Monday, October 11, 2010

BIZ BUAT KAK CABAI BUZY...





ASSALAMUALAIKUM...

SALAM SEJAHTERA SEMUANYA. BETAPA KAK CABAI SANGAT MERINDUI UNTUK BERADA DI TERATAK KAK CABAI NI.... NAK DUDUK LAMA-LAMA KAT SINI.... TAPI, apa kan daya, biz buat kak cabai buzyyyy....... masa selalu saja suntuk. Sedar sedar dah malam, alaahaiii... dah lama tak singgah rumah cik min, padin, orang kampung, cik aida comei, city biru, kak imun, zulkbo, mak, remedy,kak ngah, sakira, sakura, ester,meran, dan banyak lagiiiii.... Ye la, kak cabai tak p beraya pun ke rumah hang pa nooo.... la.... tak daannn... huhuhu....

La ni kak cabai sibuk dengan biz cadar dan quilt. Semua tu kalau nak tengok pi la kedai sis cabai... lepas tu pi ke fb sis cabai..... oooooiiii.... seronok berniaga ni... sabit tu jarang balik mai ke teratak kak cabai ni... dok berdagang.

Walau bagaimana pun sekali sekala kak cabai kena balik juga ke teratak ni.... maklumlah dah lama tak jengok, banyak la pulak habuk la, sawang la, apa la semua tu nak kena bersihkan...

Tak pa, lain kali bila kak cabai ada masa, Insya-Allah kak cabai nak cerita panjang-panjang.... ada banyak cerita ni... untuk tatapan anda semua yang sudi singgah ke teratak kak cabai sila la tengok barang meniaga kak cabai ni.... nak lebih banyak pi ke fb sis cabai.... ok, daaa......

Friday, October 1, 2010

KAK CABAI NAK BERAYA.....


terbaru dan teristimewa untuk semua yang singgah ke blog kak cabai. (yg mana satu kak cabai????)
ASSALAMUALAIKUM... Subhanallah lamanya kak cabai tak buka blog ni. Rindu, tok sah dok kata la, memang rindu sangat... amboi... tak tau la nak cerita lagu mana. dari bulan puasa sampai la raya pun dah habih dah. awat tak tau kak cabai ni sibuk tak sudah-sudah. orang lain ada juga masa dok belek blog masing-masing, kak cabai ni tak tau nak buat lagu mana dah, dok cari masa kadang-kadang dok curi masa pun tak dan nak buka blog ni. awat tak tau????

Dah lama tak cerita dalam blog. uuuiiihhh.. bnyak cerita sebenaqnya. apa lagi baru lepas raya macam-macam cerita dok ada. Yang accident tu tok sah cerita la, bila raya saja ada saja cerita bab tu semua. seram kak cabai dengaq. apa lagi kalau dok tengok.


Kak cabai ni bukannya apa, masa belum puasa dulu orang dok tempah baju nak pakai raya . sibuk.... masa raya dah balik kampung.... sibuk juga.... lepas raya anak nak preksa UPSR pun sibuk.... jadi mak, mcm tu la...la ni dok sibuk buat baju orang nak p open house pula.... amboi...

sabit tu la tak buka blog lama sangat... teringat semua kat sahabat-sahabat kat blog ni, ingat tak rindu ka????


Tak pa la... lepas ni mungkin kak cabai akan ada banyak masa sikit, sebab preksa pun dah habih, raya pun dah nak habih dah... kak cabai la ni dok sibuk pula buat bizzzz.... mcm kat blog kak cabai yg satu lagi nuuu... blog sis cabai..... la ni dah buka cawangan baru... lebih meriah lagi... kak cabai dah buka Facebook sis cabai. p la melawat kalau senang.


Macam ni la, kak cabai sebenaqnya nak minta ampun, nak minta maaf banyak-banyak pada semua yang mana dok singgah ke blog kak cabai tapi kak cabai tak semapat nak singgah ke blog hang pa semua, sedih hang pa tau dak???? Insya-Allah lepas ni kalau ada kesempatan dah tentu kak cabai akan singgah ke blog hang pa semua. Terima kasih banyak-banyak pada yang sudi singgah dan klik pula tu... Masya-Allah... Tuhan saja la yang akan membalasnya... Amin.


Di sini kita sama-samalah beraya nooo.... jumpa lagi. daaa......

Friday, September 3, 2010

AWARD DARI HIDAYAHAMIN











ASSALAMUALAIKUM

WAAHHH... KAK CABAI DAPAT AWARD LAGI, KALI INI DARI http://hidayahamin.blogspot.com/ TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK. DALAM KAK CABAI JARANG DOK KELUAR BLOG PUN ADA JUGA YANG SUDI MENGINGATI KAK CABAI. ALHAMDULILLAH...

NAK TERIMA AWARD INI KENA PULAK JAWAB SOALAN.
- NAMAKAN 7 MAKANAN KEGEMARAN ANDA SEWAKTU BERBUKA PUASA DAN BERSAHUR...
MAKAN KEGEMARAN KAK CABAI IALAH:-
1) KURMA SAFIA
2) MINUMAN SOYA
3) KUIH YANG MANIS
4) KUIH YANG PEDAS
5) KUIH JENIS TALAM-TALAM
6) BUBUR LAMBUK TERENGGANU
7) NASI AYAM

ITU SAJALAH MAKANAN KEGEMARAN KAK CABAI YANG MAMPU DI SENARAIKAN WALAUPUN SEBENARNYA KAK CABAI SUKA MAKAN YANG SEDAP-SEDAP.

OK, AWARD INI KAK CABAI KURNIAKAN KEPADA SESIAPA YANG SINGGAH KE BLOG KAK CABAI DAN SUDI UNTUK TERIMA AWARD INI DENGAN SENANG HATI KAK CABAI BERIKAN KEPADA ANDA.... SEMUA...... SEMPENA RAMADHAN INI YANG AKAN MENGERATKAN LAGI SILATURRAHIM ANTARA KITA. AMIIINNN.... OK, daaa.....

Monday, August 30, 2010

MEMORI 31 OGOS YANG KELAKAR

ASSALAMULAIKUM.

Amboi... cepatnya masa berjalan dah sampai hujung bulan ogos dah. Esok 31 Ogos 2010 kita dah 53 tahun sambut merdeka. Alhamdulillah.... syukur sangat sebab kita kat Malaysia ni bertuah sangat-sangat dengan segala rezeki yang mewah-mewah Tuhan anugerahkan kepada negara kita walaupun ramai juga insan-insan yang tak tahu nak hargai. Tak tahu la... Kak cabai terasa insaf bila baca cerita pak jaafar dalam buku cerita Sempadan Asing. Banyak juga kisah2 zaman perang Jepun dulu yang kak cabai pernah baca sangat
menyentuh hati. Kadang2 tu sampai meleleh air mata kerana sedih. Sabit tu la.. arwah ayah kak cabai suka sangat tengok filem perang2 sebab kisah tu semua boleh memberi keinsafan pada kita. Betapa hari ini kita perlu sangat bersyukur dengan apa yang ada. Kita juga ada pemimpin2 negara yang sangat berwibawa yang mampu memimpin negara kita sehingga berjaya macam hari ini. ALHAMDULILLAH.
Yang kak cabai nak cerita hari ini bukan kisah sedih tapi memori yang bila dikenang memang kak cabai akan tergelak juga sorang2. Kisah zaman dulu2 masa sekolah. Biasa la bila dekat dengan 31 Ogos selalunya sekolah akan buat perarakan perbarisan kan... Masa tu kak cabai masih ingat sampai hari ini bila setiap kali 31 Ogos tiba kisah ni tak pernah lekang dari ingatan kak cabai tak tau la kenapa.
Masa tu kak cabai bersekolah di Kedah la.. tempat kelahiran dan bersekolah di sana. Oh, Ya... kak cabai bersekolah satu kelas dengan Shahanim Mohd Yusof sekarang ni sangat giat dengan PUTERI UMNO. Mungkin anda semua kenal kan... itu masa sekolah rendah. Masa sekolah menengah kak cabai terpilih untuk menyertai perarakan perbarisan hari kemerdekaan untuk sekolah. Setiap hari berlatih kawad bagai nak rak. Penat, letih dah la bawah panas terik pula tu.... ooooo.... terasa sangat perit apa lagi mereka yang berada masa zaman sebelum merdeka dulu.. Beberapa hari sebelum hari perarakan tu cikgu bagitau perarakan sekolah kak cabai akan bergabung dengan beberapa sekolah lain di sekitar Sungai Petani. Semuanya akan bermula di pekan S.P dan berakhir di Dewan Kenangan masa tu, sekarang ni dah tak ada dah dewan tu. Dah tinggal kenangan. Agak teruja dengan pengumuman itu. Semua persiapan dah dibuat sebaik mungkin. Pada hari raptai kak cabai pun berkumpullah di pekan S.P dan setelah selesai semua satu lagi pengumuman dibuat bahawa semua peserta pasukan kak cabai kena pakai kasut warna hitam. o...o...... alamaaakkk.... kak cabai tak ada kasut warna hitam.
Satu hari suntuk dok pikiaq macamana nak dapatkan kasut warna hitam tu... oohh.. sakitnya kepala. Kak cabai cuma ada kasut raya lepas warna putih jer... nk beli baru memang tak mampu sebab keluarga kak cabai susah. Tak sampai hati pula nk minta duit kat ayah. Apa lagi kalau ada duit hanya untuk beli makanan sahaja. Itu pun puas ayah nak dapatkan duit, tak kan la kak cabai tergamak nk minta duit untuk sepasang kasut yg nk digunakan sehari tu saja. Bila dah malam kak cabai tak boleh nak tido sebab hal kasut ni tak selesai lagi. Bila fikir dah penat berlatih tak kan nak tarik diri macam tu saja... o... tidakkk... keluarga kak cabai tahu hal ini tapi tak ada sesiapa pun boleh tolong. Hampir berputus asa juga akak masa tu.... Dalam dok pikiaq p pikiaq mai tiba-tiba timbullah idea.... Allah Subhanahuwataala nak tolong... Kak cabai terus melompat dari tilam terus turun ke bawah cari sesuatu dalam meja tulis kak cabai terus kak cabai dapatkan kasut raya kak cabai yang berwarna putih tu tanpa berlengah lagi kak cabai warnakan kasut tu dengan water colour hitam. Dah siap kak cabai pun jemur la kat situ. Esok mesti kering. Tiba je hari esok terus kak cabai dapatkan kasut tu nak tengok ok ke?? Water colour tu dah kering kira ok la... kak cabai pergilah bersiap-siap dengan pakaian semua dan last sekali kak cabai pun pakailah kasut baru tu... hehehe.... Ayah kak cabai pun terkejut macamna boleh ada kasut hitam tu. Tak ada masa nak explain. Pergilah kak cabai ke Pekan S.P untuk sesi perarakan perbarisan hari kemerdekaan.

