Wednesday, March 31, 2010

Award dari kasihart



Salam.. ini entry kak cabai yang ke 2 untuk hari ini.. kak cabai dapat award.. sebenarnya award ni dah lama kak cabai dapat..peram-peram jadi pekasam. Award ni dari kasihart . Pertama kali kak cabai dapat award... blog kak cabai ni biasa saja.. mian tempek-tempek. Apa pun terima kasih kasihart.


BEAUTIFUL BLOGGER AWARD FROM KASIHART






Here are the rules to accept the award :

1. Thank & link the person that gave you the award.

2. Pass this award onto 15 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic

3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award
4. State 7 things about yourself.


Well, here are 7 things about myself :

1- Ada 3 orang anak sama macam kasih ..tapi semua anak kak cabai perempuan..
2- Suka memasak ..penting tu..
3- Love to make nasi ayam..
4- Driver untuk anak pergi sekolah pagi dan petang.
5- Kak cabai anak yang ke 2 dari 6orang adik beardik.
6- Seorang yang simple.
7- suka menjahit..time nak dekat hari raya dan nak buka sekolah tempahan banyak..tak menang tangan..



Now I'm passing this award to other bloggers with the most wonderful blogs ...


Pada yang dah di tag tu.. harap sudi lah terima.. kalau yang dah pernah dapat tu, tak per..kak cabai tak kisah.. okey..


JAWAPAN TEKA-TEKI

ASSALAMUALAIKUM.. sejahteralah hendaknya semua sahabat blog. Wah, rupanya ada yg sudi nak jawab teka-teki kak cabai tu... Alahai, zulkbo awak ni...hantam aje la... jawapan apa pun... Tapi kak cabai sangat hargai jawapan anda tu... Amboi, cik aida comei awal2 lagi comfirm jawapan tu betoi... memang betoi jawapannya K E R A N D A. Yang tiru jawapan cik aida comei tu pun betoi juga la.... Terima kasih la.. kerana sudi sahut cabaran ni....walaupun kak cabai tak sediakan hadiah. Oh ya.. ada ayat tergantung dlm post yg lepas. Kalau siapa boleh jawab memang dia....... kak cabai sambung kat sini..... dia memang beruntung sebab mengingati hari kematian.
Kak cabai selalu rasa gelisah bila teringat teka-teki ni. Awat dak... bekal nak bawa p sana tak tau cukup ka dak lagi. Bekal kat dunia ni pun tak berapa nk cukup lagi dok asyik buat trafik klik nuff... aje. Kadang2 dok rasa nak daftar Dapat Wang la, my look la, apa la.... adoii.. takut ni....Ya, sahabat blog semua sama-samalah kita ingat mengingati antara satu sama lain.
Kadang2 kita ni dok klik nuff pun ada yang tak jujur kan.....bukan menyindir tapi mengingati....sesama kita. Tak pa la.. kak cabai nak p ambik wuduk nak p mengaji sat. Dok kecut perut dah ni. Lepas baca post kak cabai sama-samalah kita p ambik wuduk lepas tu kliklah apa yg patut untuk up trafik kat sana nu... Jgn rasa jauh lagi, entah-entah esok , lusa Dia jemput kita pula siapa tahu. Ok lah geng kak cabai semua kita cerita lain kali pula. Daa....

Sunday, March 28, 2010

CUBA TEKA, APA DIA...

Kak cabai teringat satu teka-teki dari seseorang dari satu siaran radio. Nak kongsi dgn anda semua boleh la kan...Teka-teki tu bunyi dia macam ni...

SATU BENDA YANG SANGAT PENTING. TAPI KENAPA TUKANG BUAT TAK NAK GUNA BENDA NI. TUKANG BELI PUN TAK NAK GUNA JUGA. SESIAPA YANG DAPAT MELIHAT BENDA NI PUN TAK NAK GUNA BENDA NI. ORANG YANG BIASA GUNA BENDA NI BIASANYA DIA TAK SEDAR PUN DIA TENGAH GUNA BENDA NI... APA BENDA NI.....

HA..tunggu apa lagi jawab la. Siapa yang boleh jawab memang dia......... esok-esok kak cabai sambung. Daa...

