Friday, May 28, 2010

28 MAY PEMBUKAAN KEDAI MAYA SIS CABAI

ASSALAMUALAIKUM

KALI INI KAK CABAI NAK UMUMKAN KAK CABAI DAH BUKA BLOG BIZ YANG KAK CABAI PERNAH BERITAHU DULU TU... SINGGAHLAH KALAU SUDI KALAU SUDI LAGI JADILAH FOLLOWERS SIS CABAI. MUNGKIN ADA ANTARA ANDA DAH SINGGAH BLOG PADIN DAN DAH TENGOK APA PADIN DAPAT. HA.. JANGAN JELOUSE TAU, PADIN MASA TU NANGIS BAGAI NAK RAK KAT TERATAK KAK CABAI NI, DAH DEKAT NAK BANJIR DAH. JADI KESIANLAH KAT DIA KAK CABAI PUN BAGILAH SET KAKI WANGI TU KAT DIA. LAGIPUN HARI TU KAK CABAI SINGGAH BLOG DIA ADA BAU LA... MAU KA TAK BAU DIA TUNJUK KASUT DIA KAT BLOG. TU LA KAK CABAI CADANGKAN DIA GUNA SPRAY KAKI TU... KALAU IKUTKAN HATI MEMANG NAK BAGI KEPADA SEMUA FOLLOWERS KAK CABAI TAPI APAKAN DAYA KENALAH PENUHKAN POKET DULU KAN.

OK, BLOG SIS CABAI AKAN MEMBERI SESUATU KEPADA ANDA. INSYAALLAH KALAU ADA REZEKI SIS CABAI AKAN KELUARKAN CENDERAHATI UNTUK PELANGGAN BLOG SIS CABAI. JADI JANGAN JELOUSE LAGI OK... SEMUA BOLEH DAPAT MACAM PADIN. WAH.. TERSENGEH PANJANG PADIN...

OH YA, MASA NI KAK CABAI ADA DI KAMPUNG KAK CABAI KEDAH. OK, JANGAN LUPA SINGGAH BLOG SIS CABAI YE. http://siscabai.blogspot.com daa....


Wednesday, May 26, 2010

AGUNGNYA ASMA UL HUSNA 4 (AL-MALIK)

ASSALAMUALAIKUM
AL-MALIK (MAHA PEMERINTAH)
Salam bertemu kembali dalam amalan zikir Asma Ul Husna. Kali ini kak cabai nak sebarkan kelebihan mengamalkan zikir yang ke-4 ini iaitu Al-Malik yang membawa maksud Maha Pemerintah. Sama-sama kita ambil pengajaran dan keberkatan dari zikir ini ok...

1)Dihormati
Baca Ya-Allah Ya-Malik bila-bila masa siang atau malam nescaya kita akan mendapat layanan istimewa daripada orang lain dan akan dihormati. Dengan izin Nya jua.

2)Dilimpahkan kekayaan
Baca Ya-Allah Ya-Malik 121 kali setiap hari selepas matahari terbit atau matahari terbenam dikhabarkan akan dilimpahkan kekayaan jiwa dan harta dengan izin Nya jua.

3)Kebersihan jiwa
Baca Ya-Allah Ya-Malik 100 kali setiap pagi mudah-mudahan hati kita kan bersih.

4)Mampu berdikari
Baca Ya-Allah Ya-Malik 121 kali setiap pagi lepas subuh, mudah-mudahan kita tidak akan meminta-minta daripada orang lain selain dari Allah jua kerana Dia akan memenuhi keperluan kita dengan syarat kita rajin berusaha.

Semoga kita dapat amalkan zikir ini dengan istiqamah dan mengharapkan segala ganjaran dari Allah semata-mata. Apa yang lebih penting dalam mengamalkan zikir apa pun hendaklah kita berusaha selari dengan apa yang kita inginkan.
Jangan lupa mulakan dengan Bismillah, berselawat dan akhiri dengan selawat juga. InsayaAllah segala sesuatu itu akan didengari Allah dan Dia jugalah yang akan mengabulkan setiap permintaan hambaNya. Jangan sesekali kita berputus asa. Insan yang berputus asa maka dia akan terputus dari rahmat Allah swt. Wallahualam... daa...

