Tuesday, June 29, 2010

AGUNGNYA ASMA UL HUSNA 7 (AL-MU'MIN)


ASSALAMUALAIKUM

AL-MU'MIN (MAHA PENGAMAN)
MENJAGA KEAMANAN DAN PENJAGA IMAN
Hari ni kak cabai nak sambung lagi pasal nama-nama indah Allah Taala yang sangat mulia dan amat baik sekali jika kita jadikan amalan seharian. Mudah-mudahan dengan zikir nama-nama Allah yang terindah ini akan mendatangkan manafaat yang banyak kepada kita baik di dunia maupun di akhirat. Semoga kita sentiasa dalam keaman dan tenteram lapang dada macam kat padang golf tu....

Antara kelebihan yang ada dalam zikir AL-MU'MIN ini ialah:

1) Selamat dari bahaya
baca Ya Allah Ya Mu'min 36 kali dengan izin Allah kita akan terselamat dari bahaya, jika dibaca 126 kali harta benda juga akan terpelihara.

2) Hati menjadi ikhlas
baca Ya Allah Ya Mu'min 126 kali setiap hari hati akan menjadi ikhlas dan dikhabarkan juga syaitan tidak akan menghampiri pada orang yang berhati ikhlas. Dengan izin Allah.

Ilmu yang sedikit jika diamalkan akan menjadi berkat, sedang ilmu yang banyak jika dibiarkan akan menjadi berkarat. Jadi jom kita sama amalkan zikir ini walaupun sedikit setiap hari lama-lama akan menjadi kebiasaan pada kita di samping itu kita juga akan mendapat pahala dariNya. Mulakam dengan zikir apabila bangun pagi hingga kita tidur pada malam hari. Kak cabai berpesan ni bukan untuk sapa-sapa tapi mengingatkan diri kak juga juga. Sama-sama kita ingat mengingati sesama kita. Daaa....

Wednesday, June 23, 2010

BANYAKNYA KAIN KAK CABAI


ASSALAMUALAIKUM.

Entah la.. tak tau apa nak diceritakan. Walaupun sebenarnya ada banyak cerita nak dikongsikan bersama. Waaahh...nampak kan banyak kain-kain tu, cantik-cantik belaka. Itu la pasalnya kak cabai jarang nak online ni sebab kain yang cantik-cantik tu la... kerja kak cabai dah berlambak. Oppss.. maaf ye, kain-kain tu bukan untuk dijual. Semua kain tu nak kena jahit sebelum raya. Dah mula laaa.. episod kerja bermusim. Dah masuk bulan Rejab ni menimbun-nimbun la... kain baju kat rumah kak cabai walaupun rasa hati macam dah tak nak dah jahit baju ni, sebabnya jahit baju ni kena tumpukan perhatian sebaik mungkin dari mula sampai siap sepasang baju. Apatah lagi kak cabai terpaksa pula nak hantar anak ke sekolah ambil anak kat sekolah pagi petang pula tu. Nak masak lagi nak cuci baju baju, jemur baju gosok baju, nak kemas rumah lagi ooooo... macamna dengan kedai kak cabai tu? Siapa pula nak tengok??? Mak ooiii banyaknya kerja nak buat.

Atas sebab-sebab inilah kak cabai jarang dah buat entri baru. Ada banyak lagi cerita nak masuk tapi masa nak online amatlah terhad. Walau apapun kak cabai akan cuba curi-curi masa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang blogger. Ahaa... Insya-Allah. Dah lama tak kongsi ilmu tentang nama-nama indah Allah swt. Tangan ni memang dah tak sabar nak masukkan entri tu semua. Tapi kalau dah mula buka internet ni habis la kerja lain dah sah-sah tak buat. Sebabnya mungkin semua orang setuju kalau kak cabai katakan kalau dah mula buka internet ni satu jam memang tak cukup kan. Mula-mula niat nak buat post baru, lepas tu buka pula emel dah baca emel, ada emel fb pula buka fb. Bila dah masuk fb jangan harap nak keluar dengan mudah kan... betul tak??? Nasib baik la kak cabai masih lagi boleh tinggal internet ni bila dah masuk waktu solat. Kita ni memang mudah leka kan...