Friday, March 26, 2010

PUISI BERSANGKA-SANGKA

manusia hari ini suka bersangka-sangka
ada bersangka baik, ada bersangka buruk.
orang beribadah disangka riak
orang yang rileks disangka malas
orang yang pakai baju baru disangka menunjuk-nunjuk
orang yang pakai baju buruk disangka zuhud
orang yang makan banyak disangka pelahap
orang yang makan sikit disangka diet
orang baik disangka buruk
orang buruk disangka baik
orang senyum disangka mengejek
orang masam disangka merajuk
orang bermuzakarah disangka mengumpat
orang diam disangka menyendiri
orang menawan disangka pakai susuk
orang nampak ceria disangka membela
mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada ALLAH
mana tahu yang senyum itu kerana sedekah
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
manatahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya.
jangan suka bersangka-sangka kerana akan memusnahkan ukhwah
seperti musnahnya kayu dimakan api.
satu benda yang kita lihat, pelbagai kesimpulan boleh kita buat
semuanya bergantung bagaimana kita melihanya.....

(dipetik dari sebuah karangan islam)



Monday, March 22, 2010

Beri anak anda makan ikan..



Salam semua..
sihat ke? alhamdulillah kak cabai masih lagi diberi kesihatan yang baik..
lama juga ya kak cabai tak buat entry... malas tu tak.. cuma kak cabai ada masalah dengan lappy kak cabai.. bila kak cabai nak buat entry mula la ada masalah.. benda-benda macam ni memang menguji tahap kesabaran kak cabai.. "sabar cabai..sabarr".... itu kata-kata dari kak cabai... kena banyak bersabar.. malam ni kak cabai rasa macam dah tak ada masalah dengan lappy ni.. boleh menaip dengan lancar pulak pagi-pagi ni.... harap tiada gangguan.. :)
Kali ni kak cabai nak berkongsi tip kesihatan untuk kita dan anak-anak kita..
Mahu tak otak anak anda jadi cerdik? mesti mahukan.. setiap ibu bapa pasti mengharapkan anak-anak mereka mempunyai IQ yang bagus. Kak cabai pun apa kurangnya. Ramai ibubapa sekarang suka memberi anak-anak mereka makan ayam goreng dan makanan segera lain. Bukan tak boleh makan.. bolehhh... tapi jangan makan selalu.. sebab nanti otak akan tumpul.

Jika dibandingkan antara harga ayam dan ikan yang mana lebih mahal? ( pandai-pandailah kira sendiri yer..) Tapi jika anak mahu anak anda bijak pandai, anda perlu melabur dengan memastikan mereka makan ikan setiap hari. Makan ikan 10 gram setiap hari boleh menajamkan minda. Fakta ini datangnya dari Norway yang mana rakyatnya selalu makan salmon dan kod. Saintis percaya kandungan asid lemak omega 3 yang kaya dalam salmon dan mackerel memiliki kaitan dengan tahap kecedasan minda..


google search


Kak cabai tertanya-tanya.. kalau makan ikan kembung dan ikan sungai adakah kandungan ikan itu sama macam ikan di Norway tu??
Tapi ikan keli dan haruan bagus tau... kak cabai selalu makan.. goreng pun sedap!!



Tuesday, March 16, 2010

2 petua dari dapur bersama kak cabai



Salam semua..lama juga yer kak cabai tak berblog ni.. rasa macam kosong pulak rumah kak cabai bila tak ada cerita baru.. ok hari ini kak cabai nak bagi petua dari orang lama yang terlebih dahulu mencuba petua-petua ini.. dan dah pastinya pentua ini 'menjadi'! sebab tu kak cabai nak kongsi bersama anda semua. Jangan baca saja cubalah buat.. insyaallah..

