Monday, April 19, 2010

NOSTALGIA RUMAH SETINGGAN

ASSALAMUALAIKUM, sejahteralah semua sahabat kak cabai. Dalam kak cabai dok buat n3 yg lepas banyak pula cerita yg menyentuh hati kita ni kan. Kali ni kak cabai ada satu nostalgia agak silam tapi masih tak terpadam d ingatan ni. Pasal rumah setinggan ni sapa yg tak tau macamana kehidupan d sana mai kita kongsi cerita ni. Betoi punya cerita tau. Dulu kak cabai pernah juga merasa dok d area setinggan ni. Bukan rmh kak cabai tapi saudara mara kak cabai. Macam2 kes kt situ. Ada kes bunuh, merompak, mencuri, mengintai dan segala jenis yg negatif ada kat situ.
Kalau bab cakap2 kesat ni, duduk kt situ setengah hari dah pandai bawa balik ilmu tu semua. Apa saja yg tak berapa berkenan ada d situ. Namun Kak cabai bersyukur saudara kak cabai ni bukan jenis macam tu, walaupun sesekali ada juga terlepas kata2 tak sedap dengar ni tapi tak la kritikal sangat. Keadaan rmh papan yg berhimpit-himpit, bawah rmh semuanya berkaki panjang sebab rmh dalam selut. Bila air pasang kaki kita pun boleh pijak air bawah rmh tu. Byangkanlah bau kat situ camna... alamak..
Apa yg kak cabai kagum sangat org kat situ macam adik beradik saling memahami antara satu sama lain. Depa semua ambil tahu jiran2 samada makan ke, sakit ke tak d biarkan sendirian. Baguskan...Kebanyakannya bekerja kilang, kerja sendiri, berniaga dan macam2 la kerja tak hebat. Pelajaran pun tak la setinggi mana sangat. Tapi ada juga STPM. Maklumlah duit adalah perkara penting nk melanjutkan pelajaran masa tu. Hidup d situ memang daif. Kesian tau. Nak d jadikan cerita, suatu hari tibalah malaikat maut mencabut nyawa rumah setinggan tu.
Masa tu kak cabai ada d rmh mak kak cabai dgn saudara kak cabai yg dok d rmh setinggan ni la. Panggilan telefon ptg tu menyatakan rmh saudara kak cabai ni tengah d jilat apiii...Allahhu Akbar... Apalagi dia pun terus pergi rmh yang dok tengah nak hangus tu mencari mak dan ayahnya. 3 orang kakaknya dengan beberapa orang anak saudaranya. Alhamdulillah.. syukur tak terkata semuanya selamat.
Tau tak d sebalik situasi cemas tu ada satu kisah yg kak cabai tak pernah lupa sampai hari ni. Ada sorang mak cik ni dok angkut laa.. barang2 nak selamatkan harta ni, sementara api tu jauh lagi dari rmh dia. Dia pun dok jengok2 la juga suami dia dok angkat barang keluar. Maklumlah depa ni buka kedai runcit d situ, sayang la kan barang nk d biar hangus cam tu je... Nak tau, suami dia ni bukannya nak angkat barang kedai tu... rupanya dia dok cari seluar kechik dia, dok bilang berapa helai lagi tak cukup sat gi nak pakai...dok cari warna merah hijau biru kuning segala warna, dok tanya lagi makcik tu mana lagi sehelai seluar kechik dia ni.. laaaa.. mengucap panjang mak cik ni. Dia pun marah la suami dia ni.
"Abang oooii..., selamatkan duit tu dulu, seluar kechik tu nanti kita boleh beli lain yang baru, lagipun benda tu tak penting puuunn..." kalau kak cabai pun tension juga laaa... ada ka dalam cemas camtu masih teringatkan seluar kechik juga...Masya-Allah... Inilah antara nostalgia yg sangat berharga dalam memori kak cabai. Bila teringat je kak cabai mesti tersenyum sorang2. Apa pun pak cik tu sekarang dah arwah sebab sakit usus.
Semua penduduk kampung setinggan tu pun dah pindah rumah baru. Ada yg dah pergi Mekah, dah buat rumah banglo pun ada, buat biz berjaya, belajar sampai tinggi2 pun dah ada. Alhadulillah... Tak pa la.. kita cerita benda lain pula lain kali.... Daaa...

12 comments:

zulkbo said...

salam kak cabai
kenangan rumah setinggan
saya tak semapt mengalaminya
sebab byk dok rumah kedai di KL ni
sewa jer lah dulu..alhamdulillah dah 22 tahun dok KL ler ni..ada 2 biji rumah flat dah habis bayar..dalam proses nak beli tanah kat hulu langat bak bina sebijik rumah bawah pulak nanti..

kak cabai said...

zul, baguih la.. Tuhan limpahkan rezeki kat hang. Dok rumah elok2. Apa pun bersyukurlah rezeki Allah Taa'la.

atoyissan said...

uish..cm no nk buek..seluar kecik tu seluar peberet..tak dpt kat mana2 kot heheheheh..kelako la

Unknown said...

hakahak..sempat lagi pakcik tu..sayang sgt yer die kt sluar dlm die.. :)

windi said...

sempat lagi carik seluar kecik ya. ada sentimental value kut. haha.

kak cabai said...

bukan apa windi, masa tu dia panik. tapi mungkin betul juga kata windi...

FizwaN said...

Kak Cabai..sy dulu masa kecik2 mmg membesar kat kawasan setinggan di Ipoh. Huhuhu..mmg mcm ape yg kak cabai cite kat cni,lg2 bila rumah terbakar..mmg panik abis la sbb rumah rapat2 pastu kebanyakkan rumah setinggan rumah papan, sebuah terbakar mmg melarat smpi dua tiga rumah..kalau x padamkan api tu,silap2 sekampung hangus,tp..nostalgia tinggal di setinggan mmg xdpt dilupakan dan memberi pengajaran tentang kehidupan,betapa kesusahan dan kepayahan yg perlu ditanggung..bukan semua org inginkan hidup di kawasan setinggan yg banyak kekurangan tu,mandi air telaga/lombong..jln pasir/tanah liat je & mcm2 lg..tp,atas desakan hidup & keadaan yg x mengizinkan..kena jugak mengharungi hidup di kawasan setinggan, jd..walau byk tanggapan negatif bg insan-insan di setinggan ni,kita perlu beri ruang & menghayati kehidupan mereka...oppss,terlebih sudah..pjg lak komen kat cni,jumpa lg kak cabai :-)

Amirah Rashid said...

kenangan mcm ni mmg susah nk lupakan kan? :)

annfrendly said...

salam kak cabai..
pengalaman yg amat berharga..
bukan semua orang berpeluang melaluinya...
tapi bagus kan sebab komuniti disana rapat..
wah.. ada yg dah ada bunglow.. bertuahlah mereka.. dari tinggal di setinggan ada rezeki dan berjaya mempunyai rumah idaman :)

zella y said...

salam kak cabai...

sy pon ade kwn duk umah setinggan tp skrg dh pindah ke rumah yg di sediakan...

nich said...

kak cabai.. kelakar cite ney.. tapi last skali sedey sbb akak cakap arwah da meninggal.. huhu

KASIHARTQUILT said...

teringat saya pada sorang mak chik ni.. rumah setinggan dia terbakar.. ayam piru dan burung merpatinya tak sempat dia nak lepaskan.. habis semua jadi bbq dalam sangkar.. mak chik tu sekarng ada lagi.. dah jadi hajjah pun melancung sampai oversea..