Thursday, March 11, 2010

Ibu tiri dulu dan Ibu tiri sekarang


Salam .. bertemu lagi yer kita.. terima kasih kerana sudi singgah baca..
Wahai ibu-ibu, apa yang dimasak untuk makan malam ni? dah makan ke anak itu?
Kali ini kak cabai nak kongsi cerita tentang ibu tiri dulu dan sekarang.Siapa pernah atau sedang jadi ibu tiri? best tak jadi ibu tiri? Kak cabai belum pernah merasai pengalaman jadi ibu tiri atau beribu tiri.

Apa bezanya ibu tiri dulu dan sekarang? huhhh.. susah nak jawab, sebab tak ada pengalaman.
Kak cabai pernah melihat kehidupan beberapa kenalan kak cabai yang mempunyai ibu tiri. Ada yang suka pada anak-anak tirinya dan ada pula yang tak suka. Ada pula yang anak tiri itu sendiri yang tak suka pada ibu tiri itu sendiri. Payah nihh!!.. macam mana nak bahagia rumah tangga kalau tiada persefahaman. Yang pening kepala mestilah si suami atau bapa kepada budak-budak itu.

google

Masa zaman kak cabai kecik dulu, selalu orang tua kata kalau ada mak tiri nanti, mak tiri bagi makan katak. haha.. pernah dengar tak? konon-konon golongan mak tiri ni sungguh teruk la.. sampai bagi makan katak. Kalau difikir balik, mak tiri tu berani ke tangkap atau bersiang katak? huhhh..the evil stepmother tu.. agak-agak katak tu nak digoreng kicap ke atau goreng kunyit? eiiii.. tak lalu kak cabai..
Sekarang masih adakah kata-kata yang mak tiri bagi makan katak? Rasa kak cabai mak tiri sekarang bagi makan kfc, mcD, beli nasi bungkus, dalam peti ais penuh dengan makan segera dan macam-macam lagi.. mak tiri sekarang malas dah nak masak.. hahaha.. gurau saja yer..
sekali sekala gurau dengan mak tiri best tau.. :)

Jadi mak tiri ni kena tahan kutukan.. kadan
g tu tak semua ahli keluarga sebelah suami suka dengan kehadiran anda.. bersabar je lah.. nak kat bapak budak yang hensem kena tahan cacian, itu memang dah adat dalam sebuah keluarga.. kalau dah kahwin nanti mesti ada perbandingan antara mak kandung dengan mak tiri.. lagi laa.. tekanan..
Oleh itu kepada sesiapa yang bergelar mak tiri atau nak bergelar mak tiri.. kena banyak bersabar yer.. kalau keluarga suami suka dengan kehadiran anda ..alhamdulillah..

Siapa yang nak kak cabai jadi jadi mak tiri dia? cepat isi borang!! Nanti kak cabai masak makanan berasaskan cabai saja.. hahaha.. :0