Entah la... dah banyak mana agaknya amalan baik kita. Setiap masa kita ni asyik dok kira kerja-kerja dunia saja. Entah-entah amalan kita belum sampai satu cawan teh pun lagi. sedang masa untuk sampai kepadaNya semakin menghambat. Entah esok entah lusa sampailah kita padaNya sedang amalan kebajikan yang dibawa tak sebanyak mana. Sesungguhnya kita sentiasa di dalam kerugian. Menyedari hakikat ini maka jom la kita sama-sama ringankan mulut berzikir kepadaNya sebagaimana ringannya mulut kita menyanyi lagu-lagu masakini. Amatlah elok kita mulakan zikir setiap masa sebab sekarang ni dah masuk bulan Rejab banyak pahala yg kita akan dapat jika kita buat apa jua kebajikan dalam bulan ni. Lepas tu kita dah hampir dengan bulan puasa pula. Inilah masanya untuk kita nak up trafik kita disana. Rejab, Syaaban dan Ramadhan, deretan bulan yg sangat mulia dan berkah. Banyak rezeki dalam bulan ni rezeki dunia dan akhirat. Pandai-pandailah kita mengambil peluang nooo..... kak cabai pun ingatkan diri kak cabai juga mana yang patut. Kita ni manusia yang tak sempurna.... ok, tak tau la, bila pula kak cabai nak online. Ada cerita baru...., kak cabai baru-baru ni, pening-pening.... muntah-muntah... alahai kenapa yer??? Tungguuuu.... nanti kak cabai cerita Insya-Allah....jangan fikir yang bukan-bukan tau... daaa.....

Thursday, June 17, 2010

KISAH PEMUDA DGN IMAN SEBERAT SEMUT JARRAH

ASSALAMUALAIKUM..

WAAAHHH... lamanya kak cabai tak up date blog. Ya la cuti kan... pi jalan-jalan laaa... Sebagai meneruskan kisah-kisah para sahabat yang pernah kak cabai postkan entry yang lalu inilah kesinambungannya. Dalam bercuti-cuti ni kak cabai sempat juga terbaca satu kisah yg. buat kak cabai baca dua tiga kali. Sungguh menginsafkan. Sangat-sangat menginsafkan. Mai kita baca sama-sama kisah ni camna. Kak cabai tuliskan post kali ni hanya mengikut apa yang kak cabai ingat tentang kisah tu dan ada la nota sikit yg sempat kak cabai catitkan. Andai kata ada sesiapa yang pernah terbaca kisah ni dan ada salah silap kat mana-mana tolonglah perbetulkan yer... Oklah, kisahnya macam ni....

Pernah dikisahkan pada zaman nabi Isa A.s dalam sebuah kitab karangan imam Al-Ghazali pada suatu hari sedang Nabi Isa A.s berjalan-jalan lalu baginda dilihat oleh seorang pemuda yang sedang menyiram pokok di sebuah kebun. Pemuda itu pun menegur nabi Isa dan berbicara dengan baginda.

"Wahai nabi Isa A.s, aku ingin meminta sesuatu darimu. Mohonlah kepada Tuhanmu wahai nabi Isa A.s agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintanya akan aku kepadaNya."

Kata nabi Isa A.s: "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya memikul iman seberat satu semut Jarrah"

Pemuda itu berkata: "Jika aku tidak terdaya memikul iman seberat satu semut Jarrah maka aku mohon diberikan kepadaku 1/2 semut Jarrah iman kepadaku"

Apa yang kak cabai faham semut Jarrah tu mungkin spesis semut jugalah. Pada fikiran anda apa benda la semut Jarrah tu yer?? Jarrah tu mungkin nama sejenis semut kot..

Oleh kerana keinginan yang amat sangat lalu nabi Isa A.s pun berdoa: "Ya Tuhanku berikanlah dia seberat 1/2 semut Jarrah kecintaannya kepadaMu" setelah itu nabi Isa A.s pun berlalu pergi.

Selang beberapa lama kemudian datanglah nabi Isa A.s melawat pemuda itu. Baginda mencari-cari pemuda itu namun tidak juga ketemu. Lalu baginda pun bertanya kepada penduduk di situ. Kesemua mereka berkata bahawa pemuda itu sudah jadi gila. Dia tidak lagi tinggal di situ tetapi dia kini berada di satu tempat yang lain. Baginda lalu berdoa mohon petunjuk dari Allah swt agar ditunjukkan di mana pemuda itu berada. Setelah mengetahui di mana lokasi pemuda itu lalu nabi Isa A.s pun pergilah menemui pemuda tersebut.
Baginda dapat melihat pemuda itu berada di antara gunung-gunung dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, sedang matanya hanya memandang ke arah langit.
Baginda menghampiri pemuda itu lalu memberi salam, namun salam baginda tidak dijawab. Baginda pun lalu berkata: "Aku ini Isa A.s"