Monday, May 24, 2010

IBU DAN BAPANYA MENJADI BABI


ASSALAMUALAIKUM
Beberapa hari yang lepas kak cabai cuma masukkan entri tentang kelebihan dan faedah mengamalkan zikir Asma Ul Husna sahaja. Sebenarnya bukan tak ada idea nak tulis entri tapi sekali sekala baik jugalah kita berkongsi apa yang sepatutnya menjadi amalan kita seharian. Insya-Allah berkat dengan zikir itu moga-moga rahmat Nya datang mencurah-curah kepada kita. Amin.
Kak cabai akan sambungkan lagi kelebihan mengamalkan zikir itu pada entri yang akan datang. Untuk hari ini kak cabai nak bercerita kisah zaman-zaman para sahabat terdahulu. Bukannya apa kisah-kisah macam ni kalau kita selalu ingat mudah-mudahan akan memberi sedikit keinsafan dalam diri kita dan juga akan menjadi panduan kita bersama dalam menjalani hidup yang penuh dengan ujian dari Nya. Kak cabai percaya ramai antara kita dah tahu cerita pasal ibu dan bapanya menjadi babi ni kan... tapi mungkin ada juga yang tak tahu hal ini dan yang paling penting apa yang kak cabai nak pedaskan lagi ialah tentang ketaatan seorang anak kepada ibu bapanya.
Kisahnya Nabi Musa pernah bertanya kepada Allah siapakah orang yang akan berjiran dengannya di syurga nanti. Setelah Allah Taala mengatakan orang itu siapa dan di mana dia tinggal maka Nabi Musa pun pergi ke tempat itu. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk lalu Nabi musa pun sampailah ke tempat yang di tuju itu. Setelah memberi salam lalu beliau pun dipersilakan masuk dan duduk oleh tuan rumah itu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa malah dia meninggalkan Nabi Musa seorang diri di situ. Dia terus masuk ke dalam bilik dan mengambil seekor babi betina lalu dibawa untuk dimandikan. Setelah itu dia lapkan babi itu sampai kering dan dipeluk dan diciumnya kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar pula dengan membawa seekor babi jantan yang agak bersar sedikit dari tadi lalu dia pun melakukan perkara yang sama pada babi jantan itu. Dia peluk dan cium babi itu dan menghantar semula ke dalam bilik. Setelah itu barulah dia keluar untuk melayan Nabi Musa. Nabi Musa sangat hairan dengan kelakuan pemuda itu. Apakah ini orangnya yang akan berjiran dengan beliau semasa di syurga nanti, bisik hati beliau.
Nabi Musa pun bertanya kepada pemuda itu apakah agamanya? Jawab pemuda itu agamanya agama Tauhid iaitu Islam. Jika begitu kenapa pula pemuda itu membela babi? Soal nabi Musa lagi. pemuda itu pun menjawab kepada Nabi Musa bahawa kedua-dua ekor babi itu adalah ibu bapanya. Oleh kerana dosa yang mereka lakukan maka Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi. Tentang dosa mereka itu adalah urusan mereka dengan Allah. Tapi tanggungjawabnya sebagai seorang anak adalah wajib menjaga ibu bapanya dalam keadaan apa sekali pun rupa ibu bapanya. Masya-Allah... mulia sungguh hati seorang anak yang soleh ini. Kak cabai dah baca banyak kali kisah ini namun setiap kali kak cabai baca kisah ni maka sebak selalu terasa. Kadang-kadang gugur air mata sebab terkenangkan hari ini ramai anak-anak yang durhaka pada ibu bapa dan ada pula sampai bunuh ibu bapa sendiri. Nauzubillah min zalik....
Setelah itu pemuda itu pun berkata lagi pada Nabi Musa bahawa dia selalu berdoa pada Allah supaya Allah mengampunkan dosa kedua ibu bapanya dan memohon semoga Allah perkenan menukarkan rupa ibu bapanya kepada wajah yang asal namun doanya belum lagi dimakbulkan. Maka pada ketika itulah Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa bahawa itulah orang yang akan berjiran dengan beliau semasa di syurga nanti. Hasil dari kasih sayang yang sangat tinggi pada kedua ibu bapanya walaupun mereka berdua sudah menjadi buruk begitu dia tetap berbakti pada mereka maka Allah menaikkan maqamnya menjadi anak soleh di sisi Allah Taala.
Oleh kerana dia telah berada di maqam anak soleh di sisi Allah, maka Allah angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang Allah sediakan di dalam neraka telah Allah pindahkan ke dalam syurga. Subhanallah.... begitulah kasih sayang Allah Taala kepada hamba-hambanya yang sentiasa berbakti kepada ibu bapa mereka.
Jadi marilah kita sama-sama bermuhasabah diri. Kak cabai pun mengingatkan diri kak cabai sendiri tentang tanggungjawab kita pada ibu bapa kita sementara hayat mereka masih ada dan yang telah tiada ibu bapa tu jangan ingat kita dah tak perlu berbakti pada mereka lagi, ingat, kita sebenarnya wajib berdoa pada ibu bapa kita walaupun mereka telah tiada. Betoi kann??
Doa anak yang soleh itu akan membantu kedua ibu bapa mendapat tempat yang lebih baik di akhirat kelak. Kasih sayang pada mereka bukanlah bererti kiriman wang setiap bulan untuk mereka apa yang lebih penting adalah ingatan kita pada mereka dan kasih sayang yang melimpah ruah pada mereka berserta doa dari seorang anak itu yang paling afdal.
Doa kak cabai pada ibu dan ayah kak cabai semoga mereka sentiasa di kurniakan rahmat Allah Taala di dunia sampai akhirat. Amin... ok, jadilah iktibar dan panduan dari kisah ini untuk kita hadapi karenah ibu bapa kita. Semoga Allah akan mentiasa memandang pada kita dan mendengar doa-doa kita amin... daa...

