Wednesday, June 9, 2010

CERITA KATAK DENGAN NABI DAUD A.S

ASSALAMUALAIKUM

Hari ini kak cabai nak cerita pasal kisah-kisah para sahabat di zaman dulu. Kak cabai bukannya apa sesekali bila teringat diri ini jauh dari Allah adalah elok kita mengimbas kisah-kisah zaman nabi dulu. Yang mana baik kita ambil iktibar yang tak elok tu kita muhasabahlah diri sendiri. Kali ni kak cabai nak cerita pasal katak dengan nabi Daud A.S yang kak cabai baca dari sebuah buku. Ya la.. kisah-kisah macam ni bukan semua orang suka baca, disini kak cabai nak kongsikan kisah ni bersama anda.

Ada sebuah riwayat menerangkan bahawa pada suatu masa Nabi Daud A.S telah keluar ke suatu tempat untuk beribadat, selama setahun. Setelah genap setahun beribadat kepada Allah swt lalu baginda pun berdoa pada Alla swt.

"Ya Rabbi, telah bongkok punggungku dan telah lemah mataku dan telah kering air mataku, tetapi aku belum lagi tahu bagaimanakah keadaan nasibku?"

Setelah nabi Daud berkata demikian maka Allah swt menyuruh katak yang berada di tempat itu menjawab soalan nabi Daud.

Firman Allah swt pada katak yg bermaksud, "Wahai katak, jawablah pertanyaan hambaku Daud itu"

Dengan izin Allah maka berkatalah katak, "Wahai nabi Daud, wahai nabi utusan Allah. Apakah yang membuat kamu mengira-ngira tentang ibadatmu yang setahun itu. Demi Allah yang mengutusmu menjadi nabi. Aku sendiri pun telah hidup di hutan ini lebih 30 atau 60 tahun sentiasa bertasbih, bertahmid kepada Allah. Walaupun begitu lama tetapi sendi-sendiku tetap gementar kerana takut pada Allah"

Setelah nabi Daud mendengar penjelasan dari katak itu maka menangislah beliau dengan penuh kesal.

Ada riwayat mengatakan kejadian yang sama pernah juga terjadi ke atas nabi Musa A.S. Sesudah terjadinya pembunuhan yang tidak disengajakan olehnya.

Maka sebagai hamba Allah kita tidaklah boleh mengira akan amal-amal yang kita buat, sebab jika kita bandingkan seluruh tubuh kita yang Allah swt ciptakan maka kita tidak layak untuk mengira amal kita. Sebagai hamba kita hendaklah mengikut perintah Allah swt dan meninggalkan segala laranganNya. Kita sebaiknya mensyukuri segala nikmat yang di berikan yang tidak terhingga dan tidak terhitung banyaknya. Apakah kita perlu mengira-ngira amal kebaikan kita yang sedikit cuma.

Jika ditebus seluruh hidup kita dengan amalan kebajikan yang telah kita buat, sebelah mata kita ini pun belum tentu dapat kita tebus. Sesungguhnya nikmat Allah swt amat-amatlah luas dan tidak terhitung seluruh alam ini. Subhanallah...

Fikir-fikirkanlah di mana diri kita ini di sisi Allah swt. Kak cabai terasa sangat-sangatlah kerdilnya diri ini. Tetapi yang peliknya kita ni masih lagi suka bergosip sana sini. Buat perkara-perkara yang Allah sentiasa larang kenapa ya??? Aurat terdedah sana sini, tapi mengaku Islam. Kak cabai pun mengingatkan diri sendiri pada hal ini. Kadang-kadang kita terleka dengan peredaran masa yang sangat pantas sampai kita tergolong dalam dunia yang tah apa-apa tu. Subhanallah. Susah sebenarnya nak dekatkan diri kita ini pada Allah swt. Hanya iman yang kuat sahaja dapat menuntun kita ke arah yang di redhai Allah swt. Marilah kita sama-sama ingat mengingati sesama kita ok, daaa....

4 comments:

ketingting said...

kisah yang nih jarang jarang dengar kan? mmm! sama sama la tingkatkan amalan kita. [mood insaf nih. hihi]

belalang hijau said...

kisah-kisah begini mmg bagus utk d hayati...

terima kasih kak cabai...

kiwi said...

nice post ^^

zulkbo said...

salam kak cabai..
terima kasih berkongsi
kisah nabi2 ni..menarik
byk menafaat dan pengajaran