Kak cabai pun senang la hati bila berada dalam kelompok peserta semua tu. Maka perarakan pun bermula la sehingga kami semua berada di tengah padang dewan kenangan tu. Sampai di situ ingat kan dah habis ujian rupanya ada lagi yang membuat kak cabai rasa tak selamat. tiba-tiba hujan pula turun alahaaiiii...... habis la kasut kak cabai.... dah jadi tompok-tompok la pula... Tapi Tuhan itu Maha Penyelamat, Dia percepatkan majlis. Semua ucapan-ucapan diringkaskan dan majlis pun bersurai deangan lebih awal. Syukur sangat-sangat... fuuhh.. akhirnya ujian hari kemerdekaan pun tamat. MERDEKA!!!!
Itulah kisah 31 Ogos yang tak pernah kak cabai lupa. Bila tengok anak kak cabai la ni depa nak p kawad tak payah dok risau macam kak cabai dulu. Nak beli kasut p saja kedai, sua duit ha... dah dapat kasut. Berpasang-pasang kasut depa. Maklumlah masuk kawad tahun lepas tahun ni kasut lama dah tak boleh pakai, beli baruuu.... mewah sungguh no.... depa. Ok, SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN BUAT MALAYSIA YANG TERCINTA. Daaa......

Tuesday, August 10, 2010

SELAMAT ULANGTAHUN KAK CABAI....

ASSALAMUALAIKUM....


SELAMAT SEJAHTERA SEMUA. KAK CABAI NAK UCAPKAN SELAMAT ULANGTAHUN KELHIRAN KAK CABAI YANG KE 37 HARI INI 10 OGOS. DALAM BULAN MERDEKA DAN ESOK LUSA KITA DAH NAK SAMBUT RAMADAHAN.
ALHAMDULILLAH ATAS SEGALA NIKMAT ALLAH TAALA KEPADA KAK CABAI SELAMA 37
TAHUN HIDUP DENGAN NIKMATNYA YANG TAK TERHINGGA. SUBHANALLAH...

DI SINI KAK CABAI NAK BUAT SIKIT JAMUAN, MEMANDANGKAN ESOK KITA DAH NAK PUASA JADI HARI INI KITA JAMU SELERA DENGAN KEK ISTEMEWA DARI KAK CABAI SUDILAH RASA SORANG SIKIT NOOO.....




SEMUA KEK NI SPONSER DARI ABANG GOOGLE.
TERIMA KASIH BANYAK.








KEK BERTINGKAT NI MAKAN SORANG SIKIT NOO... JANGAN LUPA ADA PULUT KUNING SIKIT KAT TEPI TU...





RASALAH KEK KEGEMARAN KAK CABAI NI SEDAP OOO..... JANGAN MALU- MALU....







ITU SAJALAH SAJIAN YANG DAPAT KAK CABAI SEDIAKAN KEPADA ANDA SEMUA PADA MAJLIS ULANGTAHUN KAK CABAI. KALAU TAK HABIS MAKAN SIMPAN MALAM NANTI BOLEH BUAT SAHUR. SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DARI KAK CABAI YANG SELALU SAYANG KAT ANDA SEMUA. DAA.......

Monday, August 2, 2010

ADUHAI BIBIK....OH, BIBIK.....




ASSALAMULAIKUM...

SEKIAN LAMA KAK CABAI TAK JENGOK BLOG NI TERASA SANGATLAH RINDUUU... ALAAHAIII.... APA NAK BUAT BANYAK KERJA YANG BELUM SIAP SEPENUHNYA. DALAM PADA TU ANAK KAK CABAI PULAK NAK AMBIL UPSR TAHUN NI... SIBUK SUNGGUH KAK CABAI NI NOO.... BIASALAH KALAU DAH JADI MAK TU MACAM-MACAM HAL NAK KENA TENGOK NAK PASTIKAN SEMUANYA BERES BUKAN
MUDAH..

DENGAN WAKTU YANG ADA SEDIKIT NI KAK CABAI CURI-CURI JUGA NAK BUAT ENTRI HARI NI SEBAB DAH LAMA TAK BUAT POST BARU. SEBENARNYA BANYAK CERITA NAK DIKONGSIKAN BERSAMA TAPI ITULAH MASA SANGAT TERBATAS.

