Wednesday, March 10, 2010

Bunga telur -masih diingat atau sudah diupakan..



Selamat pagi wahai semua rakan kak cabai, dah sarapan? sarapan apa yer pagi ini?
kak cabai harap semua kenalan kak cabai sihat serta dilindungi olehNYA. Musim sekarang cuaca tak menentu jadi sentiasalah minum air masak selalu. kurangkan air ais yer..

Cuti sekolah hampir tiba. Ada yang balik ke kampung? Pasti ramailah kaum keluarga yang nak buat kenduri kahwin. Apakah cerderahati untuk tetamu? sudah bersediakah dengan semua kelengkapan majlis perkahwinan. Sekarang ini cenderahati boleh saja di beli. Masa dah berubah ramai yang memilih cara senang dengan membeli sahaja dari membuat sendiri. Perlu diingat beli sesiapa pun boleh membeli, siap duit saja. Kalau buat sendiri, kita akan berasa puas kerana hasil kerja tangan kita jadi kenangan untuk tetamu. Jadi buatlah pilihan yang tepat.


Bunga telur..
Sekarang ini masih ada ke kenduri kahwin yang sediakan buanga telur? Kak cabai rasa sudah agak kurang cenderahati dari bunga telur. Walaupun cenderahati seperti coklat, kotak yang berisi kueh, bunga sabun dan sebagainya menjadi pilihan, tetapi bunga telur janganlah kita lupa. Setiap perkahwinan cara melayu mesti ada bunga telur, tak banyak sikit pun jadilah sekadar ambil syarat. Kak cabai rasa sesuatu majlis perkahwinan itu kalau tak ada bunga telur macam tak tak berseri pulak. Jadi, jangan lupa bunga telur yer...

Sedikit hiasan bunga telur di hadapan pelamin pun sudah memadai.


10 comments:

Cendana Kasih said...

Kalo pegi kenduri kawin, tak dapat bunga telur, mcm tak best jer.. tren sekarang ni dh lain plak..ada bagi telur pindang dan telur masin..kalo lebih duit, bolehlah buat sume tu kan....

teringat masa kecik2 dulu, kalo pegi kenduri dan dapat banyak telur, bila balik umah, mak akan buat sambal/masak kari. Lepas jugak lauk untuk hari tu...sedap !!!!

Unknown said...

cantek la pelamin tersebut.. tapi kena ada ruang yang besaqqq

umah saya ruang kecik ja.. memang mimpi la nak buat pelamin lagu tu Y.Y

Elly Emmy said...

salam
memang pun kenduri sekarang jarang2 jumpa bunga telur.. selalu dapat coklet atau brg cenderahati.. okey jugak brg cenderahati.. kena yg comel tu, boleh simpan buat perhiasan.. tapi tu laa.. tak da bunga telur mcm kurang seri gitu..

Amirah Rashid said...

betl tu, kalau xde bunga telur, mmg mcm xcomplete. sbb tu mmg adat kite en. tp mira segan nak pegi salam pengantin amek bunga telur. hihi :D
erm, myb dah semakin dilupekan sbb yg lain lg sng & jimat nk buat.

Rash said...

klu ikutkn muda mudi skang ni mmg lelame hilangla tradisi bunge telur tp klu ikutkn mak2 bakal pengantin, bunge telur mmg wajib utk wedding.. klu xde rase ade benda yg xlengkap plak..

kak cabai said...

norma..telur banuyak buat sambal tumis telur.. sedap! kak cabai suka goreng dulu telur tu.. bagi warna coklat sikit baru letak dalam sambal.. nyum nyum..

kak cabai said...

wawan..memang cantik pelamin tu..tapi tu pelamin kak cabai google.. kalau ruang kecil.. boleh buat kat luar.. nahh besarkan.. :)

kak cabai said...

wawan.. cenderahati coklat pun ok gak.. budak-budak la sukaa.. tapi bunga telur kena ada sikit.. baru cun plus seri..

kak cabai said...

amirah.. hihihi kena jugak ada.. ooo kena p salam pengatin ke baru dapat bunga telur.. kat kampung kak cabai tak salam pun dapat.. wakil banyak.. selalunya anak2 buah kak cabai la yang jadi wakil bagi bunga telur.. kalau ada yang tak dapat rasa mcm tak best pulak sbb tuan rumah dah niat nak bagi kat tetamu.. :)

kak cabai said...

rash.. memang rasa janggal kalau tak ada bunga telur.. mahu tak mahu kena ada juga..baru boleh kahwin!! hhaha.. teringat masa zaman kak cabai bunga telur penuh pelamin.. ramai saudara tolong belikan.. kak cabai pun seronok saja nak kahwin.. auwwww!hahaha