tak pernah kak cabai tinggalkan.. hari ni askar kak cabai balik awal..jam 12 nanti dah keluar...kena la masak awal.. internet pun kak cabai kena terjah juga..hikhikhik... kak cabai ni suri rumah yang bijak IT... ehhh..bukan kak cabai sorang saja tau... ramai lagi suri rumah yang sewaktu dengan kak cabai yang bijak dalam bab IT!! .. suri rumah sekarang dah berubah... betul tak?
Teringat semalam masa kak cabai tengah buat blogwalking..kak cabai ada singgah satu blog ni..tuan blog ni letak gambar seorang perempuan yang tengah meriba seorang bayi... perempuan tu tengah main game...hebatkan perempuan sekarang... sambil jaga anak..sambil mengadap komputer...rasanya kalau main game ni susah nak berganjak .. tapi kalau bayi tu beyak ..huhhh kena la tunggu game over..baru boleh basuh... hikhikhik sian bayi tu... nasib anak-anak kak cabai dah pergi sekolah.. senang la kak cabai nak golek-golek goreng berokband kak cabai ni.. kalau anak kak cabai masih bayi..uuhh mesti kak cabai dah jadi macam perempuan tu.. hiiiieee.. tak sesuai...
Pada ibu-ibu..kalau nak mengadap internet ni jangan lupa tanggungjawab pulak... utamakan keluarga dulu... baru bersosial di laman sesawang ni..okey

Thursday, February 11, 2010

Jom berkebun bersama kak cabai..

Selamat pagi semua. Pagi ini sungguh indah .. kak cabai suka bila ada burung yang pok pek pok pek depan rumah kak cabai... belakang rumah kak cabai ada sarang burung.. sarang yang tergantung.. comel burung ni.. dadanya berwarna kuning.. burung apa yaaa? entah la kak cabai pun tak tahu.. orang tua-tua kata kalau ada burung buat sarang di rumah itu tandanya rezeki.. harap-harap betul la.. amin..


Waktu pagi kak cabai selalunya dengan budak-budak kat rumah ni.. kak cabai kan superwomen kena hantar budak-budak ni ke sekolah ..lepas tu pergi pasar cari ikan ke sotong ke ayam ke... selesai saja tugas tu kak cabai akan sambung kerja di rumah pulak.. yang begitu mencabar sekali.. tugas di rumah ni memang tak akan pernah selesai.. setiap hari ada saja tugas yang sama menanti golongan kelas A macam kak cabai ni.. :)

Antara tugas yang menanti kak cabai di rumah..adalah, kebun kak cabai..kebun ni nak kena updates selalu.. kalau tak buat.. ada saja ulat yang tak tahu malu menumpang di tanah persendirian kak cabai.. huhhhh...

Kak cabai minat berkebun ..belakang rumah kak cabai penuh dengan pokok-pokok yang boleh dimakan..macam pokok sireh, ulam raja, pegaga, cekor >betul ke kak cabai eje, lengkuas, kunyit, serai, pisang, cabai hahaha... dan macam-macam lagi.. kalau dah tanam mesti la kak cabai tak beli lagi di pasar.. jimat banyak.. kan senang ..kalau nak guna, kak cabai petik saja..
eh, kak cabai ni bercerita pasal kebun.. bunyi macam luas saja tanah kak cabai... tapi sebenarnya rumah kak cabai ni macam rumah teres yang lain la jugak.. selagi ada tanah..apa salahnya kita berbudi.. untungnya kita yang dapat.. Yang tinggal di rumah burung merpati.. boleh la tanam dalam pasu.. mulakan dengan pokok pandan.. esok bila dah subur pandan tu ..boleh di ambil daunnya 2-3 helai..masukkan didalam nasi.. nahh...semerbak bau pandan dalam nasi tu..boleh makan ramai-ramai.. ulang la masak setiap hari sampai tinggal tongkol pandan tu...hikhikhik kalau tak cukup boleh cari lain..tanam lain.. :)
selamat mencuba..