DALAM KAK CABAI DOK SIBUK-SIBUK JAHIT BAJU SUATU HARI JIRAN DEPAN RUMAH KAK CABAI JADI KECOH... KAK CABAI PUN HAIRANLAH JUGA KENAPA TIBA-TIBA RAMAI PULA ORANG KAT RUMAH DEPAN TUUU... BIASANYA KAWASAN RUMAH KAK CABAI NI KALAU KECOH-KECOH TU MESTI ADA PEROMPAK.... TAPI HARI TU KAK CABAI RASA TAK SEDAP HATI TERUS PERGI RUMAH DEPAN TU NAK TANYA KHABAR. BELUM SEMPAT SAMPAI TERJUMPA JIRAN SEBELAH RUMAH BARU NAK KELUAR HANTAR ANAK DIA KE SEKOLAH JADI KAK CABAI PUN TANYA PADA DIA APA HALNYA RUMAH DEPAN TU..??? NAK TAU APA DIA KATA????
"BIBIK DIA BAWA BALIK LELAKI KE RUMAH....." OOOO.... ITULAH YANG DOK KECOH SANGAT TU.... AAAA..... KAN DAH KANTOIII....
BIBIK TU BUKAN TAKAT KENA TANGKAP KHALWAT TAPI KENA TANGKAP BASAAHH..... OOOHOHOHOOO....... APA NAK JADI NIII....
SEBENARNYA BIBIK TU SELALU JUGA DATANG KE RUMAH KAK CABAI MINTA TOLONG ITU INI... ADA JUGA DIA SELALU CERITA PADA KAK CABAI MASALAH KELUARGA DIA DI INDON SANA NUUU... KADANG-KADANG RASA KESIAN BILA DENGAR NASIB KELUARGANYA TU LEBIH MALANG DARI KITA YANG MALANG DI SINI. TAPI APA NAK BUAT SEMUA ORANG ADA NASIB TERTENTU YANG TELAH DITAKDIRKAN. BIBIK NI SEBENARNYA ADA SUAMI ADA ANAK TAPI ANAKNYA MENINGGAL SEMASA DIA BARU BEKERJA DENGAN MAJIKAN DEPAN RUMAH NI. DIA KATA MAJIKANNYA TAK BENARKAN DIA BALIK INDON UNTUK JUMPA ANAK DIA. YANG HAIRANNYA BILA KAK CABAI BERSEMBANG DENGAN MAJIKANNYA LAIN PULA CERITA. KATANYA BIBIK TU TAK ADA ANAK MASA MOHON KERJA DENGAN DIA.... ALAMAK..... BIBIK PUTAR BELIT LA NIII..... APA PUN KAK CABAI MASIH LAGI BAIK DENGAN BIBIK TU SAMPAI LA... SUATU HARI PERNAH JUGA KAK CABAI NAMPAK ADA SORANG LELAKI MASUK DALAM RUMAH TU. MULA TU KAK CABAI TAK SYAK APA-APA. TAPI BILA TENGOK GAYA BIBIK TU MASUK KE RUMAH PERLAHAN-LAHAN LEPAS TU SEMBUNYI KASUT LELAKI TU DALAM RUMAH ...... APA KES PULAK NIII...... MULA LA KAK CABAI DUDUK TAK SENANG. NAK GUNTING KAIN HARI TU DAH JADI NAK GUNTING DAH.... MACAM KUCING HILANG ANAK PULA KAK CABAI MASA TU. DI SEBABKAN MASA TU KAK CABAI BELUM KENAL RAPAT LAGI DGN MAJIKANNYA JADI KAK CABAI TAK ADA NO TELEFON MAJIKANNYA TU... KALAU ADA DAH LAMA KAK CABAI CALL.... SATU HARI TAK JADI KERJA NAK BUAT ASYIK DOK TERINGAT KAT BIBIK TUUU JE....
DARI PUKUL 10 PAGI SAMPAI PUKUL 2.30 PETANG BARULAH NAMPAK MAMAT TU KELUAR RUMAH TU. SEBELUM TU ADA JUGA DIA KATA KAT KAK CABAI ADA SAUDARA DIA NAK DATANG KE RUMAH, JADI KAK CABAI PUN SANGKA DIA DAH BAGITAU MAJIKANNYA. LEPAS DUA TIGA HARI KAK CABAI PUN JUMPALAH DENGAN MAJIKANNYA LALU BAGITAU LA APA YANG KAK CABAI NAMPAK. RUPANYA MAJIKANNYA PUN TAK TAU... APA LAGI TERUK LA BIBIK TU KENA TEKAN. AKHIRNYA DIA PUN MENGAKU MEMANG BETUL DIA ADA BAWA ORG MASUK DLM RUMAH TU. TAPI ITU SAUDARANYA. MAJIKAN YANG BAIK HATI TU MASIH LAGI BOLEH BERSABAR... OK KERJA LAGI. BIBIK TU CUMA JAGA ANAK 3 ORANG JE. 2 DAH SEKOLAH CUMA SORANG SAJA KAT RUMAH.
MASA KAK CABAI NAMPAK TU KALI PERTAMA BIBIK TU BUAT HAL. LEPAS TU KAK CABAI TAK PERNAH NAMPAK DAH. DIA PUN DAH JARANG SANGAT DATANG MINTA TOLONG APA-APA SEBAB ADA SORANG BIBIK BARU KAT SEBELAH RMH DIA..... BIASA LA TU... KAK CABAI TAK KISAH. DAN BARU NIII.... MASA MAJIKANYA SENDIRI NAMPAK DENGAN MATA KEPALA SENDIRI DAPAT PULA CEKUP DIA SEDANG BER..... DENGAN MAMAT YANG LAIN PULA BUKAN MAMAT YANG SAMA..... ADUUUHH..... BUKAN SAJA TANGAN MAJIKAN NAIK KE BADAN KAKI PUN DAH TAK BOLEH TAHAN NAK JUGA SINGGAH KE BADAN BIBIK TUUU..... MALANG SUNGGUH. BALIK PULA MAJIKAN LELAKI, KAK CABAI DAPAT DENGAR MAKI HAMUN YANG DAH TAK TAU APA YANG DISEBUT PUN ENTAH LA... BILA HATI DAH MARAH MACAM-MACAM BOLEH KELUAR. YANG DIA ORANG MARAH SANGAT TUUU... DAH LA..GUNA MASTER BEDROOM, BILIK MAJIKAN TU TEMPAT DEPA BERASMARA, ANAK DIA TU KENA KURUNG PULA KAT DALAM BILIK LAIN. KALAU ANDA JADI MAJIKAN TU APA TINDAKAN ANDA??? BUKAN ITU SAJA SEGALA PAKAIAN ROMANTIK MAJIKANNYA TU PUN DIBELASHNYA JUGA.... LAGILAH BERANGGG....
LEPAS KES TU KAK CABAI JUMPALAH JIRAN KAK CABAI TU DEPAN RUMAH MASA PETANG-PETANG BILA ANAK-ANAK DOK MAIN KAT DEPAN RUMAH TU, BERSEMBANG SAKANLAH JIRAN KAK CABAI TU MELUAHKAN SEGALA KEKESALANNYA TERHADAP BIBIK YANG TAK SENONOH TUUU...TAK ADA SIAPA YANG NAK GALAS BIAWAK HIDUP. BIBIK TU DIA HANTAR BALIK KE EJEN MALAM TU JUGA.
SEMENTARA ANAK NAK BESAR BEGITULAH KARENAHNYA.... BUKAN SENANG NAK BESARKAN ANAK NI....
APA YANG KAK CABAI SAMPAIKAN DI SINI BUKAN NIAT NAK AIBKAN SESIAPA. TAPI AMBILLAH APA YANG BAIK SEBAGAI PENGAJARAN JAUHKAN APA YANG BOLEH MEMBUATKAN ORANG LAIN MERASA BENCI PADA KITA. DI MANA PUN KITA BEKERJA, APA PUN PEKERJAAN KITA JANGANLAH BUAT SAMBIL LEWA. SEMUA TU AKAN DIHITUNG DEPAN NYA DI AKHIRAT NANTI... AZAB DUNIA NI SIKIT AJE... AZAB AKHIRAT TU BELUM TENTU KITA DAPAT MEMIKULNYA...... BILA NAK BUAT SESUATU PEKERJAAN YANG TAK BAIK TU TOLONGLAH FIKIR PANJANG-PANJANG. YANG PENTIN INGATLAH YANG ALLAH SENTIASA MELIHAT KITA WALAU DI MANA JUA KITA BERADA DAN APA JUA PERBUATAN KITA. YANG KIRI DAN KANAN KITA NI PUN TAK PERNAH LEKA MEMANDANG KITA SETIAP DETIK MENJALANKAN PERINTAH ALLAH MENCATAT SEGALA BAIK BURUK KITA. TAK INGATKAH KITA PADA TUGAS DUA MALAIKAT KIRI KANAN TUUU...???? INSAFLAH WAHAI SAHABAT YANG DAH TERLANJUR TU. BERTAUBATLAH.....SEMENTARA PINTU TAUBAT MASIH LAGI TERBUKA...... OK, DAAA.......

Monday, July 26, 2010

AWARD DARI KAK IMUN


ASSALAMUALAIKUM...

ALAHAI..... KAK CABAI DAH LAMA TAK JENGOK BLOG TERATAKSARIISTANA NI... MAKLUMLAH SIBUK DOK MENJAHIT LA.... DOK PROMOSI BLOG SIS CABAI LA.... NAK LAGI ANAK- ANAK NK PERIKSA PULA OOOO..... UPSR DAH TAK LAMA LAGI ANAK KAK CABAI NAK UPSR TAHUN NI... MUNGKIN TAHUN TERAKHIR UPSR.

BILA RINDU KAK CABAI PUN BUKALAH BLOG KAK CABAI NI TIBA-TIBA ADA AWARD DARI KAK IMUN.... SALAH SEORANG KAK KESAYANGAN KAK CABAI NI... SUKA SUKA SUKA... THANKS KAK IMUN. TAPI KENAPA LINKNYA LAIN PULA http://jafrin67.blogspot.com/ . APA JE LA... KAK IMUN...

MACAM KAK IMUN JUGA MAKA KAK CABAI PUN HADIAHKAN AWARD INI KEPADA 10 ORANG PENERIMA AWARD SETERUSNYA INI KEPADA:-
1) http://ngomelsukan.blogspot.com
2) http://cikmin.com
3) http://zulkbo.blogspot.com
4) http://kasihart.blogspot.com
5) http://hidayahamin.blogspot.com
6) http://girlcayuncklovesome.blogspot.com
7) http://iddahashim.blogspot.com
8) http://coretanperantau.blogspot.com
9) http://eikasyaza85.blogspot.com
10) http://www.unclepunyablog.com

HAA.... KALAU ADA DI ANTARA ANDA YANG KAK CABAI ANUGERAHKAN AWARD INI TAPI TAK MAU TERIMA PASAL DAH PERNAH DAPAT MAKA ABAIKAN SAJA. KALAU NAK TERIMA LAGI SEKALI PUN TAK ADA SALAHNYA.... TERIMA AJE LAA.... OK, DAAA...

Tuesday, June 29, 2010

AGUNGNYA ASMA UL HUSNA 7 (AL-MU'MIN)


ASSALAMUALAIKUM

AL-MU'MIN (MAHA PENGAMAN)
MENJAGA KEAMANAN DAN PENJAGA IMAN
Hari ni kak cabai nak sambung lagi pasal nama-nama indah Allah Taala yang sangat mulia dan amat baik sekali jika kita jadikan amalan seharian. Mudah-mudahan dengan zikir nama-nama Allah yang terindah ini akan mendatangkan manafaat yang banyak kepada kita baik di dunia maupun di akhirat. Semoga kita sentiasa dalam keaman dan tenteram lapang dada macam kat padang golf tu....

Antara kelebihan yang ada dalam zikir AL-MU'MIN ini ialah:

1) Selamat dari bahaya
baca Ya Allah Ya Mu'min 36 kali dengan izin Allah kita akan terselamat dari bahaya, jika dibaca 126 kali harta benda juga akan terpelihara.

