Monday, May 10, 2010

KITA JUMPA LAGI DI BLOG

ASSALAMUALAIKUM, semoga sejahteralah hendaknya. Amboooiii... lama kak cabai tak buat entri no...Alahai.. nak buat cam na kerja banyak yg kena siapkan. Apa pun kerja tu semua dah hampir selesai. INSYAALLAH... Kak cabai sebenarnya rinduuu.. sangat dengan kawan-kawan kat blog ni.. Laaa.. rasa macam saudara mara la pulak no...
Tak sangka blog ni sebenarnya menjalinkan silaturrahim juga kan... apa pun kak cabai sangat berterima kasih pada anda yang sudi tag kak cabai, bagi award, singgah komen, singgah jerit, semuanya berharga bagi kak cabai. Tumpang ada masa yang tak berapa banyak ni kak cabai pun ambil peluang buat entri terbaru untuk blog kak cabai ni. Ada banyak cerita sebenarnya nk diceritakan. Ya la... dah lama tak cerita. Setiap hari ada saja hal manusia sekeliling. Terbaru cerita pasal Hari Ibu. Lepas tu pasal hari guru pulak kan... Lepas tu hari apa ye..??? oooo ulangtahun perkahwinan kak cabai yang ke-15. he..he..he...bulan May juga...
Masa kak cabai dok sibuk buat kerja macam-macam tu, kak cabai tak tau la secara kebetulan ke, apa ke, entah la... Beberapa bulan lalu keluarga kak cabai kena samun. Peristiwa tu sebenarnya meninggalkan impak yang kuat pada keluarga kak cabai. Sampai sekarang kak cabai sekeluarga masih fobia dengan peristiwa itu.Ye la kalau dah pisau kat perut tak ke fobia.. Peristiwa tu berlaku di kawasan rumah kak cabai. Dalam sebulan pasti ada tak kurang dari 3 atau 4 kes yang sama. Ngeriii.. Dan yang terbaru minggu lepas, kak cabai yang sentiasa berhati-hati pun nyaris-nyaris ditimpa nasib tak baik. Kak cabai bersyukur sangat pada ALLAH s.w.t . kerena terselamat hari tu.
Macam ni.. hari tu kak cabai pergi hantar anak sekolah ada KOKO pagi pukul 8. Dia nk balik pukul 10 pagi. Macam biasa kak cabai pun pergilah tunggu dia kat sekolah tepat pukul 10, tapi belum keluar lagi. Kak cabai pun tunggulah kat tempat biasa.Tiba-tiba datang sebuah kereta dari arah belakang kemudian dia patah balik berhenti betul-betul tepi kereta kak cabai. Masa tu kak cabai tak perasan sangat sebab dok layan sms kawan kak cabai. Entah macamana tergerak hati nak tengok org kat sebelah kereta kak cabai tu, nampak macam nak tanya sesuatu, dua orang budak muda dok cangak sana sini, toleh-toleh kat kak cabai berkali-kali. Lepas tu pandang kiri pandang kanan. Hairan juga kak cabai masa tu. Apa kena dengan orang berdua ni. Dalam hati kak cabai mula syak sesuatu. Dalam dok syak yang bukan-bukan tu la tiba-tiba kak cabai baru teringat peristiwa kena samun depan rumah kak cabai hari tu.... apa lagi kak cabai terus masuk gear, tekan hand break pecut tak tentu arah.
Tak tau kemana nak pergi, anak kak cabai belum keluar lagi. Ya ALLAH... masa tu Tuhan saja yang tau hati kak cabai ni. Kak cabai terus memandu samapai ke satu masjid kak cabai berhenti kat situ. Tangan dan kaki dah menggigil-gigil sebab takut, terkejut dan semuanya terjadi secara spontan. Kak cabai menangis masa tu dah tak ingat orang nak tengok ke apa ke semua tu dah penting . Satu yang kak cabai dok fikir nak pergi ambil anak kak cabai semula macamna??Lebih kurang 10 minit kak cabai dok fikir nak pergi ambil anak kat sekolah tu akhirnya kak cabai gagah juga pergi ke sekolah tu tapi tunggu dekat sikit dengan sekolah. Betul-betul depan sekolah. Kak cabai nampak kereta yang tadi ada kat situ. Tapi dia tunggu sekejap dia keluar dari kawasan menunggu kemudian dia datang balik lepas tu dia pergi entah kemana. Masa tu orang dah ramai datang tunggu anak masing-masing. Masa kak cabai tunggu tadi cuma ada kak cabai sorang saja. Sebab tu agaknya dia berani. Anak kak cabai keluar lambat pula hari, lepas dia naik je, kak cabai terus balik rumah tak singgah mana-mana pun. Nak pergi beli barang jahitan pun tak berani nak keluar.
Jadi mak ni bukannya mudah. Macam-macam ujian Allah bagi pada kita. Baik pada ibu maupun bapa. Anak-anak, mak cabai minta janganlah durhaka.. Daaaa....

7 comments:

Amirah Rashid said...

salam. alhamdulillah. syukur kak cabai x apa2 psl insiden tu.
and selamat menyambut anniversary kak cabai dgn husband. hehe ;D smoga bahagia and sihat selalu (:

padin said...

umm.. he he.. tu lah kan sekarang jenayah ada di mana2, appearance pon sekarang xdapat membezakan jahat atau tidak.. tgk je lah filem - filem, pembunuh upahan memakai pakaian serba indah.. xboleh nak beza dah...

zulkbo said...

salam kak cabai..
awat jadi lagu tu?
kalut tak tentu pasai..
dok syak ja kan?
sampai ketaq..heran gak
awat takk report polis jer?

kak cabai said...

Sabit dok syak hat baik la saudara kak cabai hampir kena tikam zul oii.. dia mai dok tanya jalan tu jalan ni tiba2 sua pisau. Nampak pelik je lebih baik blah je jangan sangka baik. Dah ketaq mana nk ingat polis.. nak balik rumah je la, lebih selamat. Thanks amirah rashid.

KASIH said...

hahh kak cabai.. amik anak jangan awal sangat.. anak saya keluar kul 1pm.... 5 minit sebelum tu baru saya keluar rumah.. biar ramai sampai Q.. jangan dok cangak sorang2..

KASIH said...

mujur.. kak cabai masuk gear tak sangkut.. hati2 selalu kak cabai..

mohanis said...

ishh tu laa zaman skang nih keje yg dulu org takut nk buat mcm2 dh ade skang xde takut2 dh. buang bayi, rompak, samun, bunuh, ragut, rogol, ari2 ader kuar tv kuar paper. nk bg budak2 tgk tv pun takutt! mintak simpang laa bnda2 xelok cmtu.