Saturday, May 22, 2010

AGUNGNYA ASMA UL HUSNA 3 (AR-RAHIM)

ASSALAMUALAIKUM
Kak cabai nak sambung pasal nama-nama Allah yang maha agung hari ini ialah nama yang ke3-iaitu Ar-Rahim yang bermaksud maha penyayang.
Ar-Rahim, Yang Maha Mengasihani lagi Maha Penyayang. Antara kelebihan jika kita mengamalkan zikir Asma' ini yang dapat kita ambil sedikit pengetahuan ialah,

1)Melembutkan hati
Baca Ya Allah Ya Rahim 100 kali sehari atau lebih selepas solat fardu, dengan izin Allah hati kita akan menjadi lembut dan akan menyayangi orang lain.

2)Menjauhi bahaya
Baca Ya-Rahman Ya-Rahim 100 kaili jika takut sesuatu yang buruk akan menimpa, dengan izin Allah Dia maha melindungi.

3)Menjadi terkenal
Baca 100 kali selepas solat subuh semoga kita akan disayangi orang sekeliling.

4)Menjauhi kesesatan
Baca Ya-Rahman Ya-Rahim 100 kali setiap hari dengan izin Allah kita tidak akan disesatkan.

Untuk kali ini cukup dulu buat renungan kita bersama. Maga dapatlah kita amalkan yang zikir nama-nama agung ini. Semoga dengan izinNya kita mendapat keberkatan dalam hidup dunia dan akhirat. Amin.. daa....

Friday, May 21, 2010

AGUNGNYA ASMA UL HUSNA 2 (AR-RAHMAN)

ASSALAMULAIKUM
Kak cabai nak sambung Asma yang ke-2 hari ini iaitu Ar-Rahman- Maha Pemurah.
Antara kelebihan dari Asma ini pernah kak cabai dengar melalui radio dari seorang ustaz dan melalui pembacaan buku-buku Asma Ul Husna ialah:-

1) Beroleh rahmat
Baca Ya Allah Ya Rahman 298 kali selepas solat subuh, dengan izin Allah kita akan beroleh rahmat dari Allah. Selain dari itu jika kita mengamalkannya beberapa kali selepas solat subuh kita juga akan terhindar dari ketidakadilan dan juga dari kezaliman.

2)Beroleh daya ingatan yang kuat
Jika selalu mengamalkan membaca Ya Allah Ya Rahman 100 kali selepas solat fardu dengan izin Allah kita akan sentiasa dapat memberi tumpuan pada apa yang kita pelajari, kita juga akan di sayangi orang sekeliling dan hati kita akan menjadi mulia.

3)Supaya anak rajin belajar
Baca kalimah Ya Allah Ya Rahman 5 kali pada air minuman anak-anak dan pastikan mereka minum air tersebut. Ini sebagai ikhtiar untuk perbaiki kelemahan anak segalanya dengan izin Allah jua.
Pastikan anda tidak lupa untuk memulakan dengan Bismillah serta selawat dan akhiri dengan selawat juga.