2) Hati menjadi ikhlas
baca Ya Allah Ya Mu'min 126 kali setiap hari hati akan menjadi ikhlas dan dikhabarkan juga syaitan tidak akan menghampiri pada orang yang berhati ikhlas. Dengan izin Allah.

Ilmu yang sedikit jika diamalkan akan menjadi berkat, sedang ilmu yang banyak jika dibiarkan akan menjadi berkarat. Jadi jom kita sama amalkan zikir ini walaupun sedikit setiap hari lama-lama akan menjadi kebiasaan pada kita di samping itu kita juga akan mendapat pahala dariNya. Mulakam dengan zikir apabila bangun pagi hingga kita tidur pada malam hari. Kak cabai berpesan ni bukan untuk sapa-sapa tapi mengingatkan diri kak juga juga. Sama-sama kita ingat mengingati sesama kita. Daaa....

Wednesday, June 23, 2010

BANYAKNYA KAIN KAK CABAI


ASSALAMUALAIKUM.

Entah la.. tak tau apa nak diceritakan. Walaupun sebenarnya ada banyak cerita nak dikongsikan bersama. Waaahh...nampak kan banyak kain-kain tu, cantik-cantik belaka. Itu la pasalnya kak cabai jarang nak online ni sebab kain yang cantik-cantik tu la... kerja kak cabai dah berlambak. Oppss.. maaf ye, kain-kain tu bukan untuk dijual. Semua kain tu nak kena jahit sebelum raya. Dah mula laaa.. episod kerja bermusim. Dah masuk bulan Rejab ni menimbun-nimbun la... kain baju kat rumah kak cabai walaupun rasa hati macam dah tak nak dah jahit baju ni, sebabnya jahit baju ni kena tumpukan perhatian sebaik mungkin dari mula sampai siap sepasang baju. Apatah lagi kak cabai terpaksa pula nak hantar anak ke sekolah ambil anak kat sekolah pagi petang pula tu. Nak masak lagi nak cuci baju baju, jemur baju gosok baju, nak kemas rumah lagi ooooo... macamna dengan kedai kak cabai tu? Siapa pula nak tengok??? Mak ooiii banyaknya kerja nak buat.

Atas sebab-sebab inilah kak cabai jarang dah buat entri baru. Ada banyak lagi cerita nak masuk tapi masa nak online amatlah terhad. Walau apapun kak cabai akan cuba curi-curi masa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang blogger. Ahaa... Insya-Allah. Dah lama tak kongsi ilmu tentang nama-nama indah Allah swt. Tangan ni memang dah tak sabar nak masukkan entri tu semua. Tapi kalau dah mula buka internet ni habis la kerja lain dah sah-sah tak buat. Sebabnya mungkin semua orang setuju kalau kak cabai katakan kalau dah mula buka internet ni satu jam memang tak cukup kan. Mula-mula niat nak buat post baru, lepas tu buka pula emel dah baca emel, ada emel fb pula buka fb. Bila dah masuk fb jangan harap nak keluar dengan mudah kan... betul tak??? Nasib baik la kak cabai masih lagi boleh tinggal internet ni bila dah masuk waktu solat. Kita ni memang mudah leka kan...

Entah la... dah banyak mana agaknya amalan baik kita. Setiap masa kita ni asyik dok kira kerja-kerja dunia saja. Entah-entah amalan kita belum sampai satu cawan teh pun lagi. sedang masa untuk sampai kepadaNya semakin menghambat. Entah esok entah lusa sampailah kita padaNya sedang amalan kebajikan yang dibawa tak sebanyak mana. Sesungguhnya kita sentiasa di dalam kerugian. Menyedari hakikat ini maka jom la kita sama-sama ringankan mulut berzikir kepadaNya sebagaimana ringannya mulut kita menyanyi lagu-lagu masakini. Amatlah elok kita mulakan zikir setiap masa sebab sekarang ni dah masuk bulan Rejab banyak pahala yg kita akan dapat jika kita buat apa jua kebajikan dalam bulan ni. Lepas tu kita dah hampir dengan bulan puasa pula. Inilah masanya untuk kita nak up trafik kita disana. Rejab, Syaaban dan Ramadhan, deretan bulan yg sangat mulia dan berkah. Banyak rezeki dalam bulan ni rezeki dunia dan akhirat. Pandai-pandailah kita mengambil peluang nooo..... kak cabai pun ingatkan diri kak cabai juga mana yang patut. Kita ni manusia yang tak sempurna.... ok, tak tau la, bila pula kak cabai nak online. Ada cerita baru...., kak cabai baru-baru ni, pening-pening.... muntah-muntah... alahai kenapa yer??? Tungguuuu.... nanti kak cabai cerita Insya-Allah....jangan fikir yang bukan-bukan tau... daaa.....

Thursday, June 17, 2010

KISAH PEMUDA DGN IMAN SEBERAT SEMUT JARRAH

ASSALAMUALAIKUM..

WAAAHHH... lamanya kak cabai tak up date blog. Ya la cuti kan... pi jalan-jalan laaa... Sebagai meneruskan kisah-kisah para sahabat yang pernah kak cabai postkan entry yang lalu inilah kesinambungannya. Dalam bercuti-cuti ni kak cabai sempat juga terbaca satu kisah yg. buat kak cabai baca dua tiga kali. Sungguh menginsafkan. Sangat-sangat menginsafkan. Mai kita baca sama-sama kisah ni camna. Kak cabai tuliskan post kali ni hanya mengikut apa yang kak cabai ingat tentang kisah tu dan ada la nota sikit yg sempat kak cabai catitkan. Andai kata ada sesiapa yang pernah terbaca kisah ni dan ada salah silap kat mana-mana tolonglah perbetulkan yer... Oklah, kisahnya macam ni....

Pernah dikisahkan pada zaman nabi Isa A.s dalam sebuah kitab karangan imam Al-Ghazali pada suatu hari sedang Nabi Isa A.s berjalan-jalan lalu baginda dilihat oleh seorang pemuda yang sedang menyiram pokok di sebuah kebun. Pemuda itu pun menegur nabi Isa dan berbicara dengan baginda.

"Wahai nabi Isa A.s, aku ingin meminta sesuatu darimu. Mohonlah kepada Tuhanmu wahai nabi Isa A.s agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintanya akan aku kepadaNya."

Kata nabi Isa A.s: "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya memikul iman seberat satu semut Jarrah"

Pemuda itu berkata: "Jika aku tidak terdaya memikul iman seberat satu semut Jarrah maka aku mohon diberikan kepadaku 1/2 semut Jarrah iman kepadaku"

Apa yang kak cabai faham semut Jarrah tu mungkin spesis semut jugalah. Pada fikiran anda apa benda la semut Jarrah tu yer?? Jarrah tu mungkin nama sejenis semut kot..

Oleh kerana keinginan yang amat sangat lalu nabi Isa A.s pun berdoa: "Ya Tuhanku berikanlah dia seberat 1/2 semut Jarrah kecintaannya kepadaMu" setelah itu nabi Isa A.s pun berlalu pergi.

Selang beberapa lama kemudian datanglah nabi Isa A.s melawat pemuda itu. Baginda mencari-cari pemuda itu namun tidak juga ketemu. Lalu baginda pun bertanya kepada penduduk di situ. Kesemua mereka berkata bahawa pemuda itu sudah jadi gila. Dia tidak lagi tinggal di situ tetapi dia kini berada di satu tempat yang lain. Baginda lalu berdoa mohon petunjuk dari Allah swt agar ditunjukkan di mana pemuda itu berada. Setelah mengetahui di mana lokasi pemuda itu lalu nabi Isa A.s pun pergilah menemui pemuda tersebut.
Baginda dapat melihat pemuda itu berada di antara gunung-gunung dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, sedang matanya hanya memandang ke arah langit.
Baginda menghampiri pemuda itu lalu memberi salam, namun salam baginda tidak dijawab. Baginda pun lalu berkata: "Aku ini Isa A.s"

Tidak lama selepas itu Allah swt menurunkan wahyu yang berbunyi: "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraanmu kerana dalam hatinya terdapat 1/2 semut Jarrah iman kecintaannya kepadaKu. Demi keagunganKu dan keluhuranKu, jika engkau memotongnya dengan gergaji sekali pun sudah tentu dia tidak akan mengetahui apa yang sedang engkau lakukan ke atasnya"

Masya-Allah... Subhanallah... maha suci Allah sesungguhnya iman kita ini besar manalah agaknya ya?? Seekor semut pun sudah sangat kecil apa lagi 1/2 semut. Hanya 1/2 semut iman yang ada dalam hati pemuda itu, ketakwaannya sangatlah tinggi terhadap Allah swt. Lalu terfikirkah kita adakah iman kita sudah cukup besar?? Menangis kak cabai bila teringat iman diri sendiri pun belum tentu sebesar kuman pun. Lihat saja sekeliling kita pasti kita akan tertanya-tanya besarkah iman yang kita ada??? Sempat juga kak cabai catatkan dari kisah itu tentang 3 perkara yang sering manusia tertipu.