__________________________________________

Empukkan daging


Carian dari google

Suka makan daging? macam mana nak empukkan daging dengan cepat? nak buat sup daging pun kena bagi daging lembut baru sedap dimakan begitu juga dengan resipi-resipi lain,yang berasaskan daging. Daging adalah menu wajib bila tiba hari raya atau bila ada majlis kenduri. Masalah akan timbul bila daging yang dimasak itu lambat empuk. Nak bagi cepat empuk cuba petua ini, mbil beberapa helai daun nangka dan masukkan ke dalam air rebusan daging. Rebuslah daging itu selama beberapa minit sehingga daging tersebut empuk .

* Ada juga yang masukkan sudu untuk empukkan daging emm... yang penting masa rebus tu kenalah tutup periuk daging tu dan api janganlah terlalu 'garang'.

__________________________________________

Sayuran kembali segar

Carian dari google

Adakah anda suka menyimpan sayur-sayuran di dalam peti untuk beberapa hari sebelum dimasak? Kak cabai selalu jugak buat macam tu. Peti sejuk kak cabai ni dah jadi stor la untuk menyimpan makanan. Sayur adalah makanan wajib yang perlu diambil setiap hari. Pada suri rumah dan pada sesiapa saja yang selalu masak atau makan sayur sudah pasti mahukan sayur yang segar untuk dihidangkan kepada keluarga tersayang. Macam mana nak segarkan sayur yang disimpan lama dalam peti sejuk? caranya begini.. sediakan air yang telah dicampurkan dengan cuka, rendamlah sayuran tersebut untuk beberapa minit tahukah anda selain mengembalikan kesegaran pada sayuran, cuka juga dapat menyinkirkan kotoran pada sayuran tersebut!

*Jika tiada cuka anda juga boleh balutkan sayuran tersebut dengan plastik dengan kemas dan simpan dalam peti sejuk.. Nak cabai yang segar pun boleh juga cuba cara ini :-)

Selamat mencuba..



Thursday, March 11, 2010

Ibu tiri dulu dan Ibu tiri sekarang


Salam .. bertemu lagi yer kita.. terima kasih kerana sudi singgah baca..
Wahai ibu-ibu, apa yang dimasak untuk makan malam ni? dah makan ke anak itu?
Kali ini kak cabai nak kongsi cerita tentang ibu tiri dulu dan sekarang.Siapa pernah atau sedang jadi ibu tiri? best tak jadi ibu tiri? Kak cabai belum pernah merasai pengalaman jadi ibu tiri atau beribu tiri.

Apa bezanya ibu tiri dulu dan sekarang? huhhh.. susah nak jawab, sebab tak ada pengalaman.
Kak cabai pernah melihat kehidupan beberapa kenalan kak cabai yang mempunyai ibu tiri. Ada yang suka pada anak-anak tirinya dan ada pula yang tak suka. Ada pula yang anak tiri itu sendiri yang tak suka pada ibu tiri itu sendiri. Payah nihh!!.. macam mana nak bahagia rumah tangga kalau tiada persefahaman. Yang pening kepala mestilah si suami atau bapa kepada budak-budak itu.

google

Masa zaman kak cabai kecik dulu, selalu orang tua kata kalau ada mak tiri nanti, mak tiri bagi makan katak. haha.. pernah dengar tak? konon-konon golongan mak tiri ni sungguh teruk la.. sampai bagi makan katak. Kalau difikir balik, mak tiri tu berani ke tangkap atau bersiang katak? huhhh..the evil stepmother tu.. agak-agak katak tu nak digoreng kicap ke atau goreng kunyit? eiiii.. tak lalu kak cabai..
Sekarang masih adakah kata-kata yang mak tiri bagi makan katak? Rasa kak cabai mak tiri sekarang bagi makan kfc, mcD, beli nasi bungkus, dalam peti ais penuh dengan makan segera dan macam-macam lagi.. mak tiri sekarang malas dah nak masak.. hahaha.. gurau saja yer..
sekali sekala gurau dengan mak tiri best tau.. :)

Jadi mak tiri ni kena tahan kutukan.. kadan
g tu tak semua ahli keluarga sebelah suami suka dengan kehadiran anda.. bersabar je lah.. nak kat bapak budak yang hensem kena tahan cacian, itu memang dah adat dalam sebuah keluarga.. kalau dah kahwin nanti mesti ada perbandingan antara mak kandung dengan mak tiri.. lagi laa.. tekanan..
Oleh itu kepada sesiapa yang bergelar mak tiri atau nak bergelar mak tiri.. kena banyak bersabar yer.. kalau keluarga suami suka dengan kehadiran anda ..alhamdulillah..

