Thursday, February 25, 2010

Inai merah di jari..

carian dari google

"Merahnya inai yang dia pakai.. apa yang dia campur?"
siapa yang suka pakai inai? angkat tangan... kak cabai angakat tangan dari bulan lepas lagi.. hahaha
orang melayu bila nak kahwin mesti cari inai.. orang india pun sama juga.. inai yang merah memang cantik..
macam mana nak bagi inai merah.. siapa ada petua nak merahkan inai di jari sila kongsi yer...

kak cabai selalu pakai inai bila nak raya atau bila ada kenduri kahwin... itu pun kalau inai tu ada lebih lagi..
petua orang tua-tua kalau nak pakai inai mesti cari daun yang kecil-kecil..daun yang besar macam daun kari tu tak merah.. lepas tu ada yang bagi petua lagi campur inai tu dengan gambir... kak cabai ada buat jugak.. okey juga hasilnya merah kehitaman juga bila dah pakai selama 3 atau 4 jam..

sekarang ni nak pakai inai saja pergi la mana-mana butik andaman ada menyediakan inai..siap lukis corak lagi... ohhh... kak cabai punya wedding dulu ..tak dapat nak merasa corak-corak semua tu... zaman kak cabai dulu bila dah pakai di hujung jari .. yang last tu buat tempek bulat di tengah.. sampai sekarang kalau anak-anak kak cabai tanya mesti kak cabai kata buat bulan.. jawapan turun temurun.. dulu pun kak cabai tanya arwah tok kak cabai.. jawapan tu jugak arwah tok bagi..

carian google.. yang ni dia tambah bling bling bagi cun lagi..

Kak cabai suka tengok corak-corak yang di buat pada tangan... cantik penuh berseni.. sebenarnya kita boleh buat di rumah.. kalau siapa yang pandai ising kek mesti cekap buat kerja ni.... yang tak pandai pun boleh belajar... lama-lama esok pandai la..


ni pun dari google jugak... cantik!!



7 comments:

KASIH said...

kaki tu cantik ..

Mummy Chubby said...

ada org ckp campur arang tapi jadi hitam lak.de gak yg ckp kalo nak pakai jgn smpi dgr ayam berkokok...tapi sebenarnye, merahnye inai sbb ikut sistem bdn sesorg...

kak cabai said...

kasih..cantekkkk..

kak cabai said...

mummy chubby.. campur arang?? pestime kak cabai dengar ni.. kalau merah ikut sistem badan tu mungkin betul juga...

nurul ain syafiqah said...

kak cabai,saya nurul...saya jenis orngnya tak suka pakai inai,tetapi kwn saya suka..saya ada mintak petua merahkan inai..mula2 tmbk inai,sedikit air,sedikit arng,sedikit nasi,sedikit asam gelugor...dan jgn lupa... jgn ikat kuat2 sngt nnti kecut jari dan tak merah...klau menjdi... add saya dkt facebook''nurul ain fauzi'' dan emailkan kepada almt ''nurulainfauzi@yahoo.com'' .klau kak cabai ada mslh ttng inai blh almtkn kepada email saya..ok..bye..slmt mencuba..

nurul ain syafiqah said...

kak cabai..tlng ajr saya mcm mne nk lukis inai dkt tngn and kaki..kak cabai kalau boleh hntr gmbr kak blog ni bnyk2 design inai..ok

Fatini Diana said...

inai lukis2 nie saye pon minat jugak..tp disebabkan ade beberapa pandangan dan fatwa telah mengatakan lukis2 inai di tangan n kaki jatuh haram..kerana ia menyerupai tatoo..terus sya batalkan niat nk lukis2 bagai..kang x pasal2 dpt dose plaks.. hihi