Sunday, February 14, 2010

Teringat kuih bakul dari jiran kak cabai..



Salam semua..selamat bercuti semua... hari ni nak pergi mana..ada date ke hari ni... Awas yer pasangan yang bercinta tu.. jangan terlanjur!! ingat dosa sama... pesanan ni untuk semua umat termasuk kak cabai, anak-anak dan kaum keluarga kak cabai sendiri..apa saja yang kita buat seharian..wajib kita ingat DIA YANG SATU... ALLAH S.W.T..

Hari ni banyak rumah yang kosong... ada yang balik kampung..ada yang pergi melancung..ada yang buat kenduri.. macam-macam la aktiviti hari ni.. pastikan rumah anda dikunci dengan selamat..yang ada alarm tu..pastikan ianya berfungsi.. harap semuanya semua selamat dari perompak durjana.. :p

Cuti raya cina kali ni kak cabai balik ke kampung..nun di utara Malaysia.. sekarang kak cabai berada di kampung yang permai... hari ni raya cina kan?? kak cabai nak cerita sikit tentang sambutan raya cina di kampung kak cabai...
kalau raya cina kampung kak cabai meriah tau ... ni pun masih lagi terdengar bunyi gendang cina..dah tentu ada tarian singa.. semuanya merah-merah .. ONG!!..

Raya cina dulu dan sekarang banyak bezanya.. kak cabai boleh tahu..walaupun kak cabai tak meraikanya.. ye la sepanjang jalan nak masuk ke rumah mak kak cabai semuanya cina.. dulu ada mercun papan yang merah menyala tu.. sangat-sangat meriah... kalau raya saja mesti setiap rumah tu penuh dengan mercun tu... bila kumpulan tarian singa datang dari rumah kerumah mula la bunyi mercun yang gila tu... sakit telinga dek kerana mercun merah yang ong tu..sekarang mana ada dah semua tu... hanya gendang saja dan singa yang mata kelip-kelip tu saja yang ada... singa warna warni...

google images

kak cabai suka yang lembik macam dodol..


Raya cina kak cabai pun dapat kuih bakul tau..di kampung kak cabai ni ada seorang kak cina yang mengambil tempahan membuat kiuh bakul..sebelah rumah kak cabai saja.. dia buat kerja memang cekap dan cepat .. buat kuih bakul ni pun ada pantang larangnya juga... jangan bising..shhhhh... nanti tak jadi.. macam buat tapai juga kut.. ntah la...
tapi kak cabai tak suka kuih bakul yang dah keras tu..kak cabai suka yang lembik..yang baru keluar dari periuk kukus... wahh untung tau kak cabai dapat kuih bakul yang masih lembik tu... sekarang mana nak dapat... kak cina tu pun dah pindah... orang cina kata kalau makan kuih bakul tu boleh dapat tuah..kak cabai dapat tuah apa ya?? tuah dapat kuih free lah agaknya... :)
eh kak cabai makan kuih tu halal ke?...halal sebab kak cabai tengok sendiri apa yang kak cina tu letak dari a sampai z... bekas macam mangkuk, senduk, sudu dan lain-lain tu pulak semuanya masih baru dan diasingkan dari alatan memasaknya yang lain..

Itu la hidup dalam masyarakat cina ada untungnya.. sebab kita boleh mengetahui budaya mereka... jangan gaduh-gaduh tak bagus itu macam.. macam mana nak aman kalau selalu bergaduh kannn??

Untuk semua jiran kak cabai yang vogue...Akeym (tauke kuih bakul),chong,aling nini,e-ping,ah chiang,asim,ah giok,ah tang,ah chai,pong sai,ah hiuk, to tou,an ann,pin sen,ge girl,a chu,to puie..dan lain-lain..

selamat tahun baru cina...




15 comments:

Bb Hussain said...

tak pernah rasa kuih bakul..kuih bulan pernah lah masa kecil2 dulu..

just call me uncle said...

betul tu..masih ramai yg kurang mengetahui sudi ke kuih bakul nih..uncle sedara sebelah mak berbangsa cina..uncle sendiri tgk cara penghasilannya..kiranya persediaan nak buat kuih ni kiranya mmg superb..sampai beli alatan mmasak semuanya baru sebab kuih bakul ni ada "honor" nya yg tersendiri. nak masak pun bukan sebarangan..sebab tu byk pantang larang nya ..ini utk membangkitkan aura tuah kuih bakul tu..ehh panjang pulak uncle ber komen kat sini minta maaf ek cik cabai.

kak cabai said...

bb kena rasa... kak cabai dah makan rasanya manis..tapi lama2 ki=uih ni akan keras la sikit..tapi kak cabai tetap suka yang lembik...macam dodol..

kak cabai said...

uncle...komen panjang pun tak pa... tak perlu bayar.. kak cabai tak kesah... sedap kan kuih bakul nihh..

Amirah Rashid said...

yummy, sedapnyee. rasa lapar pulak :D

Dak Wan® said...

Selamat Tahun Baru Cina gak eh! :)

Zikr the Jalanan Sepi Perantau said...

wah macam sedap jer...nak angpaw...

hans said...

xlalu nak makan kak

poksudaus said...

sedapker kuih bakul kak cabai???
nak gak rase :D

K I R I M A R U~ said...

cdpnyeee... da lame x dapt mkn.... mahuuuu =)

kak cabai said...

amirah..salam kenal... kalau lapar makan nasi.. nak kenyangkan perut dengan kuih bakul..takut perut amirah susah nak terima.. perut kak cabai pun kalau kenyang dengan dodol pun tak boleh jugak..cari nasik..

kak cabai said...

dak wan .. nak ucap selamat tahun baru cina kat siapa?.. harap bukan kat kak cabai yer.. kak cabai sambut raya posa..raya haji.. :)

kak cabai said...

zikr the jalanan sepi perantau..panjang pulak namamu dik oiii... kuih bakul ni memang sedap.. kalau angpaw tu.. mana kak cabai nak cari... kalau kuih pau tu boleh kak cabai cari bagi.. :)

kak cabai said...

hans... kau tak lalu tak per tak yah makan.. kak cabai tak paksa..tak semua orang meleyu suka makan kuih bakul.. kalau tengok sendiri ..insyaallah.. kau akan makan kuih tu.. :)

kak cabai said...

poksudaus...bagi kak cabai sedap la jugak dari tak sedap.... tapi yang masih lembik ler..yang baru keluar dari periuk kukus..kak cabai suka yang tu..tapi bila hari raya cina..kuih tu akan keras sikit..sebetulnya memang kena tunggu keras sikit baru makan..