Barang siapa mengaku 3 perkara tetapi tidak menyucikan diri dari 3 perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1)Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2)Orang yang mengaku cintanya ikhlas dalam beramal, tetapi dia ingin disanjung dari kalangan manusia.
3)Orang yang mengaku cinta kepada Allah, tetapi dia tidak berani merendahkan dirinya.

Sabda nabi s.a.w, akan datang waktunya umatku akan mencintai 5 perkara dan lupa 5 perkara.
1)Mereka mencintai kepada dunia, mereka lupa pada akhirat.
2)Mereka lupa kepada harta benda , mereka lupa pada hisab.
3)Mereka cinta kepada makhluk, mereka lupa kepada penciptanya.
4)Mereka cinta kepada dosa, mereka lupa hendak bertaubat.
5)Mereka cinta kepada gedung-gedung membeli-belah dan tempat-tempat mewah, mereka lupa tikar sejadah dan kubur.

Kak cabai termenung sejenak memikirkan di mana kedudukan diri kita di sisi Allah swt. Kita sama-samalah renungkan di mana diri kita ini ya... takut kalau-kalau dalam hati kita mungkin tidak ada langsung iman. Nauzubillah minzalik... kak cabai mohon sangat agar Allah swt masukkan iman ke dalam hati kita semua. Amin... daaa.....

Wednesday, June 9, 2010

CERITA KATAK DENGAN NABI DAUD A.S

ASSALAMUALAIKUM

Hari ini kak cabai nak cerita pasal kisah-kisah para sahabat di zaman dulu. Kak cabai bukannya apa sesekali bila teringat diri ini jauh dari Allah adalah elok kita mengimbas kisah-kisah zaman nabi dulu. Yang mana baik kita ambil iktibar yang tak elok tu kita muhasabahlah diri sendiri. Kali ni kak cabai nak cerita pasal katak dengan nabi Daud A.S yang kak cabai baca dari sebuah buku. Ya la.. kisah-kisah macam ni bukan semua orang suka baca, disini kak cabai nak kongsikan kisah ni bersama anda.

Ada sebuah riwayat menerangkan bahawa pada suatu masa Nabi Daud A.S telah keluar ke suatu tempat untuk beribadat, selama setahun. Setelah genap setahun beribadat kepada Allah swt lalu baginda pun berdoa pada Alla swt.

"Ya Rabbi, telah bongkok punggungku dan telah lemah mataku dan telah kering air mataku, tetapi aku belum lagi tahu bagaimanakah keadaan nasibku?"

Setelah nabi Daud berkata demikian maka Allah swt menyuruh katak yang berada di tempat itu menjawab soalan nabi Daud.

Firman Allah swt pada katak yg bermaksud, "Wahai katak, jawablah pertanyaan hambaku Daud itu"

Dengan izin Allah maka berkatalah katak, "Wahai nabi Daud, wahai nabi utusan Allah. Apakah yang membuat kamu mengira-ngira tentang ibadatmu yang setahun itu. Demi Allah yang mengutusmu menjadi nabi. Aku sendiri pun telah hidup di hutan ini lebih 30 atau 60 tahun sentiasa bertasbih, bertahmid kepada Allah. Walaupun begitu lama tetapi sendi-sendiku tetap gementar kerana takut pada Allah"

Setelah nabi Daud mendengar penjelasan dari katak itu maka menangislah beliau dengan penuh kesal.

Ada riwayat mengatakan kejadian yang sama pernah juga terjadi ke atas nabi Musa A.S. Sesudah terjadinya pembunuhan yang tidak disengajakan olehnya.

Maka sebagai hamba Allah kita tidaklah boleh mengira akan amal-amal yang kita buat, sebab jika kita bandingkan seluruh tubuh kita yang Allah swt ciptakan maka kita tidak layak untuk mengira amal kita. Sebagai hamba kita hendaklah mengikut perintah Allah swt dan meninggalkan segala laranganNya. Kita sebaiknya mensyukuri segala nikmat yang di berikan yang tidak terhingga dan tidak terhitung banyaknya. Apakah kita perlu mengira-ngira amal kebaikan kita yang sedikit cuma.

Jika ditebus seluruh hidup kita dengan amalan kebajikan yang telah kita buat, sebelah mata kita ini pun belum tentu dapat kita tebus. Sesungguhnya nikmat Allah swt amat-amatlah luas dan tidak terhitung seluruh alam ini. Subhanallah...

Fikir-fikirkanlah di mana diri kita ini di sisi Allah swt. Kak cabai terasa sangat-sangatlah kerdilnya diri ini. Tetapi yang peliknya kita ni masih lagi suka bergosip sana sini. Buat perkara-perkara yang Allah sentiasa larang kenapa ya??? Aurat terdedah sana sini, tapi mengaku Islam. Kak cabai pun mengingatkan diri sendiri pada hal ini. Kadang-kadang kita terleka dengan peredaran masa yang sangat pantas sampai kita tergolong dalam dunia yang tah apa-apa tu. Subhanallah. Susah sebenarnya nak dekatkan diri kita ini pada Allah swt. Hanya iman yang kuat sahaja dapat menuntun kita ke arah yang di redhai Allah swt. Marilah kita sama-sama ingat mengingati sesama kita ok, daaa....

Tuesday, June 8, 2010

AGUNGNYA ASMA UL HUSNA 6 (AS-SALAM)

ASSALAMUALAIKUM

AS-SALAM (MAHA PENYELAMAT) Salam berkait dengan Pemberi keamanan dan keharmonian kepada semua makhluk. Zikir ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri jika kita selalu mengamalkannya. Kak cabai mungkin tidak pernah berjumpa dengan orang mengamalkan zikir dengan nama-nama indah Allah ini dan melihat sendiri orang-orang ini, namun jauh di sudut hati kak cabai sangat yakin bahawa zikir dengan nama-nama Allah yang indah ini sememangnya mempunyai kelebihan yang sungguh menakjubkan kurnian dari Allah swt.

Kak cabai bukan sekadar berkongsi coretan ini sahaja tetapi kak cabai juga ada beberapa nama indah ini yang kak cabai selalu amalkan dan memang sangat tenang hati kita walaupun ujian dariNya itu kadang-kadang sangat berat bagi kita. Amalkanlah zikir nama-nama indah Allah ini Insya-Allah, Allah tidak akan mensia-siakan hambaNya yang sentiasa mengingatiNya.

OK, hari ni kita kongsikan bersama nama AS-SALAM apa kelebihannya.
1)Menyembuhkan penyakit
Baca Ya-Allah Ya-Salam 111 kali atau 160 kali di hadapan orang yang sakit dan hembus padanya. Dengan izin Allah penyakit akan sembuh. Ini adalah ikhtiar kita.

2)Selamat dari wabak
Bacalah Ya-Allah Ya-Salam 115 kali. Cuba baca di tempat yang sama setiap hari ia juga mampu menyembuhkan orang yg terkena wabak. Semuanya bergantung pada izin Allah. Sekurang-kurangnya kita sudah berusaha. Eloklah kita amalkan memandangkan wabak h1n1 dok merebak la ni kan..

Itu saja yang kak cabai nak kongsikan hari ini. Sebenarnya banyak lagi kelebihan zikir ini cubalah kita sama-sama korek-korek dalam buku-buku yang berkaitan. Kalau ada yang bagus-bagus apa salahnya kita kongsikan bersama kan... ok, daaa....

Monday, June 7, 2010

AGUNGNYA ASMA UL HUSNA 5 (AL-QUDDUS)



ASSALAMUALAIKUM

AL-QUDDUS ( MAHA SUCI) Dalam erti kata lain Yang Maha Sempurna.Tujuan untuk menyebut nama Allah ini ialah untuk membersihkan jiwa seseorang itu dari sikap atau perangai yg buruk. Antara fadhilat apabila kita mengamalkan zikir ini ialah:

1)Membersihkan hati
Baca Ya-Allah Ya-Quddus 100 kali setiap hari apabila matahari sedang terbenam, mudah-mudahan hati kita bersih dari sifat sombong, tamak, irihati, benci dan sebagainya.

2)Terhindar dari bencana
Baca zikir ini 1000 kali , dikatakan akan terhindar dari bencana dengan izin Allah.

3)Bebas dari kebimbangan
Baca zikir ini 100 kali setiap hari akan terhindar dari kebimbangan.

4)Menakutkan musuh
Baca Ya-Allah Ya-Quddus sebanyak-banyaknya dengan cepat sambil hati takutkan Allah. Mudah-mudahan dengan izin Allah musuh akan berlalu.

Apa pun yang kita mohon dari Allah lakukanlah dengan istiqomah dan jangan lupa mulakan dengan bismillah, berselawat diikuti dengan zikir dan sudahi dengan berselawat juga. Mohonlah pada Allah akan segala bantuan jangan pula kita minta pada tempat yang lain. Bimbang kalau-kalau kita tidak sedar kita sedang menyekutukan Allah pula. Harap di jauhkan dari perkara-perkara yang melanggar peraturan Allah s.w.t Amin... Semoga kita mendapat faedah dari zikir ini dan semoga kita akan dapat pelajari zikir yang lain pula di lain kali Insya-Allah. Daa...

