"Kak, apa pandangan kak kalau saya ni suruh adik ipar saya pula jaga mak mertua saya buat sementara waktu sebab sekarang ni saya ada masaalah kesihatan sikit. Lagipun saya dah lima tahun jaga dia. Ipar yang lain tu jaga sat-sat je. Saya pun macam kak cabai juga dok keluar masuk hantar anak sekolah sampai petang baru nk rehat. Mak mertua pula suka dok komplen itu ini semua tak kena. Saya dah tak tahan kak oii.. bukan apa kalau takat nk bagi makan minum tak dak masaalah. Nak jaga kencing berak pun tak apa, tapi mulut dia yang suka dok cakap saya ni tak buat apa pun kat rumah ni, tak layan dia, tak jaga dia elok-elok, dah tu dok berkelahi dgn pembantu rumah sampai kawan tu pun berhenti keja.... dah tentulah berat kerja saya ni kak.. Macam nak pengsan saya ni. Lepas pembantu berhenti, ipar-ipar telefon kata macam-macam....Apa patut saya buat ni kak cabai?.."
Sebenarnya ada lagi cerita selama hampir satu jam kat telefon tu. Kak cabai tulis sikit je la.. Tak tahu kak cabai nak cakap apa. Kak cabai cuma nak kata pada sahabat kak cabai tu macam ni la...
Dik, hidup ini ibarat hujung jari dicelup air lautan yg luas. Sisa pada hujung jari itulah sahaja dunia ini. Yang seluas terpelahang lautan itulah akhirat. Apa sahaja yang kita tak suka semua itu ujian Allah s.w.t. Ada dua perkara yang Dia suruh kita buat kat dunia ni :-
1) bersabar
2) bersyukur
Kalau kita tengah bergembira ingatlah masa itu Dia sebenarnya menyuruh kita bersyukur.
Bila kita rasa tersiksa, teraniaya apa-apa ajelah yg ter..ter.. yang kita tak suka sebenarnya Dia nak kita bersabar, bersabar, bersabar dan bersabar. Sebab Dia ada sesuatu yg lebih istimewa nak bagi kat kita cuma kita tak tahu apa giveaway itu.. so sabar je la....
Kak cabai pun ada banyak pengalaman yg menuntut kesabaran. Sebab sabar la juga dapat beli lappy ni... He..he..he.. Selagi namanya hidup kita akan sentiasa diuji. Itu tandanya Dia sayang kat kita. Nanti kita sembang lain. Daaa.....