Thursday, March 4, 2010

Stres boleh rosak kulit..

Salam semua,

Kak cabai tengah buat blogwalking tadi.. wahhh ramai pulak kenalan baru..
Salam perkenalan semua.. nampak gayanya semuanya muda-muda belaka.. agaknya kak cabai sorang saja kut yang dah kertu.. hahaha.. tak apa blogger tak ada had usia.. tu yang best tu...

Kertu atau tua.. semua orang kena laluinya.. tapi ada juga yang usia muda tapi muka nampak tua, kenapa? adakah orang tu banyak berfikir? kerja berat? berjaga malam? atau stres?

Ohhh stres!!! pergi jauh-jauh jangan kau hampiri hidup ini.
Kak cabai selalu mengelak dari stres.. ohh tak bagus oooo.. kalau stres dah masuk badan hahaha.. macam puaka pulak..

Hidup zaman sekarang yang serba pantas ini memang tidak lari daripada stres. Namun begitu yang sering kali kak cabai dengar dan kita semua ketahui, kalau ingin kekal awet muda dan ingin kulit yang lincin bak telur ayam kampung yang baru dikupas, anda perlu mengelakkan dari stres!! shuhh!.. shuhh!..
Pernah dengar tak stres mampu mencantikkan kulit? tak pernah?? ish..ishhhh..kak cabai pun tak pernah.. hahahaha.. gurau saja yer..



Tahu tak stres bertanggungjawab menyebabkan antimikrob yang secara semula jadi terdapat dalam kulit menjadi lemah. Bila antimikrob tersebut terganggu, kulit akan menjadi tidak bermaya dan cepat berkedut. Sebab itu nampak tua sebelum waktu.
Jadi jangan stres!!

sekarang ini anda merasa stres tak??


3 comments:

~ نورحياتي ~ said...

tengah stress ni...

tak suka!! =(

Amirah Rashid said...

wow, xsgke!
hehe
ohh, tidakk, sy tdk stress
sy happy je :P

Cikgu Yang Azmah said...

Salam!!! Ini kenalan baru yang dah senja!! tapi teringin nak ikut cara orang muda sekarang..berlibur dan memenohi masa lapang. Selamat berkenalan!!!