Wednesday, February 10, 2010

Kak cabai dan kain batik

Selamat pagi semua... masih berkain batik ke?? apa??? tak mandi lagi??
uhhh..anak dara sekarang suka mandi lambat.. hikhikhik.. dulu kak cabai pun suka mandi lambat jugak.. sebab rumah kak cabai tak ada air.. alasan yang boleh di pakai... yes!!
Ibu-ibu yang dah mandi tu dah pergi pasar ke..nak masak apa lunch nanti..
kak cabai nak masak yang ringkas-ringkas sahaja..maklumlah kak cabai kan superwomen..nak kejar sana sini.. nak kutip budak-budak di sekolah lagi.. masa itu emas...
faham-faham la, jalan di KL ni..sibuk memanjang.. kak cabai benci jalan yang sesak..
benci! benci! benci!
Kak cabai kalau benci sesuatu..muka kak cabai akan bertukar.. akan jadi lebih anggun dan lemak berkrim.. hukhukhuk... kak cabai macam tak betul pulak pagi ni... :p
mungkin terlebih makan cokodok jam 7 tadi rasanya...
Tadi masa kak cabai tengah mengemas lemari kak cabai .. nampak macam banyak pulak kain batik kak cabai.. maklumlah dulu kak cabai tinggal di Terengganu.. jadi banyak la koleksi kain batik kak cabai.. macam-macam warna ada..
anak dara sekarang masih berkain batik ke? jawapannya dah tentu la tak.. anak dara sekarang dah jarang sangat nak berkain batik... semuanya lebih selesa pakai seluar.. senang nak bergerak.. betul tak? Selama kak cabai tinggal di KL ni.. tak nampak pun anak dara kita yang berkain batik.. Mak anak dara dengan nenek anak dara ada la... tapi kalau di kampung kak cabai, masih ada anak dara yang pakai.. tapi tak sama macam zaman kak cabai dulu-dulu.. semua anak dara berkain batik ..ayu gitu.. auuwww..
Bawah ni ada fakta tentang asal usul batik.. kena baca ni..
esok orang tanya tak ada le terkial-kial nak jawab...
  • Batik berasal daripada bahasa Indonesia. Perkataan tik bermaksud menitik atau menulis titik-titik. 'Ambatik' pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik.
  • Suatu ketika dahulu, orang Melayu menggunakan ubi untuk mengecap batik tetapi kini perusahaan batik menggunakan mesin.
  • Di Malaysia batik mula diperkenalkan di Kelantan sejak 1910 dan banyak perusahaannya dijalankan di rumah.
  • Dua motif utama batik ialah alam semula jadi seperti awan larat, bunga dan haiwan. Motif geometrik pula seperti segi tiga, segi empat dan segi enam.

*Anak buah kak cabai.. suka jadikan kain batik sebagai selimut... sejuk katanya....

6 comments:

IntanBerlian said...

kak! saye pon suka pakai kain batik.sejuk je.huhu.. memang selalu gak pakai kain batik. saye rs cm pom mlayu terakhir plak.hehe...

Dak Wan® said...

Teman pakai baju batik kain kapas tu selesa ah... memang kena dengan cuaca panas kat Malaysia nih...

yanadzul said...

kak cabai jadilah yana sbg kawan blogger ok..
yana time dlm pantang ja cari kain batik..hihi

kak cabai said...

bellarossa..sedap nama tu.. masih berkain batik yer... memang!! mana-mana wanita yang berkain batik memang akan jadi perempuan melayu terakhir.. kak cabai pun macam tu.. auww ayu..

kak cabai said...

dak wan.. pakai baju batik kain kapas...uuihh.. mesti hensem gila..

kak cabai said...

yanadzul..kak cabai pun pakai jugak kain batik masa dalam pantang.. selesa nak bertunku...