Tidak lama selepas itu Allah swt menurunkan wahyu yang berbunyi: "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraanmu kerana dalam hatinya terdapat 1/2 semut Jarrah iman kecintaannya kepadaKu. Demi keagunganKu dan keluhuranKu, jika engkau memotongnya dengan gergaji sekali pun sudah tentu dia tidak akan mengetahui apa yang sedang engkau lakukan ke atasnya"

Masya-Allah... Subhanallah... maha suci Allah sesungguhnya iman kita ini besar manalah agaknya ya?? Seekor semut pun sudah sangat kecil apa lagi 1/2 semut. Hanya 1/2 semut iman yang ada dalam hati pemuda itu, ketakwaannya sangatlah tinggi terhadap Allah swt. Lalu terfikirkah kita adakah iman kita sudah cukup besar?? Menangis kak cabai bila teringat iman diri sendiri pun belum tentu sebesar kuman pun. Lihat saja sekeliling kita pasti kita akan tertanya-tanya besarkah iman yang kita ada??? Sempat juga kak cabai catatkan dari kisah itu tentang 3 perkara yang sering manusia tertipu.

Barang siapa mengaku 3 perkara tetapi tidak menyucikan diri dari 3 perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1)Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2)Orang yang mengaku cintanya ikhlas dalam beramal, tetapi dia ingin disanjung dari kalangan manusia.
3)Orang yang mengaku cinta kepada Allah, tetapi dia tidak berani merendahkan dirinya.

Sabda nabi s.a.w, akan datang waktunya umatku akan mencintai 5 perkara dan lupa 5 perkara.
1)Mereka mencintai kepada dunia, mereka lupa pada akhirat.
2)Mereka lupa kepada harta benda , mereka lupa pada hisab.
3)Mereka cinta kepada makhluk, mereka lupa kepada penciptanya.
4)Mereka cinta kepada dosa, mereka lupa hendak bertaubat.
5)Mereka cinta kepada gedung-gedung membeli-belah dan tempat-tempat mewah, mereka lupa tikar sejadah dan kubur.

Kak cabai termenung sejenak memikirkan di mana kedudukan diri kita di sisi Allah swt. Kita sama-samalah renungkan di mana diri kita ini ya... takut kalau-kalau dalam hati kita mungkin tidak ada langsung iman. Nauzubillah minzalik... kak cabai mohon sangat agar Allah swt masukkan iman ke dalam hati kita semua. Amin... daaa.....

Wednesday, June 9, 2010

CERITA KATAK DENGAN NABI DAUD A.S

ASSALAMUALAIKUM

Hari ini kak cabai nak cerita pasal kisah-kisah para sahabat di zaman dulu. Kak cabai bukannya apa sesekali bila teringat diri ini jauh dari Allah adalah elok kita mengimbas kisah-kisah zaman nabi dulu. Yang mana baik kita ambil iktibar yang tak elok tu kita muhasabahlah diri sendiri. Kali ni kak cabai nak cerita pasal katak dengan nabi Daud A.S yang kak cabai baca dari sebuah buku. Ya la.. kisah-kisah macam ni bukan semua orang suka baca, disini kak cabai nak kongsikan kisah ni bersama anda.

Ada sebuah riwayat menerangkan bahawa pada suatu masa Nabi Daud A.S telah keluar ke suatu tempat untuk beribadat, selama setahun. Setelah genap setahun beribadat kepada Allah swt lalu baginda pun berdoa pada Alla swt.

"Ya Rabbi, telah bongkok punggungku dan telah lemah mataku dan telah kering air mataku, tetapi aku belum lagi tahu bagaimanakah keadaan nasibku?"

Setelah nabi Daud berkata demikian maka Allah swt menyuruh katak yang berada di tempat itu menjawab soalan nabi Daud.

Firman Allah swt pada katak yg bermaksud, "Wahai katak, jawablah pertanyaan hambaku Daud itu"

Dengan izin Allah maka berkatalah katak, "Wahai nabi Daud, wahai nabi utusan Allah. Apakah yang membuat kamu mengira-ngira tentang ibadatmu yang setahun itu. Demi Allah yang mengutusmu menjadi nabi. Aku sendiri pun telah hidup di hutan ini lebih 30 atau 60 tahun sentiasa bertasbih, bertahmid kepada Allah. Walaupun begitu lama tetapi sendi-sendiku tetap gementar kerana takut pada Allah"

Setelah nabi Daud mendengar penjelasan dari katak itu maka menangislah beliau dengan penuh kesal.