Wednesday, February 10, 2010

Kak cabai dan kain batik

Selamat pagi semua... masih berkain batik ke?? apa??? tak mandi lagi??
uhhh..anak dara sekarang suka mandi lambat.. hikhikhik.. dulu kak cabai pun suka mandi lambat jugak.. sebab rumah kak cabai tak ada air.. alasan yang boleh di pakai... yes!!
Ibu-ibu yang dah mandi tu dah pergi pasar ke..nak masak apa lunch nanti..
kak cabai nak masak yang ringkas-ringkas sahaja..maklumlah kak cabai kan superwomen..nak kejar sana sini.. nak kutip budak-budak di sekolah lagi.. masa itu emas...
faham-faham la, jalan di KL ni..sibuk memanjang.. kak cabai benci jalan yang sesak..
benci! benci! benci!
Kak cabai kalau benci sesuatu..muka kak cabai akan bertukar.. akan jadi lebih anggun dan lemak berkrim.. hukhukhuk... kak cabai macam tak betul pulak pagi ni... :p
mungkin terlebih makan cokodok jam 7 tadi rasanya...
Tadi masa kak cabai tengah mengemas lemari kak cabai .. nampak macam banyak pulak kain batik kak cabai.. maklumlah dulu kak cabai tinggal di Terengganu.. jadi banyak la koleksi kain batik kak cabai.. macam-macam warna ada..
anak dara sekarang masih berkain batik ke? jawapannya dah tentu la tak.. anak dara sekarang dah jarang sangat nak berkain batik... semuanya lebih selesa pakai seluar.. senang nak bergerak.. betul tak? Selama kak cabai tinggal di KL ni.. tak nampak pun anak dara kita yang berkain batik.. Mak anak dara dengan nenek anak dara ada la... tapi kalau di kampung kak cabai, masih ada anak dara yang pakai.. tapi tak sama macam zaman kak cabai dulu-dulu.. semua anak dara berkain batik ..ayu gitu.. auuwww..
Bawah ni ada fakta tentang asal usul batik.. kena baca ni..
esok orang tanya tak ada le terkial-kial nak jawab...
  • Batik berasal daripada bahasa Indonesia. Perkataan tik bermaksud menitik atau menulis titik-titik. 'Ambatik' pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik.
  • Suatu ketika dahulu, orang Melayu menggunakan ubi untuk mengecap batik tetapi kini perusahaan batik menggunakan mesin.
  • Di Malaysia batik mula diperkenalkan di Kelantan sejak 1910 dan banyak perusahaannya dijalankan di rumah.
  • Dua motif utama batik ialah alam semula jadi seperti awan larat, bunga dan haiwan. Motif geometrik pula seperti segi tiga, segi empat dan segi enam.

*Anak buah kak cabai.. suka jadikan kain batik sebagai selimut... sejuk katanya....

Tuesday, February 9, 2010

Tips untuk jantung

Berjalan jika sayangkan jantung
Ni adalah entry yang bernas dari kak cabai.... kak cabai mulakan dengan penjagaan jantung..
Kak cabai sayang sangat dengan jantung kak cabai.. anda sayang tak.. kalau jantung dah setop macam mana nak bersama dengan kak cabai... entry di bawah ni kak cabai
nak kongsi dengan anda semua..
baca lahhh...

Malas melakukan aktiviti fizikal adalah faktor utama menghidap sakit jantung. Jika ditambah pula dengan tabiat makan berlebihan, ini menigkatkan kandungan kolestrol dalam darah. Obesiti, tekanan darah tinggi dan diabetes adalah faktor penyumbang kepada sakit jantung.

Tahukah anda dengan bejalan juga boleh mengurangkan berat badan. Anda boleh makan seperti biasa tetapi lebihkan senaman. Selain mengurangkan berat badan, berjalan dapat:

  • Membantu mengelakkan tabiat merokok
  • Membantu mengawal tekanan darah
  • Mengekalkan kadar kolesterol sihat

Dengan berjalan juga mampu membantu anda:

  • Agar lebih bertenaga
  • Meningkatkan penampilan diri
  • Mengurangkan rasa kelesuan
  • Berasa lebih santai dan kurang tekanan
  • Tidur lebih lena

Dengan hanya berjalan bukan sahaja menjadikan jantung anda sihat, ia satu cara hidup baru yang membolehkan anda bertemu dengan lebih ramai orang, menambah tenaga anda dan yang paling penting, ia boleh dijadikan kegiatan yang menyeronokkan.

yaaaa seronokkk...sambil jalan... sambil mulut ikut pok pek pok pek..jangan pok pek gosip yer..kak cabai tak suka gosippp no..no..no..

nanti mulut kena cabai!!!

Monday, February 8, 2010

Mula melangkah..

Selangkah ke hadapan ..adakah akan terus melangkah hingga ke hujung jalan...
Satu permulaan untuk memulakan sesuatu yang baru..
Sudah lama saya ingin 'terjebak' dengan blog..masa membataskan segala-galanya..Pada waktu ini, dengan sedikit masa yang ada..insyaalah kak cabai akan kongsi minat, tips atau apa saja yang dikira 'boleh la' akan kak cabai muatkan dalam blog saya ini..

Dan jangan lupa singgahlah selalu di blog kak cabai ni..


Tratak Sari Istana