Siapa yang nak kak cabai jadi jadi mak tiri dia? cepat isi borang!! Nanti kak cabai masak makanan berasaskan cabai saja.. hahaha.. :0



Wednesday, March 10, 2010

Bunga telur -masih diingat atau sudah diupakan..



Selamat pagi wahai semua rakan kak cabai, dah sarapan? sarapan apa yer pagi ini?
kak cabai harap semua kenalan kak cabai sihat serta dilindungi olehNYA. Musim sekarang cuaca tak menentu jadi sentiasalah minum air masak selalu. kurangkan air ais yer..

Cuti sekolah hampir tiba. Ada yang balik ke kampung? Pasti ramailah kaum keluarga yang nak buat kenduri kahwin. Apakah cerderahati untuk tetamu? sudah bersediakah dengan semua kelengkapan majlis perkahwinan. Sekarang ini cenderahati boleh saja di beli. Masa dah berubah ramai yang memilih cara senang dengan membeli sahaja dari membuat sendiri. Perlu diingat beli sesiapa pun boleh membeli, siap duit saja. Kalau buat sendiri, kita akan berasa puas kerana hasil kerja tangan kita jadi kenangan untuk tetamu. Jadi buatlah pilihan yang tepat.


Bunga telur..
Sekarang ini masih ada ke kenduri kahwin yang sediakan buanga telur? Kak cabai rasa sudah agak kurang cenderahati dari bunga telur. Walaupun cenderahati seperti coklat, kotak yang berisi kueh, bunga sabun dan sebagainya menjadi pilihan, tetapi bunga telur janganlah kita lupa. Setiap perkahwinan cara melayu mesti ada bunga telur, tak banyak sikit pun jadilah sekadar ambil syarat. Kak cabai rasa sesuatu majlis perkahwinan itu kalau tak ada bunga telur macam tak tak berseri pulak. Jadi, jangan lupa bunga telur yer...

Sedikit hiasan bunga telur di hadapan pelamin pun sudah memadai.


Friday, March 5, 2010

kak cabai dan teratak


Salam semua..
Selamat datang ke teratak yang tak berkunci.. ya tak berkunci!! sesiapa pun boleh masuk. Masuk melalui link.. link klik klik.. hahaha... kak cabai dah merepek di petang jumaat yang indah..

dan

sekali lagi kak cabai mendecokan teratak kak cabai.. harap kekal lamalah hendaknya. Merah hijau tetap ada, macam cabai hidup, ada merah.. ada hijau. Tapi di sini tak ada pulak cabai hijau tu... alamak lupa nak petik.. dalam lesung batu tu pun tak ada cabai hijau.. o..ooo...

Harap semua tetamu yang datang ke teratak ini tak akan jemu dengan celoteh kak cabai yang bermata besar dan bermulut merah ang ang ni....
Tinggalkan komen yang membina. Tak kisahlah kalu nak komen di cbox atau ruangan komen n3.. pasti kak cabai hargai dan rasa gembira dengan kehadiran anda...

Rasa-rasa teratak kak cabai ni O'K ke K'O?


Thursday, March 4, 2010

Stres boleh rosak kulit..

Salam semua,

Kak cabai tengah buat blogwalking tadi.. wahhh ramai pulak kenalan baru..
Salam perkenalan semua.. nampak gayanya semuanya muda-muda belaka.. agaknya kak cabai sorang saja kut yang dah kertu.. hahaha.. tak apa blogger tak ada had usia.. tu yang best tu...

Kertu atau tua.. semua orang kena laluinya.. tapi ada juga yang usia muda tapi muka nampak tua, kenapa? adakah orang tu banyak berfikir? kerja berat? berjaga malam? atau stres?

Ohhh stres!!! pergi jauh-jauh jangan kau hampiri hidup ini.
Kak cabai selalu mengelak dari stres.. ohh tak bagus oooo.. kalau stres dah masuk badan hahaha.. macam puaka pulak..