Semoga kita mendapat manafaat dari nama Allah yang maha agung ini. Ilmu yang kita dapat eloklah kita mengamalkannya. Tak rugi apa-apa pun jika ianya menjadi amalan kita setiap hari malah akan menambahkan lagi iman kita kepada-Nya. Amin... daa....




Thursday, May 20, 2010

AGUNGNYA ASMA UL HUSNA

ASSALAMUALAIKUM.
Salam sejahteralah buat semua pengunjung blog kak cabai ni. Alhamdulillah hari ni Tuhan kurniakan umur sehari lagi untuk kita berada di muka bumi ini. Moga-moga Allah Taala memberkahi apa jua amalan kebaikan kita seharian. Mohon Allah Taala jauhkan segala perbuatan keji. Amin...
Hari ni kak cabai rasa sangat teruja untuk berkongsi nama-nama Allah Taala bersama anda semua. Asma Ul Husna adalah nama Allah Taala yang tidak ada keraguan padanya untuk kita mengamalkan. Banyak faedah yang akan kita perolehi dari zikir ini. Setiap satunya ada khasiat dan fadhilatnya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi untuk tujuan membersihkan jiwa kita dari segala perasaan jahat, dengki dan seumpamanya. Zikir ini juga akan membersihkan hati kita dari berperangsaka buruk terhadap ketentuan Ilahi. Insya-Allah jika kita selalu mengamalkan zikir ini segala dugaanNya akan dapat kita hadapi dengan tenang dan sabar.
Dari pengalaman kak cabai sebelum kita mengamalkan mana-mana zikir ini adalah amat baik dan sangat di sarankan agar kita mulakan dengan Bismillah serta selawat 10 kali. Selepas berzikir dengan nama-nama Allah ini akhiri dengan selawat 10 kali juga. Insya-Allah Tuhan akan memperkenankan niat suci dari hati kita. Para wali mengatakan apabila kita membaca selawat, malaikat mendatangi kita untuk menyampaikan pesanan kita kepada Allah Taala tetapi jika kita terlupa membaca selawat, pesanan itu akan tertinggal di dunia. Selawat ini hendaklah dibaca sekali atau 10 kali atau 100 kali sebelum dan selepas membaca nama-nama Allah ini.
Hari ini kak cabai nak kongsikan zikir yang pertama iaitu ALLAH.
1) Doa dimakbulkan
Jika dibaca YA ALLAH 5000 kali setiap malam dengan penuh khusyuk. dengan izin Allah apa saja yang diinginkan akan dimakbulkan. Pastikan perbuatan anda selari dengan doa anda kepadaNya.
2)Menyembuhkan Penyakit
Jika seseorang yang sakit dan tidak ada harapan untuk sembuh baca YA ALLAH 1100 kali di antara waktu Asar dan Maghrib selepas membacanya bacalah Al-Fatihah dan hembus ke dalam air untuk diminum. Insya-Allah dia akan merasa lega.
3)Menghilangkan Rasa Ragu-Ragu
Sesiapa yang membaca YA ALLAH 1000 kali sehari setiap hari, Insya-Allah segala keraguan yang ada dalam hatinya kan hilang. Menyebut kalimah ini akan menguatkan semangat dan memberi kejayaan kepada jiwa pengamalnya.
4)Mendapat Maruah Yang Baik
Baca YA ALLAH 66 kali lepas tiap-tiap solat fardu selama 66 hari, Insya-Allah anda akan di hormati dan disukai orang. Kehidupannya akan di penuhi dengan kebaikan yang banyak dan kalimah ini hendaklah dibaca dengan iman yang teguh dan penuh keyakinan. YA ALLAH YA HAYYU merupakan bacaan yang akan menambahkan iman kepada ALLAH SWT.
5)Beroleh Keselamatan
Baca YA ALLAH beberapa kali setiap hari, Insya-Allah anda akan selamat dan rumah anda terselamat dari banyak kejahatan...