Thursday, June 3, 2010

KEDAI KAK CABAI BARU BUKA

ASSALAMUALAIKUM

ALAHAI... lamanya kak cabai tak jenguk kt teratak kak cabai ni. Ala kesian sungguh yang dok mai singgah tengok-tengok kak cabai tak dak. Minta maaf la no.. bukan apa kak cabai dok di kedai sis cabai. Dok tolong dia jual barang-barang berniaga dia tu... Tengok la kat sebelah tu.. SABUN TAHAN MENGANTUK AQURA. Itulah produk pertama buat masa ni. Insya-Allah akan datang akan ada lebih banyak lagi barang-barang kat kedai sis cabai tu. Sila la singgah http://siscabai.blogspot.com Kebetulan hari buka kedai tu kak cabai ada di kampung, ala.. susahnya nk buka internet. Apa taknya balik kg nak jumpa sedara mara buat kenduri kawin, so asyik dok melayan sedara mara tengok-tengok dah malam. Dok sembang-sembang dah pukul 2 pagi alahai... suntuk sungguh masa kalau balik kg. Tambah pula kg kak cabai dengan hubby satu negeri. Jadi dah balik sini nak kena balik sana juga. Bayangkan belum puas dok sembang dengan keluarg di sini dah kena p rumah keluarga di sana. oooooo..... penat la...

Sampai masa tidur , letak kepala saja terus sampai london. Alamakkk... kak cabai penat sangat kalau balik kg. Dah tak mampu nk on line. Esok tu ada saja aktiviti. Maklumlah masa suntuk sangt. Apa-apa pun kak cabai bersyukur sangat sebab dapat juga buka kedai yang kak cabai idam-idamkan selama ini. ALHAMDULILLAH...

Pasal sabun tahan mengantuk tu sebenarnya ada sorang kawan kak cabai dia dok jual sabun tu merata-rata cukup baguih. Satu hari kak cabai pun rasa nak jual jugalah sabun tu. Lepas kak cabai guna, memang ada kesannya. Baguih juga sabun ni, sabit tu la kawan kak cabai tu jual sabun ni laku bukan main. Tak pa la.. Kak cabai pun nk try juga jual kat internet ni. Mana la tau kot-kot boleh hantar mak kak cabai p Mekah ka dapat untung nanti. Mudah-mudahan Tuhan makbulkan doa kak cabai ni. Kak cabai tak p pun tak pa... walaupun di hati teringin sangat-sangat nk ziarah ke sana. Alahai... terkenang masa tuttt....

Ok lah kak cabai ni ada kerja lain nak buat lagi. Apa lagi baju nak jahit banyak la pula dah dekat nk raya ni. Ayoyo... Tapi nasib baik la dekat nk cuti sekolah dah ni. Oh ya kak cabai masih lagi berhutang tentang Asmaul Husna. Nanti kak cabai sambung nama-nama Allah yang seterusnya. ok... daaa.....

Friday, May 28, 2010

28 MAY PEMBUKAAN KEDAI MAYA SIS CABAI

ASSALAMUALAIKUM

KALI INI KAK CABAI NAK UMUMKAN KAK CABAI DAH BUKA BLOG BIZ YANG KAK CABAI PERNAH BERITAHU DULU TU... SINGGAHLAH KALAU SUDI KALAU SUDI LAGI JADILAH FOLLOWERS SIS CABAI. MUNGKIN ADA ANTARA ANDA DAH SINGGAH BLOG PADIN DAN DAH TENGOK APA PADIN DAPAT. HA.. JANGAN JELOUSE TAU, PADIN MASA TU NANGIS BAGAI NAK RAK KAT TERATAK KAK CABAI NI, DAH DEKAT NAK BANJIR DAH. JADI KESIANLAH KAT DIA KAK CABAI PUN BAGILAH SET KAKI WANGI TU KAT DIA. LAGIPUN HARI TU KAK CABAI SINGGAH BLOG DIA ADA BAU LA... MAU KA TAK BAU DIA TUNJUK KASUT DIA KAT BLOG. TU LA KAK CABAI CADANGKAN DIA GUNA SPRAY KAKI TU... KALAU IKUTKAN HATI MEMANG NAK BAGI KEPADA SEMUA FOLLOWERS KAK CABAI TAPI APAKAN DAYA KENALAH PENUHKAN POKET DULU KAN.

OK, BLOG SIS CABAI AKAN MEMBERI SESUATU KEPADA ANDA. INSYAALLAH KALAU ADA REZEKI SIS CABAI AKAN KELUARKAN CENDERAHATI UNTUK PELANGGAN BLOG SIS CABAI. JADI JANGAN JELOUSE LAGI OK... SEMUA BOLEH DAPAT MACAM PADIN. WAH.. TERSENGEH PANJANG PADIN...

OH YA, MASA NI KAK CABAI ADA DI KAMPUNG KAK CABAI KEDAH. OK, JANGAN LUPA SINGGAH BLOG SIS CABAI YE. http://siscabai.blogspot.com daa....


Wednesday, May 26, 2010

AGUNGNYA ASMA UL HUSNA 4 (AL-MALIK)

ASSALAMUALAIKUM
AL-MALIK (MAHA PEMERINTAH)
Salam bertemu kembali dalam amalan zikir Asma Ul Husna. Kali ini kak cabai nak sebarkan kelebihan mengamalkan zikir yang ke-4 ini iaitu Al-Malik yang membawa maksud Maha Pemerintah. Sama-sama kita ambil pengajaran dan keberkatan dari zikir ini ok...

1)Dihormati
Baca Ya-Allah Ya-Malik bila-bila masa siang atau malam nescaya kita akan mendapat layanan istimewa daripada orang lain dan akan dihormati. Dengan izin Nya jua.

2)Dilimpahkan kekayaan
Baca Ya-Allah Ya-Malik 121 kali setiap hari selepas matahari terbit atau matahari terbenam dikhabarkan akan dilimpahkan kekayaan jiwa dan harta dengan izin Nya jua.

3)Kebersihan jiwa
Baca Ya-Allah Ya-Malik 100 kali setiap pagi mudah-mudahan hati kita kan bersih.

4)Mampu berdikari
Baca Ya-Allah Ya-Malik 121 kali setiap pagi lepas subuh, mudah-mudahan kita tidak akan meminta-minta daripada orang lain selain dari Allah jua kerana Dia akan memenuhi keperluan kita dengan syarat kita rajin berusaha.

Semoga kita dapat amalkan zikir ini dengan istiqamah dan mengharapkan segala ganjaran dari Allah semata-mata. Apa yang lebih penting dalam mengamalkan zikir apa pun hendaklah kita berusaha selari dengan apa yang kita inginkan.
Jangan lupa mulakan dengan Bismillah, berselawat dan akhiri dengan selawat juga. InsayaAllah segala sesuatu itu akan didengari Allah dan Dia jugalah yang akan mengabulkan setiap permintaan hambaNya. Jangan sesekali kita berputus asa. Insan yang berputus asa maka dia akan terputus dari rahmat Allah swt. Wallahualam... daa...

