Friday, April 16, 2010

SAHABAT KAK CABAI KENA DERA

ASSALAMUALAIKUM, ada sorang sahabat kak cabai ni masih muda, cantik suka pakai seksi2. Siapa yg tengok dia mesti ingat dia masih anak dara. Kulit hitam manis anak kelahiran pantai timur. Suami dia org berniaga. Agak lumayan juga hidup dia. Ada sorang anak baru nk masuk 2 tahun. Dia bela sorang ank tiri dlm umur 5 tahun. Ada sorang bibik.
Kak cabai selalu juga sembang dgn dia. Kadang2 tempah baju dgn kak cabai. Tapi sesuatu yang tak di sangka suatu hari, kak cabai ternampak dia dikasari oleh suaminya, yang tersayang ke?....Entahlah.. Selama hidup kak cabai inilah kali pertama kak cabai tengok dengan mata sendiri orang buat kerja gila tu. Terkedu kak cabai tak terkata apa-apa. Macam kaku seluruh tubuh ni. MasyaAllah.. Rupa-rupanya memang ada masaalah dlm rumahtangga depa. Memang tak di nafikan semua rumahtangga ada masalah. Kak cabai tak terkecuali, cuma kita kena fikir dgn akal bukan dgn nafsu amarah.
Kak cabai kesian sungguh dgn sahabat kak cabai ni. Ada ka patut laki dia tarik rambut dia sampai kt luar rumah, lepas tu tumbuk muka dia, sambil bini dia dok dukung anak, dgn anak tu pun dia tumbuk juga. Kak cabai serba salah nak p tolong ka x p tolong???.. tak tau nak buat keputusan masa tu.. ya la.. first time tengok part tu dlm hidup. Kalau kak cabai p sat gi dgn kak cabai sekali dia belasah, mampoih aku....nk buat cam na ni....
Bibik dia pun tak leh nak buat apa. Tengok je, sambil dia pun dok usaha nak ambil anak tu. Kenapa lelaki macam tu???.. dia tak tau ka masa bini dia nk lahirkan zuriat dia nyawa bagaikan di hujung tanduk. Kenapa tak ada belas kasihan. Sahabat tu dok melawan sedaya upaya dan akhirnya dia dapat melepaskan diri terus pergi buat report polis.
Esok tu kak cabai p tengok dia, habih lebab muka dia. Kesian sangat. Ingatkan bila polis dh masuk campur dah tak ada lagi kes tu, selang beberapa hari hal yg sama terjadi lagi. Kadang2 tengah malam pun dok dengar sahabat ni dok menjerit-jerit suruh cerai la, jagan pukul lagi la, hantar aku balik la, macam-macam...
Bila di tinjau2 rupanya suami dia tu ada ramai pompuan lain kat luar. Suka enjoy macam orang bujang tak ada anak isteri. Mahu tak mengamuk sahabat ni. Isteri ni ialah isteri yang ke-5. Ye la.. kawin cerai, kawin cerai. Saudara suami dia tu rupanya semua ada isteri lebih dari satu. Haa... terlopong kak cabai, bapa dia pun sama. Nak cakap apa lagi... Dah takdir agaknya sahabat kak cabai jadi macam tu. Macam biasalah kak cabai boleh kata bersabar aje lah.
Kak cabai harap sangat rumahtangga kita semua baik2 sahaja. Petua untuk kekal berumahtangga ialah BERSABAR.. DAN FAHAM TANGGUNGJAWAB MASING-MASING. Yang baru kawin 2,3 bulan tu lagi kena banyak bersabar. Tak pa la.. nanti kita cerita pasal lain pulak no.. Daaa...

5 comments:

shameel Iskandar said...

Melafazkan aku terima nikahnya amatlah mudah. Tapi melaksanakannya amatlah sukar.

Tnetang isteri yang dikhinati oleh sumai curang ada saya paparkan dalam cerpe nsaya yg disirkan dalam mingguna wanita bertarikh 1-7.jan.2020. atau terus sana ke sini

http://bicaradariaku.blogspot.com/2010/01/puteri.html


Tentang erti rumahtangga yang diberkati ada saya paparkan dalam cerpe nsaya yang disirkan dalam berita minggu (nstp) pada bulan April 2008. Terus sahaja ke sini

http://bicaradariaku.blogspot.com/2010/01/mencari-habil.html

zulkbo said...

salam kak cabai..
tak reti nak komen lagu mana
rasanya masaalah rumahtangga depa..polis report pun dah di buat..agak tak sanggup pi ke mahkamah syariah dan failkan tuntutn cerai..tak guna hidup lagu tu..menyiksa tubuh badan ja..

Amirah Rashid said...

sorry to hear psl kwn kak cabai ni. smoga dye bersabar. and ambil tindakan yg sepatutnya.

kak cabai said...

itu la kak cabai pun heran kadang2 bukan main baik... tapi bila setan dh masuk perut.. x tau nak kata laaa....

Lin Creshk said...

memang tak patut.....