Friday, March 26, 2010

PUISI BERSANGKA-SANGKA

manusia hari ini suka bersangka-sangka
ada bersangka baik, ada bersangka buruk.
orang beribadah disangka riak
orang yang rileks disangka malas
orang yang pakai baju baru disangka menunjuk-nunjuk
orang yang pakai baju buruk disangka zuhud
orang yang makan banyak disangka pelahap
orang yang makan sikit disangka diet
orang baik disangka buruk
orang buruk disangka baik
orang senyum disangka mengejek
orang masam disangka merajuk
orang bermuzakarah disangka mengumpat
orang diam disangka menyendiri
orang menawan disangka pakai susuk
orang nampak ceria disangka membela
mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada ALLAH
mana tahu yang senyum itu kerana sedekah
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
manatahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya.
jangan suka bersangka-sangka kerana akan memusnahkan ukhwah
seperti musnahnya kayu dimakan api.
satu benda yang kita lihat, pelbagai kesimpulan boleh kita buat
semuanya bergantung bagaimana kita melihanya.....

(dipetik dari sebuah karangan islam)