Thursday, May 20, 2010

AGUNGNYA ASMA UL HUSNA

ASSALAMUALAIKUM.
Salam sejahteralah buat semua pengunjung blog kak cabai ni. Alhamdulillah hari ni Tuhan kurniakan umur sehari lagi untuk kita berada di muka bumi ini. Moga-moga Allah Taala memberkahi apa jua amalan kebaikan kita seharian. Mohon Allah Taala jauhkan segala perbuatan keji. Amin...
Hari ni kak cabai rasa sangat teruja untuk berkongsi nama-nama Allah Taala bersama anda semua. Asma Ul Husna adalah nama Allah Taala yang tidak ada keraguan padanya untuk kita mengamalkan. Banyak faedah yang akan kita perolehi dari zikir ini. Setiap satunya ada khasiat dan fadhilatnya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi untuk tujuan membersihkan jiwa kita dari segala perasaan jahat, dengki dan seumpamanya. Zikir ini juga akan membersihkan hati kita dari berperangsaka buruk terhadap ketentuan Ilahi. Insya-Allah jika kita selalu mengamalkan zikir ini segala dugaanNya akan dapat kita hadapi dengan tenang dan sabar.
Dari pengalaman kak cabai sebelum kita mengamalkan mana-mana zikir ini adalah amat baik dan sangat di sarankan agar kita mulakan dengan Bismillah serta selawat 10 kali. Selepas berzikir dengan nama-nama Allah ini akhiri dengan selawat 10 kali juga. Insya-Allah Tuhan akan memperkenankan niat suci dari hati kita. Para wali mengatakan apabila kita membaca selawat, malaikat mendatangi kita untuk menyampaikan pesanan kita kepada Allah Taala tetapi jika kita terlupa membaca selawat, pesanan itu akan tertinggal di dunia. Selawat ini hendaklah dibaca sekali atau 10 kali atau 100 kali sebelum dan selepas membaca nama-nama Allah ini.
Hari ini kak cabai nak kongsikan zikir yang pertama iaitu ALLAH.
1) Doa dimakbulkan
Jika dibaca YA ALLAH 5000 kali setiap malam dengan penuh khusyuk. dengan izin Allah apa saja yang diinginkan akan dimakbulkan. Pastikan perbuatan anda selari dengan doa anda kepadaNya.
2)Menyembuhkan Penyakit
Jika seseorang yang sakit dan tidak ada harapan untuk sembuh baca YA ALLAH 1100 kali di antara waktu Asar dan Maghrib selepas membacanya bacalah Al-Fatihah dan hembus ke dalam air untuk diminum. Insya-Allah dia akan merasa lega.
3)Menghilangkan Rasa Ragu-Ragu
Sesiapa yang membaca YA ALLAH 1000 kali sehari setiap hari, Insya-Allah segala keraguan yang ada dalam hatinya kan hilang. Menyebut kalimah ini akan menguatkan semangat dan memberi kejayaan kepada jiwa pengamalnya.
4)Mendapat Maruah Yang Baik
Baca YA ALLAH 66 kali lepas tiap-tiap solat fardu selama 66 hari, Insya-Allah anda akan di hormati dan disukai orang. Kehidupannya akan di penuhi dengan kebaikan yang banyak dan kalimah ini hendaklah dibaca dengan iman yang teguh dan penuh keyakinan. YA ALLAH YA HAYYU merupakan bacaan yang akan menambahkan iman kepada ALLAH SWT.
5)Beroleh Keselamatan
Baca YA ALLAH beberapa kali setiap hari, Insya-Allah anda akan selamat dan rumah anda terselamat dari banyak kejahatan...

Cukup dulu untuk kali ini Insya-Allah kak cabai akan kongsikan lagi nama-nama Allah yang maha agung ini untuk kebaikan kita bersama di dunia dan akhirat. Sumber- sumber ini kak cabai petik dari beberapa buah buku Asma Ul Husna yang kak cabai telah baca dan mengamalkannya. Jika sudah mendapat ilmu eloklah kita mengamalkannya kann... Takut-takut esok Allah Taala tanya tentang ilmu yang kita perolehi apa yang telah kita perbuatkan dengannya jika tidak mengamalkannya, bimbang pula kena balun dengan Allah Taala. Oklah, semoga kita mendapat sedikit ilmu hari ini dan amalkannya. Moga perjalanan kita menuju kepadaNya akan diberkati. Amin... daaa....

3 comments:

baincardin said...

Baby Development - Month 4 - 6 plak...yay! ^_^

blueCITY® said...

salam,

terima kasih kak cabai
kongsi dan ingatan ini

zures said...

Terimakasih kak cabai kerana sidu berkongsi ilmu yangteramat berguna ni. Memang bagus dijadikan amalan harian. Semoga kita sama-sama mendapat rahmat dari apa yang diamalkan.