Cukup dulu untuk kali ini Insya-Allah kak cabai akan kongsikan lagi nama-nama Allah yang maha agung ini untuk kebaikan kita bersama di dunia dan akhirat. Sumber- sumber ini kak cabai petik dari beberapa buah buku Asma Ul Husna yang kak cabai telah baca dan mengamalkannya. Jika sudah mendapat ilmu eloklah kita mengamalkannya kann... Takut-takut esok Allah Taala tanya tentang ilmu yang kita perolehi apa yang telah kita perbuatkan dengannya jika tidak mengamalkannya, bimbang pula kena balun dengan Allah Taala. Oklah, semoga kita mendapat sedikit ilmu hari ini dan amalkannya. Moga perjalanan kita menuju kepadaNya akan diberkati. Amin... daaa....

Friday, May 14, 2010

IMPIAN KAK CABAI HAMPIR MENJADI


ASSALAMUALAIKUM. SALAM SEJAHTERALAH HENDAKNYA SEMUA PENGUNJUNG BLOG.
Kak cabai sangat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana impian kak cabai untuk membuka sebuah laman perniagaan bakal menjadi kenyataan tak lama lagi INSYAALLAH. Ingat lagi tak beberapa lama dulu kak cabai ada juga dok minta pandangan anda semua dalam entry kak cabai yang lepas pasal nak berniaga online? Pandangan anda semua amat kak cabai hargai dan sangat berterima kasih. Semua panduan tu kak cabai ambil perhatian dan sangat bernilai bagi kak cabai.
Mungkin dalam seminggu dua lagi kak cabai akan publishkan blog terbaru kak cabai tu. Ada juga kadang-kadang tu kak cabai buat blogwalking atau tinggal komen tersasul guna alamat blog baru tu. Alamaakk... maaflah ye.. kalau ada sesiapa tak dapat nk link blog tu.. ye la.. belum buka lagi. Walaubagaimanapun blog terataksariistana ni tetap akan bersama anda seperti biasa juga. Yang baru tu ada la.. assisstant kak cabai uruskan. Kak cabai tetap sayang dengan blog ni juga.. tau. Followers kat blog ni juga.. yang kak cabai sayang.
Kak cabai amat berterima kasih pada saudara kak cabai yang banyak membantu kak cabai dalam pembikinan blog terbaru tu, walaupun nampak biasa saja tapi sangat berharga pada kak cabai. Harap bila dah buka nanti sudi-sudilah singgah ye... Minggu depan mungkin kerja2 kak cabai pasal tempahan baju tu akan selesai. INSYAALLAH... lepastu bolehlah kak cabai luangkan lebih bayak masa untuk singgah dari blog ke blog atau blogwalking. Dah lama tak baca entri anda, sekadar singgah jap je.. itu pun kalau ada masa. Ok, nanti kita cerita lagi. daaa....