Monday, May 24, 2010

IBU DAN BAPANYA MENJADI BABI


ASSALAMUALAIKUM
Beberapa hari yang lepas kak cabai cuma masukkan entri tentang kelebihan dan faedah mengamalkan zikir Asma Ul Husna sahaja. Sebenarnya bukan tak ada idea nak tulis entri tapi sekali sekala baik jugalah kita berkongsi apa yang sepatutnya menjadi amalan kita seharian. Insya-Allah berkat dengan zikir itu moga-moga rahmat Nya datang mencurah-curah kepada kita. Amin.
Kak cabai akan sambungkan lagi kelebihan mengamalkan zikir itu pada entri yang akan datang. Untuk hari ini kak cabai nak bercerita kisah zaman-zaman para sahabat terdahulu. Bukannya apa kisah-kisah macam ni kalau kita selalu ingat mudah-mudahan akan memberi sedikit keinsafan dalam diri kita dan juga akan menjadi panduan kita bersama dalam menjalani hidup yang penuh dengan ujian dari Nya. Kak cabai percaya ramai antara kita dah tahu cerita pasal ibu dan bapanya menjadi babi ni kan... tapi mungkin ada juga yang tak tahu hal ini dan yang paling penting apa yang kak cabai nak pedaskan lagi ialah tentang ketaatan seorang anak kepada ibu bapanya.
Kisahnya Nabi Musa pernah bertanya kepada Allah siapakah orang yang akan berjiran dengannya di syurga nanti. Setelah Allah Taala mengatakan orang itu siapa dan di mana dia tinggal maka Nabi Musa pun pergi ke tempat itu. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk lalu Nabi musa pun sampailah ke tempat yang di tuju itu. Setelah memberi salam lalu beliau pun dipersilakan masuk dan duduk oleh tuan rumah itu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa malah dia meninggalkan Nabi Musa seorang diri di situ. Dia terus masuk ke dalam bilik dan mengambil seekor babi betina lalu dibawa untuk dimandikan. Setelah itu dia lapkan babi itu sampai kering dan dipeluk dan diciumnya kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar pula dengan membawa seekor babi jantan yang agak bersar sedikit dari tadi lalu dia pun melakukan perkara yang sama pada babi jantan itu. Dia peluk dan cium babi itu dan menghantar semula ke dalam bilik. Setelah itu barulah dia keluar untuk melayan Nabi Musa. Nabi Musa sangat hairan dengan kelakuan pemuda itu. Apakah ini orangnya yang akan berjiran dengan beliau semasa di syurga nanti, bisik hati beliau.
Nabi Musa pun bertanya kepada pemuda itu apakah agamanya? Jawab pemuda itu agamanya agama Tauhid iaitu Islam. Jika begitu kenapa pula pemuda itu membela babi? Soal nabi Musa lagi. pemuda itu pun menjawab kepada Nabi Musa bahawa kedua-dua ekor babi itu adalah ibu bapanya. Oleh kerana dosa yang mereka lakukan maka Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi. Tentang dosa mereka itu adalah urusan mereka dengan Allah. Tapi tanggungjawabnya sebagai seorang anak adalah wajib menjaga ibu bapanya dalam keadaan apa sekali pun rupa ibu bapanya. Masya-Allah... mulia sungguh hati seorang anak yang soleh ini. Kak cabai dah baca banyak kali kisah ini namun setiap kali kak cabai baca kisah ni maka sebak selalu terasa. Kadang-kadang gugur air mata sebab terkenangkan hari ini ramai anak-anak yang durhaka pada ibu bapa dan ada pula sampai bunuh ibu bapa sendiri. Nauzubillah min zalik....
Setelah itu pemuda itu pun berkata lagi pada Nabi Musa bahawa dia selalu berdoa pada Allah supaya Allah mengampunkan dosa kedua ibu bapanya dan memohon semoga Allah perkenan menukarkan rupa ibu bapanya kepada wajah yang asal namun doanya belum lagi dimakbulkan. Maka pada ketika itulah Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa bahawa itulah orang yang akan berjiran dengan beliau semasa di syurga nanti. Hasil dari kasih sayang yang sangat tinggi pada kedua ibu bapanya walaupun mereka berdua sudah menjadi buruk begitu dia tetap berbakti pada mereka maka Allah menaikkan maqamnya menjadi anak soleh di sisi Allah Taala.
Oleh kerana dia telah berada di maqam anak soleh di sisi Allah, maka Allah angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang Allah sediakan di dalam neraka telah Allah pindahkan ke dalam syurga. Subhanallah.... begitulah kasih sayang Allah Taala kepada hamba-hambanya yang sentiasa berbakti kepada ibu bapa mereka.
Jadi marilah kita sama-sama bermuhasabah diri. Kak cabai pun mengingatkan diri kak cabai sendiri tentang tanggungjawab kita pada ibu bapa kita sementara hayat mereka masih ada dan yang telah tiada ibu bapa tu jangan ingat kita dah tak perlu berbakti pada mereka lagi, ingat, kita sebenarnya wajib berdoa pada ibu bapa kita walaupun mereka telah tiada. Betoi kann??
Doa anak yang soleh itu akan membantu kedua ibu bapa mendapat tempat yang lebih baik di akhirat kelak. Kasih sayang pada mereka bukanlah bererti kiriman wang setiap bulan untuk mereka apa yang lebih penting adalah ingatan kita pada mereka dan kasih sayang yang melimpah ruah pada mereka berserta doa dari seorang anak itu yang paling afdal.
Doa kak cabai pada ibu dan ayah kak cabai semoga mereka sentiasa di kurniakan rahmat Allah Taala di dunia sampai akhirat. Amin... ok, jadilah iktibar dan panduan dari kisah ini untuk kita hadapi karenah ibu bapa kita. Semoga Allah akan mentiasa memandang pada kita dan mendengar doa-doa kita amin... daa...

Saturday, May 22, 2010

AGUNGNYA ASMA UL HUSNA 3 (AR-RAHIM)

ASSALAMUALAIKUM
Kak cabai nak sambung pasal nama-nama Allah yang maha agung hari ini ialah nama yang ke3-iaitu Ar-Rahim yang bermaksud maha penyayang.
Ar-Rahim, Yang Maha Mengasihani lagi Maha Penyayang. Antara kelebihan jika kita mengamalkan zikir Asma' ini yang dapat kita ambil sedikit pengetahuan ialah,

1)Melembutkan hati
Baca Ya Allah Ya Rahim 100 kali sehari atau lebih selepas solat fardu, dengan izin Allah hati kita akan menjadi lembut dan akan menyayangi orang lain.

2)Menjauhi bahaya
Baca Ya-Rahman Ya-Rahim 100 kaili jika takut sesuatu yang buruk akan menimpa, dengan izin Allah Dia maha melindungi.

3)Menjadi terkenal
Baca 100 kali selepas solat subuh semoga kita akan disayangi orang sekeliling.

4)Menjauhi kesesatan
Baca Ya-Rahman Ya-Rahim 100 kali setiap hari dengan izin Allah kita tidak akan disesatkan.

Untuk kali ini cukup dulu buat renungan kita bersama. Maga dapatlah kita amalkan yang zikir nama-nama agung ini. Semoga dengan izinNya kita mendapat keberkatan dalam hidup dunia dan akhirat. Amin.. daa....

Friday, May 21, 2010

AGUNGNYA ASMA UL HUSNA 2 (AR-RAHMAN)

ASSALAMULAIKUM
Kak cabai nak sambung Asma yang ke-2 hari ini iaitu Ar-Rahman- Maha Pemurah.
Antara kelebihan dari Asma ini pernah kak cabai dengar melalui radio dari seorang ustaz dan melalui pembacaan buku-buku Asma Ul Husna ialah:-

1) Beroleh rahmat
Baca Ya Allah Ya Rahman 298 kali selepas solat subuh, dengan izin Allah kita akan beroleh rahmat dari Allah. Selain dari itu jika kita mengamalkannya beberapa kali selepas solat subuh kita juga akan terhindar dari ketidakadilan dan juga dari kezaliman.

2)Beroleh daya ingatan yang kuat
Jika selalu mengamalkan membaca Ya Allah Ya Rahman 100 kali selepas solat fardu dengan izin Allah kita akan sentiasa dapat memberi tumpuan pada apa yang kita pelajari, kita juga akan di sayangi orang sekeliling dan hati kita akan menjadi mulia.

3)Supaya anak rajin belajar
Baca kalimah Ya Allah Ya Rahman 5 kali pada air minuman anak-anak dan pastikan mereka minum air tersebut. Ini sebagai ikhtiar untuk perbaiki kelemahan anak segalanya dengan izin Allah jua.
Pastikan anda tidak lupa untuk memulakan dengan Bismillah serta selawat dan akhiri dengan selawat juga.

Semoga kita mendapat manafaat dari nama Allah yang maha agung ini. Ilmu yang kita dapat eloklah kita mengamalkannya. Tak rugi apa-apa pun jika ianya menjadi amalan kita setiap hari malah akan menambahkan lagi iman kita kepada-Nya. Amin... daa....




Thursday, May 20, 2010

AGUNGNYA ASMA UL HUSNA

ASSALAMUALAIKUM.
Salam sejahteralah buat semua pengunjung blog kak cabai ni. Alhamdulillah hari ni Tuhan kurniakan umur sehari lagi untuk kita berada di muka bumi ini. Moga-moga Allah Taala memberkahi apa jua amalan kebaikan kita seharian. Mohon Allah Taala jauhkan segala perbuatan keji. Amin...
Hari ni kak cabai rasa sangat teruja untuk berkongsi nama-nama Allah Taala bersama anda semua. Asma Ul Husna adalah nama Allah Taala yang tidak ada keraguan padanya untuk kita mengamalkan. Banyak faedah yang akan kita perolehi dari zikir ini. Setiap satunya ada khasiat dan fadhilatnya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi untuk tujuan membersihkan jiwa kita dari segala perasaan jahat, dengki dan seumpamanya. Zikir ini juga akan membersihkan hati kita dari berperangsaka buruk terhadap ketentuan Ilahi. Insya-Allah jika kita selalu mengamalkan zikir ini segala dugaanNya akan dapat kita hadapi dengan tenang dan sabar.
Dari pengalaman kak cabai sebelum kita mengamalkan mana-mana zikir ini adalah amat baik dan sangat di sarankan agar kita mulakan dengan Bismillah serta selawat 10 kali. Selepas berzikir dengan nama-nama Allah ini akhiri dengan selawat 10 kali juga. Insya-Allah Tuhan akan memperkenankan niat suci dari hati kita. Para wali mengatakan apabila kita membaca selawat, malaikat mendatangi kita untuk menyampaikan pesanan kita kepada Allah Taala tetapi jika kita terlupa membaca selawat, pesanan itu akan tertinggal di dunia. Selawat ini hendaklah dibaca sekali atau 10 kali atau 100 kali sebelum dan selepas membaca nama-nama Allah ini.
Hari ini kak cabai nak kongsikan zikir yang pertama iaitu ALLAH.
1) Doa dimakbulkan
Jika dibaca YA ALLAH 5000 kali setiap malam dengan penuh khusyuk. dengan izin Allah apa saja yang diinginkan akan dimakbulkan. Pastikan perbuatan anda selari dengan doa anda kepadaNya.
2)Menyembuhkan Penyakit
Jika seseorang yang sakit dan tidak ada harapan untuk sembuh baca YA ALLAH 1100 kali di antara waktu Asar dan Maghrib selepas membacanya bacalah Al-Fatihah dan hembus ke dalam air untuk diminum. Insya-Allah dia akan merasa lega.
3)Menghilangkan Rasa Ragu-Ragu
Sesiapa yang membaca YA ALLAH 1000 kali sehari setiap hari, Insya-Allah segala keraguan yang ada dalam hatinya kan hilang. Menyebut kalimah ini akan menguatkan semangat dan memberi kejayaan kepada jiwa pengamalnya.
4)Mendapat Maruah Yang Baik
Baca YA ALLAH 66 kali lepas tiap-tiap solat fardu selama 66 hari, Insya-Allah anda akan di hormati dan disukai orang. Kehidupannya akan di penuhi dengan kebaikan yang banyak dan kalimah ini hendaklah dibaca dengan iman yang teguh dan penuh keyakinan. YA ALLAH YA HAYYU merupakan bacaan yang akan menambahkan iman kepada ALLAH SWT.
5)Beroleh Keselamatan
Baca YA ALLAH beberapa kali setiap hari, Insya-Allah anda akan selamat dan rumah anda terselamat dari banyak kejahatan...