Ada riwayat mengatakan kejadian yang sama pernah juga terjadi ke atas nabi Musa A.S. Sesudah terjadinya pembunuhan yang tidak disengajakan olehnya.

Maka sebagai hamba Allah kita tidaklah boleh mengira akan amal-amal yang kita buat, sebab jika kita bandingkan seluruh tubuh kita yang Allah swt ciptakan maka kita tidak layak untuk mengira amal kita. Sebagai hamba kita hendaklah mengikut perintah Allah swt dan meninggalkan segala laranganNya. Kita sebaiknya mensyukuri segala nikmat yang di berikan yang tidak terhingga dan tidak terhitung banyaknya. Apakah kita perlu mengira-ngira amal kebaikan kita yang sedikit cuma.

Jika ditebus seluruh hidup kita dengan amalan kebajikan yang telah kita buat, sebelah mata kita ini pun belum tentu dapat kita tebus. Sesungguhnya nikmat Allah swt amat-amatlah luas dan tidak terhitung seluruh alam ini. Subhanallah...

Fikir-fikirkanlah di mana diri kita ini di sisi Allah swt. Kak cabai terasa sangat-sangatlah kerdilnya diri ini. Tetapi yang peliknya kita ni masih lagi suka bergosip sana sini. Buat perkara-perkara yang Allah sentiasa larang kenapa ya??? Aurat terdedah sana sini, tapi mengaku Islam. Kak cabai pun mengingatkan diri sendiri pada hal ini. Kadang-kadang kita terleka dengan peredaran masa yang sangat pantas sampai kita tergolong dalam dunia yang tah apa-apa tu. Subhanallah. Susah sebenarnya nak dekatkan diri kita ini pada Allah swt. Hanya iman yang kuat sahaja dapat menuntun kita ke arah yang di redhai Allah swt. Marilah kita sama-sama ingat mengingati sesama kita ok, daaa....

Tuesday, June 8, 2010

AGUNGNYA ASMA UL HUSNA 6 (AS-SALAM)

ASSALAMUALAIKUM

AS-SALAM (MAHA PENYELAMAT) Salam berkait dengan Pemberi keamanan dan keharmonian kepada semua makhluk. Zikir ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri jika kita selalu mengamalkannya. Kak cabai mungkin tidak pernah berjumpa dengan orang mengamalkan zikir dengan nama-nama indah Allah ini dan melihat sendiri orang-orang ini, namun jauh di sudut hati kak cabai sangat yakin bahawa zikir dengan nama-nama Allah yang indah ini sememangnya mempunyai kelebihan yang sungguh menakjubkan kurnian dari Allah swt.

Kak cabai bukan sekadar berkongsi coretan ini sahaja tetapi kak cabai juga ada beberapa nama indah ini yang kak cabai selalu amalkan dan memang sangat tenang hati kita walaupun ujian dariNya itu kadang-kadang sangat berat bagi kita. Amalkanlah zikir nama-nama indah Allah ini Insya-Allah, Allah tidak akan mensia-siakan hambaNya yang sentiasa mengingatiNya.

OK, hari ni kita kongsikan bersama nama AS-SALAM apa kelebihannya.
1)Menyembuhkan penyakit
Baca Ya-Allah Ya-Salam 111 kali atau 160 kali di hadapan orang yang sakit dan hembus padanya. Dengan izin Allah penyakit akan sembuh. Ini adalah ikhtiar kita.

2)Selamat dari wabak
Bacalah Ya-Allah Ya-Salam 115 kali. Cuba baca di tempat yang sama setiap hari ia juga mampu menyembuhkan orang yg terkena wabak. Semuanya bergantung pada izin Allah. Sekurang-kurangnya kita sudah berusaha. Eloklah kita amalkan memandangkan wabak h1n1 dok merebak la ni kan..

Itu saja yang kak cabai nak kongsikan hari ini. Sebenarnya banyak lagi kelebihan zikir ini cubalah kita sama-sama korek-korek dalam buku-buku yang berkaitan. Kalau ada yang bagus-bagus apa salahnya kita kongsikan bersama kan... ok, daaa....