Hidup zaman sekarang yang serba pantas ini memang tidak lari daripada stres. Namun begitu yang sering kali kak cabai dengar dan kita semua ketahui, kalau ingin kekal awet muda dan ingin kulit yang lincin bak telur ayam kampung yang baru dikupas, anda perlu mengelakkan dari stres!! shuhh!.. shuhh!..
Pernah dengar tak stres mampu mencantikkan kulit? tak pernah?? ish..ishhhh..kak cabai pun tak pernah.. hahahaha.. gurau saja yer..



Tahu tak stres bertanggungjawab menyebabkan antimikrob yang secara semula jadi terdapat dalam kulit menjadi lemah. Bila antimikrob tersebut terganggu, kulit akan menjadi tidak bermaya dan cepat berkedut. Sebab itu nampak tua sebelum waktu.
Jadi jangan stres!!

sekarang ini anda merasa stres tak??


Wednesday, March 3, 2010

Makanan berempah mengundang bau badan..


Salam semua..kak cabai blogwalking awal pulak hari ni.. :-)
tengah hari ni ada yang nak makan kari kepala ikan ke? atau apa-apa saja makanan yang berempah.. Makanan berempah memang sedap dimakan.. terutama masakan kari, rendang, ayam goreng rempah dan sebagainya..
Tapi tahukah anda wahai penggemar makanan berempah... bau badan anda akan menjadi kuat dek kerana rempah yang anda makan setiap hari tu..
bukan tak boleh makan.. bolehhh... tapi janganlah makan selalu... agak-agak la sama yer..

Gambar hiasan

Yang ni pun gambar hiasan jugak.. tapi tengok la gambar ni, sungguh menyelerakan..
terliur kak cabai..

ingat jangan makan selalu... nanti badan berbau..

Anda rasa betul ke makan makanan berempah badan boleh berbau?..



Tuesday, March 2, 2010

Anak stres, siapa yang tahu..

Salam untuk pengunjung blog kak cabai, Semenjak 2 3 hari ni kak cabai agak lambat nak buat post untuk blog ni.. sibuknya kak cabai sorang ni..

Cuaca sekarang ni sangat panas, kalau kita yang dewasa ni memang stres dengan cuaca, kerja pejabat, hutang dan macam-macam lagi, macam mna pula kalau anak kecil kita yang stres.. boleh ke dia beritahu yang dia tengah stres?
"Mama.. adik stres la!!"... bijaknya.. anak sapa lah tuuu

Ohhh huhuukhukk
Gambar hiasan

Apakah tanda-tanda bila anak anda menjadi stres.. bolehkah anda mengenal perubahan pada diri dan tingkah lakunya dari awal...Jom! kak cabai nak berkongsi dengan anda semua wahai pembaca yang mempunyai anak atau tidak.. mari kita baca..

Tanda-tanda anak stres

  1. Tidak terlalu banyak bercakap seperti biasa. Dia juga akan mengelak untuk bercakap dan tidak mahu menjawab soalan anda.
  2. Sukar tidur. Dia tidak mahu tidur walaupun sudah smpai waktu kebiasaan tidur.
  3. Tidak mahu makan. Dia tidak berselera sama sekali.
  4. Terkencing tempat tidur atau lain-lain tempat. Biasanya anak yang mengalami tekanan akan melakukan apa saja tanpa mamikirkan risikonya.
  5. Suka menengking adik beradik yang lain. Dia sedang marah dan orang sekelilingnya akan menjadi mangsa.
  6. Mengasingkan diri. Biasanya anak yang mengalami tekanan suka menjauhkan diri, seolah-olah merajuk. Ketika ini dia merasakan semua orang tidak menyayangi dan menyukainya.
Pernahkah anak anda mengalami situasi begini?
atau
Pernahkah anda sendiri yang mengalami tekanan seperti ini..
hmm.. sukar pula kalau perkara No 4 terjadi pada orang dewasa.. takut nanti diketawakan pula.. hahaha...

Sayangilah anak anda.. berilah perhatian yang lebih kepadanya.. kerana dia masih muda..