Cukup dulu untuk kali ini Insya-Allah kak cabai akan kongsikan lagi nama-nama Allah yang maha agung ini untuk kebaikan kita bersama di dunia dan akhirat. Sumber- sumber ini kak cabai petik dari beberapa buah buku Asma Ul Husna yang kak cabai telah baca dan mengamalkannya. Jika sudah mendapat ilmu eloklah kita mengamalkannya kann... Takut-takut esok Allah Taala tanya tentang ilmu yang kita perolehi apa yang telah kita perbuatkan dengannya jika tidak mengamalkannya, bimbang pula kena balun dengan Allah Taala. Oklah, semoga kita mendapat sedikit ilmu hari ini dan amalkannya. Moga perjalanan kita menuju kepadaNya akan diberkati. Amin... daaa....

Friday, May 14, 2010

IMPIAN KAK CABAI HAMPIR MENJADI


ASSALAMUALAIKUM. SALAM SEJAHTERALAH HENDAKNYA SEMUA PENGUNJUNG BLOG.
Kak cabai sangat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana impian kak cabai untuk membuka sebuah laman perniagaan bakal menjadi kenyataan tak lama lagi INSYAALLAH. Ingat lagi tak beberapa lama dulu kak cabai ada juga dok minta pandangan anda semua dalam entry kak cabai yang lepas pasal nak berniaga online? Pandangan anda semua amat kak cabai hargai dan sangat berterima kasih. Semua panduan tu kak cabai ambil perhatian dan sangat bernilai bagi kak cabai.
Mungkin dalam seminggu dua lagi kak cabai akan publishkan blog terbaru kak cabai tu. Ada juga kadang-kadang tu kak cabai buat blogwalking atau tinggal komen tersasul guna alamat blog baru tu. Alamaakk... maaflah ye.. kalau ada sesiapa tak dapat nk link blog tu.. ye la.. belum buka lagi. Walaubagaimanapun blog terataksariistana ni tetap akan bersama anda seperti biasa juga. Yang baru tu ada la.. assisstant kak cabai uruskan. Kak cabai tetap sayang dengan blog ni juga.. tau. Followers kat blog ni juga.. yang kak cabai sayang.
Kak cabai amat berterima kasih pada saudara kak cabai yang banyak membantu kak cabai dalam pembikinan blog terbaru tu, walaupun nampak biasa saja tapi sangat berharga pada kak cabai. Harap bila dah buka nanti sudi-sudilah singgah ye... Minggu depan mungkin kerja2 kak cabai pasal tempahan baju tu akan selesai. INSYAALLAH... lepastu bolehlah kak cabai luangkan lebih bayak masa untuk singgah dari blog ke blog atau blogwalking. Dah lama tak baca entri anda, sekadar singgah jap je.. itu pun kalau ada masa. Ok, nanti kita cerita lagi. daaa....

Monday, May 10, 2010

KITA JUMPA LAGI DI BLOG

ASSALAMUALAIKUM, semoga sejahteralah hendaknya. Amboooiii... lama kak cabai tak buat entri no...Alahai.. nak buat cam na kerja banyak yg kena siapkan. Apa pun kerja tu semua dah hampir selesai. INSYAALLAH... Kak cabai sebenarnya rinduuu.. sangat dengan kawan-kawan kat blog ni.. Laaa.. rasa macam saudara mara la pulak no...
Tak sangka blog ni sebenarnya menjalinkan silaturrahim juga kan... apa pun kak cabai sangat berterima kasih pada anda yang sudi tag kak cabai, bagi award, singgah komen, singgah jerit, semuanya berharga bagi kak cabai. Tumpang ada masa yang tak berapa banyak ni kak cabai pun ambil peluang buat entri terbaru untuk blog kak cabai ni. Ada banyak cerita sebenarnya nk diceritakan. Ya la... dah lama tak cerita. Setiap hari ada saja hal manusia sekeliling. Terbaru cerita pasal Hari Ibu. Lepas tu pasal hari guru pulak kan... Lepas tu hari apa ye..??? oooo ulangtahun perkahwinan kak cabai yang ke-15. he..he..he...bulan May juga...
Masa kak cabai dok sibuk buat kerja macam-macam tu, kak cabai tak tau la secara kebetulan ke, apa ke, entah la... Beberapa bulan lalu keluarga kak cabai kena samun. Peristiwa tu sebenarnya meninggalkan impak yang kuat pada keluarga kak cabai. Sampai sekarang kak cabai sekeluarga masih fobia dengan peristiwa itu.Ye la kalau dah pisau kat perut tak ke fobia.. Peristiwa tu berlaku di kawasan rumah kak cabai. Dalam sebulan pasti ada tak kurang dari 3 atau 4 kes yang sama. Ngeriii.. Dan yang terbaru minggu lepas, kak cabai yang sentiasa berhati-hati pun nyaris-nyaris ditimpa nasib tak baik. Kak cabai bersyukur sangat pada ALLAH s.w.t . kerena terselamat hari tu.
Macam ni.. hari tu kak cabai pergi hantar anak sekolah ada KOKO pagi pukul 8. Dia nk balik pukul 10 pagi. Macam biasa kak cabai pun pergilah tunggu dia kat sekolah tepat pukul 10, tapi belum keluar lagi. Kak cabai pun tunggulah kat tempat biasa.Tiba-tiba datang sebuah kereta dari arah belakang kemudian dia patah balik berhenti betul-betul tepi kereta kak cabai. Masa tu kak cabai tak perasan sangat sebab dok layan sms kawan kak cabai. Entah macamana tergerak hati nak tengok org kat sebelah kereta kak cabai tu, nampak macam nak tanya sesuatu, dua orang budak muda dok cangak sana sini, toleh-toleh kat kak cabai berkali-kali. Lepas tu pandang kiri pandang kanan. Hairan juga kak cabai masa tu. Apa kena dengan orang berdua ni. Dalam hati kak cabai mula syak sesuatu. Dalam dok syak yang bukan-bukan tu la tiba-tiba kak cabai baru teringat peristiwa kena samun depan rumah kak cabai hari tu.... apa lagi kak cabai terus masuk gear, tekan hand break pecut tak tentu arah.
Tak tau kemana nak pergi, anak kak cabai belum keluar lagi. Ya ALLAH... masa tu Tuhan saja yang tau hati kak cabai ni. Kak cabai terus memandu samapai ke satu masjid kak cabai berhenti kat situ. Tangan dan kaki dah menggigil-gigil sebab takut, terkejut dan semuanya terjadi secara spontan. Kak cabai menangis masa tu dah tak ingat orang nak tengok ke apa ke semua tu dah penting . Satu yang kak cabai dok fikir nak pergi ambil anak kak cabai semula macamna??Lebih kurang 10 minit kak cabai dok fikir nak pergi ambil anak kat sekolah tu akhirnya kak cabai gagah juga pergi ke sekolah tu tapi tunggu dekat sikit dengan sekolah. Betul-betul depan sekolah. Kak cabai nampak kereta yang tadi ada kat situ. Tapi dia tunggu sekejap dia keluar dari kawasan menunggu kemudian dia datang balik lepas tu dia pergi entah kemana. Masa tu orang dah ramai datang tunggu anak masing-masing. Masa kak cabai tunggu tadi cuma ada kak cabai sorang saja. Sebab tu agaknya dia berani. Anak kak cabai keluar lambat pula hari, lepas dia naik je, kak cabai terus balik rumah tak singgah mana-mana pun. Nak pergi beli barang jahitan pun tak berani nak keluar.
Jadi mak ni bukannya mudah. Macam-macam ujian Allah bagi pada kita. Baik pada ibu maupun bapa. Anak-anak, mak cabai minta janganlah durhaka.. Daaaa....