Monday, May 10, 2010

KITA JUMPA LAGI DI BLOG

ASSALAMUALAIKUM, semoga sejahteralah hendaknya. Amboooiii... lama kak cabai tak buat entri no...Alahai.. nak buat cam na kerja banyak yg kena siapkan. Apa pun kerja tu semua dah hampir selesai. INSYAALLAH... Kak cabai sebenarnya rinduuu.. sangat dengan kawan-kawan kat blog ni.. Laaa.. rasa macam saudara mara la pulak no...
Tak sangka blog ni sebenarnya menjalinkan silaturrahim juga kan... apa pun kak cabai sangat berterima kasih pada anda yang sudi tag kak cabai, bagi award, singgah komen, singgah jerit, semuanya berharga bagi kak cabai. Tumpang ada masa yang tak berapa banyak ni kak cabai pun ambil peluang buat entri terbaru untuk blog kak cabai ni. Ada banyak cerita sebenarnya nk diceritakan. Ya la... dah lama tak cerita. Setiap hari ada saja hal manusia sekeliling. Terbaru cerita pasal Hari Ibu. Lepas tu pasal hari guru pulak kan... Lepas tu hari apa ye..??? oooo ulangtahun perkahwinan kak cabai yang ke-15. he..he..he...bulan May juga...
Masa kak cabai dok sibuk buat kerja macam-macam tu, kak cabai tak tau la secara kebetulan ke, apa ke, entah la... Beberapa bulan lalu keluarga kak cabai kena samun. Peristiwa tu sebenarnya meninggalkan impak yang kuat pada keluarga kak cabai. Sampai sekarang kak cabai sekeluarga masih fobia dengan peristiwa itu.Ye la kalau dah pisau kat perut tak ke fobia.. Peristiwa tu berlaku di kawasan rumah kak cabai. Dalam sebulan pasti ada tak kurang dari 3 atau 4 kes yang sama. Ngeriii.. Dan yang terbaru minggu lepas, kak cabai yang sentiasa berhati-hati pun nyaris-nyaris ditimpa nasib tak baik. Kak cabai bersyukur sangat pada ALLAH s.w.t . kerena terselamat hari tu.
Macam ni.. hari tu kak cabai pergi hantar anak sekolah ada KOKO pagi pukul 8. Dia nk balik pukul 10 pagi. Macam biasa kak cabai pun pergilah tunggu dia kat sekolah tepat pukul 10, tapi belum keluar lagi. Kak cabai pun tunggulah kat tempat biasa.Tiba-tiba datang sebuah kereta dari arah belakang kemudian dia patah balik berhenti betul-betul tepi kereta kak cabai. Masa tu kak cabai tak perasan sangat sebab dok layan sms kawan kak cabai. Entah macamana tergerak hati nak tengok org kat sebelah kereta kak cabai tu, nampak macam nak tanya sesuatu, dua orang budak muda dok cangak sana sini, toleh-toleh kat kak cabai berkali-kali. Lepas tu pandang kiri pandang kanan. Hairan juga kak cabai masa tu. Apa kena dengan orang berdua ni. Dalam hati kak cabai mula syak sesuatu. Dalam dok syak yang bukan-bukan tu la tiba-tiba kak cabai baru teringat peristiwa kena samun depan rumah kak cabai hari tu.... apa lagi kak cabai terus masuk gear, tekan hand break pecut tak tentu arah.
Tak tau kemana nak pergi, anak kak cabai belum keluar lagi. Ya ALLAH... masa tu Tuhan saja yang tau hati kak cabai ni. Kak cabai terus memandu samapai ke satu masjid kak cabai berhenti kat situ. Tangan dan kaki dah menggigil-gigil sebab takut, terkejut dan semuanya terjadi secara spontan. Kak cabai menangis masa tu dah tak ingat orang nak tengok ke apa ke semua tu dah penting . Satu yang kak cabai dok fikir nak pergi ambil anak kak cabai semula macamna??Lebih kurang 10 minit kak cabai dok fikir nak pergi ambil anak kat sekolah tu akhirnya kak cabai gagah juga pergi ke sekolah tu tapi tunggu dekat sikit dengan sekolah. Betul-betul depan sekolah. Kak cabai nampak kereta yang tadi ada kat situ. Tapi dia tunggu sekejap dia keluar dari kawasan menunggu kemudian dia datang balik lepas tu dia pergi entah kemana. Masa tu orang dah ramai datang tunggu anak masing-masing. Masa kak cabai tunggu tadi cuma ada kak cabai sorang saja. Sebab tu agaknya dia berani. Anak kak cabai keluar lambat pula hari, lepas dia naik je, kak cabai terus balik rumah tak singgah mana-mana pun. Nak pergi beli barang jahitan pun tak berani nak keluar.
Jadi mak ni bukannya mudah. Macam-macam ujian Allah bagi pada kita. Baik pada ibu maupun bapa. Anak-anak, mak cabai minta janganlah durhaka.. Daaaa....

Tuesday, May 4, 2010

TAG

TAG!!!.. DARI NIERA. JOM JAWAB SOALAN-SOALANNYA.

CARA JAWAB TAG.

1) Go to your photo files, select the 8th photo folder.

2) Select the 8th photo in the folder.

3) Post the photo with the story behind it.

4) Then challange 8 blogging friend to do the same.


Haa.. ni la gambar yg sesuai kak cabai bubuh. Ni masa adik kak cabai kawin tahun lepas. Masa tu malam berinai. Mak cik yang tempek inai kat pengantin tu dok d KL ni. Masa tu cuti sekolah pakat balik kampung la kan... Sebenarnya mak cik tu bidan terjun. Dah tak ada sapa-sapa lagi dah yg sesuai depa nak tarik tempek inai. Saja action je tuuu.. nak tangkap gambar jer... Itulah cerita di sebalik gambar tu..

KAT BAWAH NI 8 BLOGGER YG DI TAG

1. cikmin
2. rockers
3. gooseberries
4. sakira
5. sakura
6. comeisari
7. kak ngah
8. kaseh cempakaz