Wednesday, March 10, 2010

Bunga telur -masih diingat atau sudah diupakan..



Selamat pagi wahai semua rakan kak cabai, dah sarapan? sarapan apa yer pagi ini?
kak cabai harap semua kenalan kak cabai sihat serta dilindungi olehNYA. Musim sekarang cuaca tak menentu jadi sentiasalah minum air masak selalu. kurangkan air ais yer..

Cuti sekolah hampir tiba. Ada yang balik ke kampung? Pasti ramailah kaum keluarga yang nak buat kenduri kahwin. Apakah cerderahati untuk tetamu? sudah bersediakah dengan semua kelengkapan majlis perkahwinan. Sekarang ini cenderahati boleh saja di beli. Masa dah berubah ramai yang memilih cara senang dengan membeli sahaja dari membuat sendiri. Perlu diingat beli sesiapa pun boleh membeli, siap duit saja. Kalau buat sendiri, kita akan berasa puas kerana hasil kerja tangan kita jadi kenangan untuk tetamu. Jadi buatlah pilihan yang tepat.


Bunga telur..
Sekarang ini masih ada ke kenduri kahwin yang sediakan buanga telur? Kak cabai rasa sudah agak kurang cenderahati dari bunga telur. Walaupun cenderahati seperti coklat, kotak yang berisi kueh, bunga sabun dan sebagainya menjadi pilihan, tetapi bunga telur janganlah kita lupa. Setiap perkahwinan cara melayu mesti ada bunga telur, tak banyak sikit pun jadilah sekadar ambil syarat. Kak cabai rasa sesuatu majlis perkahwinan itu kalau tak ada bunga telur macam tak tak berseri pulak. Jadi, jangan lupa bunga telur yer...

Sedikit hiasan bunga telur di hadapan pelamin pun sudah memadai.