Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Wednesday, March 31, 2010

JAWAPAN TEKA-TEKI

ASSALAMUALAIKUM.. sejahteralah hendaknya semua sahabat blog. Wah, rupanya ada yg sudi nak jawab teka-teki kak cabai tu... Alahai, zulkbo awak ni...hantam aje la... jawapan apa pun... Tapi kak cabai sangat hargai jawapan anda tu... Amboi, cik aida comei awal2 lagi comfirm jawapan tu betoi... memang betoi jawapannya K E R A N D A. Yang tiru jawapan cik aida comei tu pun betoi juga la.... Terima kasih la.. kerana sudi sahut cabaran ni....walaupun kak cabai tak sediakan hadiah. Oh ya.. ada ayat tergantung dlm post yg lepas. Kalau siapa boleh jawab memang dia....... kak cabai sambung kat sini..... dia memang beruntung sebab mengingati hari kematian.
Kak cabai selalu rasa gelisah bila teringat teka-teki ni. Awat dak... bekal nak bawa p sana tak tau cukup ka dak lagi. Bekal kat dunia ni pun tak berapa nk cukup lagi dok asyik buat trafik klik nuff... aje. Kadang2 dok rasa nak daftar Dapat Wang la, my look la, apa la.... adoii.. takut ni....Ya, sahabat blog semua sama-samalah kita ingat mengingati antara satu sama lain.
Kadang2 kita ni dok klik nuff pun ada yang tak jujur kan.....bukan menyindir tapi mengingati....sesama kita. Tak pa la.. kak cabai nak p ambik wuduk nak p mengaji sat. Dok kecut perut dah ni. Lepas baca post kak cabai sama-samalah kita p ambik wuduk lepas tu kliklah apa yg patut untuk up trafik kat sana nu... Jgn rasa jauh lagi, entah-entah esok , lusa Dia jemput kita pula siapa tahu. Ok lah geng kak cabai semua kita cerita lain kali pula. Daa....

Sunday, March 28, 2010

CUBA TEKA, APA DIA...

Kak cabai teringat satu teka-teki dari seseorang dari satu siaran radio. Nak kongsi dgn anda semua boleh la kan...Teka-teki tu bunyi dia macam ni...

SATU BENDA YANG SANGAT PENTING. TAPI KENAPA TUKANG BUAT TAK NAK GUNA BENDA NI. TUKANG BELI PUN TAK NAK GUNA JUGA. SESIAPA YANG DAPAT MELIHAT BENDA NI PUN TAK NAK GUNA BENDA NI. ORANG YANG BIASA GUNA BENDA NI BIASANYA DIA TAK SEDAR PUN DIA TENGAH GUNA BENDA NI... APA BENDA NI.....

HA..tunggu apa lagi jawab la. Siapa yang boleh jawab memang dia......... esok-esok kak cabai sambung. Daa...

Friday, March 26, 2010

PUISI BERSANGKA-SANGKA

manusia hari ini suka bersangka-sangka
ada bersangka baik, ada bersangka buruk.
orang beribadah disangka riak
orang yang rileks disangka malas
orang yang pakai baju baru disangka menunjuk-nunjuk
orang yang pakai baju buruk disangka zuhud
orang yang makan banyak disangka pelahap
orang yang makan sikit disangka diet
orang baik disangka buruk
orang buruk disangka baik
orang senyum disangka mengejek
orang masam disangka merajuk
orang bermuzakarah disangka mengumpat
orang diam disangka menyendiri
orang menawan disangka pakai susuk
orang nampak ceria disangka membela
mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada ALLAH
mana tahu yang senyum itu kerana sedekah
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
manatahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya.
jangan suka bersangka-sangka kerana akan memusnahkan ukhwah
seperti musnahnya kayu dimakan api.
satu benda yang kita lihat, pelbagai kesimpulan boleh kita buat
semuanya bergantung bagaimana kita melihanya.....

(dipetik dari sebuah karangan islam)