Monday, June 7, 2010

AGUNGNYA ASMA UL HUSNA 5 (AL-QUDDUS)



ASSALAMUALAIKUM

AL-QUDDUS ( MAHA SUCI) Dalam erti kata lain Yang Maha Sempurna.Tujuan untuk menyebut nama Allah ini ialah untuk membersihkan jiwa seseorang itu dari sikap atau perangai yg buruk. Antara fadhilat apabila kita mengamalkan zikir ini ialah:

1)Membersihkan hati
Baca Ya-Allah Ya-Quddus 100 kali setiap hari apabila matahari sedang terbenam, mudah-mudahan hati kita bersih dari sifat sombong, tamak, irihati, benci dan sebagainya.

2)Terhindar dari bencana
Baca zikir ini 1000 kali , dikatakan akan terhindar dari bencana dengan izin Allah.

3)Bebas dari kebimbangan
Baca zikir ini 100 kali setiap hari akan terhindar dari kebimbangan.

4)Menakutkan musuh
Baca Ya-Allah Ya-Quddus sebanyak-banyaknya dengan cepat sambil hati takutkan Allah. Mudah-mudahan dengan izin Allah musuh akan berlalu.

Apa pun yang kita mohon dari Allah lakukanlah dengan istiqomah dan jangan lupa mulakan dengan bismillah, berselawat diikuti dengan zikir dan sudahi dengan berselawat juga. Mohonlah pada Allah akan segala bantuan jangan pula kita minta pada tempat yang lain. Bimbang kalau-kalau kita tidak sedar kita sedang menyekutukan Allah pula. Harap di jauhkan dari perkara-perkara yang melanggar peraturan Allah s.w.t Amin... Semoga kita mendapat faedah dari zikir ini dan semoga kita akan dapat pelajari zikir yang lain pula di lain kali Insya-Allah. Daa...

Thursday, June 3, 2010

KEDAI KAK CABAI BARU BUKA

ASSALAMUALAIKUM

ALAHAI... lamanya kak cabai tak jenguk kt teratak kak cabai ni. Ala kesian sungguh yang dok mai singgah tengok-tengok kak cabai tak dak. Minta maaf la no.. bukan apa kak cabai dok di kedai sis cabai. Dok tolong dia jual barang-barang berniaga dia tu... Tengok la kat sebelah tu.. SABUN TAHAN MENGANTUK AQURA. Itulah produk pertama buat masa ni. Insya-Allah akan datang akan ada lebih banyak lagi barang-barang kat kedai sis cabai tu. Sila la singgah http://siscabai.blogspot.com Kebetulan hari buka kedai tu kak cabai ada di kampung, ala.. susahnya nk buka internet. Apa taknya balik kg nak jumpa sedara mara buat kenduri kawin, so asyik dok melayan sedara mara tengok-tengok dah malam. Dok sembang-sembang dah pukul 2 pagi alahai... suntuk sungguh masa kalau balik kg. Tambah pula kg kak cabai dengan hubby satu negeri. Jadi dah balik sini nak kena balik sana juga. Bayangkan belum puas dok sembang dengan keluarg di sini dah kena p rumah keluarga di sana. oooooo..... penat la...

Sampai masa tidur , letak kepala saja terus sampai london. Alamakkk... kak cabai penat sangat kalau balik kg. Dah tak mampu nk on line. Esok tu ada saja aktiviti. Maklumlah masa suntuk sangt. Apa-apa pun kak cabai bersyukur sangat sebab dapat juga buka kedai yang kak cabai idam-idamkan selama ini. ALHAMDULILLAH...

Pasal sabun tahan mengantuk tu sebenarnya ada sorang kawan kak cabai dia dok jual sabun tu merata-rata cukup baguih. Satu hari kak cabai pun rasa nak jual jugalah sabun tu. Lepas kak cabai guna, memang ada kesannya. Baguih juga sabun ni, sabit tu la kawan kak cabai tu jual sabun ni laku bukan main. Tak pa la.. Kak cabai pun nk try juga jual kat internet ni. Mana la tau kot-kot boleh hantar mak kak cabai p Mekah ka dapat untung nanti. Mudah-mudahan Tuhan makbulkan doa kak cabai ni. Kak cabai tak p pun tak pa... walaupun di hati teringin sangat-sangat nk ziarah ke sana. Alahai... terkenang masa tuttt....

Ok lah kak cabai ni ada kerja lain nak buat lagi. Apa lagi baju nak jahit banyak la pula dah dekat nk raya ni. Ayoyo... Tapi nasib baik la dekat nk cuti sekolah dah ni. Oh ya kak cabai masih lagi berhutang tentang Asmaul Husna. Nanti kak cabai sambung nama-nama Allah yang seterusnya. ok... daaa.....