Friday, February 12, 2010

Petua hilangkan kutu bersama kak cabai


K.U.T.U
Kutu sungguh melecehkan...

sekejap-kejap gatal.. garu kepala macam kera... nak makan garu..tengah belajar garu.. tengah menonton garu..tengah pakai kasut garu..tengah gosok gigi garu..tengah menyanyi di perhimpunan sekolah garu...macam-macam lagi lah.. susah hidup kak cabai.. kalau benda ni terjadi lagi pada diri kak cabai..

ini lah pengalaman kak cabai masa sekolah rendah dulu..kepala kak cabai ada kutuuu..uuwwwaaaaaa.... kak cabai cerita jugak sebab kak cabai pernah mengalaminya..

Masa kechik dulu, kak cabai tinggal di kampung.. kalau di kampung tu faham-faham la kurang kesedaran sikit bab penjagaan kutu ni... emak kak cabai ni susah hati la tengok kak cabai dan adik-adik kak cabai yang lain ada kutu.. ini semua sebab terjangkit dari kawan sekolah.. ubat kutu dulu warna biru cair..hanya sapu di atas kepala biar seketika lepas tu cuci dengan shampoo.. mak kak cabai selalu buat pada rambut kak cabai dan adik-adik kak cabai..habis sebotol..pergi klinik ambil lagi sebotol..free..klinik kerajaan.. hilang la kutu tu kalau dibuat setiap minggu.. tapi bila sebulan tak buat.. ada balik kutu setan tu... eeeeiiii...

sepatutunya satu sekolah kena buat... baru hilang semua kutu tu... hairan sungguh kak cabai tak pupus-pupus lagi binatang ni...


Orang kampung kak cabai dulu suka buat eksperimen..semua nak jadi saintis... semua ada bakat terpendam


  • Ada yang guna ubat gegat yang ditumbuk hancur campur dengan minyak kelapa :p


  • Ada yang guna kaedah cari, gali dan menang.. maksudnya cari hidup-hidup..siapa dapat banyak dia la yang juara... :p


  • Ada juga yang menggunakan kekerasan+paksaan+mati katak..iaitu guna semburan ubat nyamuk macam sheltox ke ridsect ke fumakilla ke..atau apa-apa saja yang boleh membunuh dengan cara yang cepat.. :p


Itula orang kampung kak cabai semuanya ada bakat terpendam... :( = :p

Tahu tak kutu paling suka hisap darah kotor di kepala... kalau kepala tu ada bisul...lagi sedap la kutu and the gang menghisapnya... bayangkan bentuk bisul yang bulat dan lembut di tengahnya yang bernanah... kutu memang suka.. bapa kutu mak kutu tok nenek kutu memang suka... :p

kutu kechik saja sebab tu ibu bapa tak ambil kisah sangat...cuba besar macam ni

bantuan dari pak chik google
*

*


geliiiii....



Uhh... susah nak di gambarkan.. memang jijik...tetapi kenapa ibu bapa sekarang masih lagi kurang perhatian bab penjagaan kutu ini.. jangan ingat budak sekolah di KL ni tak ada kutu.. anak kak cabai pun pernah dapat dari rakan sekolah... kak cabai pulak yang pening kepala.. tetiba saja anak kak cabai bawa balik pets kerumah :( ... pets yang manja sampai boleh diusung kesana kemari ..tidur besama..makan bersama... dalam masa yang sama pets yang kurang ajar.. yang suka pijak kepala tuan dia.. :p


Tak kan nak bela lama-lama mesti la kena bunuh semua... nampak macam kejam bunyinya..nak bunuh binatang..bunuh semua pulak tu.. :( .. cara yang paling bagus kak cabai beli shampoo kutu di farmasi... bukan mahal pun... kak cabai tahu ramai ibu bapa yang malu nak pergi beli.. buatnya masa tu ramai pelanggan ..mesti semacam saja mereka pandang.. malu la... tak apa kak cabai boleh tolong dengan cara tak malu.. hikhik..


Ini dia petua nak hilangkan kutu...


minyak kelapa dimasak campur dengan bawang putih yang ditumbuk bagi hancur..sapu di rambut ..balut kepala selama 1 jam..bilas..


kak cabai dah buat dekat anak kak cabai.. dengan jayanya...

cubalah...

6 comments:

Ms.Independant said...

Hehehe.
Yg smpi gune sheltox tu memang dasat kak cabai.
tak rosak ke rambut anak wat camtu?
hehe...

btw, Thanks 4 sharing tips tu!

:)

Jawa a.k.a USERMODE said...

hu hu hu.. nice tips. sebagai seorang yang berambut panjang dan sangat sayangkan rambut ku, at least adewr juge tips2 tambahan untuk menjage rambut dari jangkitan kutu yang direjam ini.. :P

Syeeda Sobbihi said...

hurmm..tktau lak ade petua guna myk kelapa campur bwg putih tu..ingatkan kutu nih bleh ilang guna ubat farmasi jer..hehe

Amirah Rashid said...

mira pn prnh kene kutu
ibu mira letak sabun basuh kain
habis rosak rambut
haha
redha aje la :D
last2 potong rmbut yg pnjg ni.
sedihh

wärdätï hübbül said...

eeee..geli giler tengok kutu tu..*ALAMAK! marah kutu !*

Sha said...

Salam.. untuk hilangkan kutu, ada Lice Ninja.
http://www.liceninja.com
Cara – cara buang kutu, servis membuang kutu dan ubat2an membuang kutu semua TANPA bahan kimia dan toksin