Tuesday, March 2, 2010

Anak stres, siapa yang tahu..

Salam untuk pengunjung blog kak cabai, Semenjak 2 3 hari ni kak cabai agak lambat nak buat post untuk blog ni.. sibuknya kak cabai sorang ni..

Cuaca sekarang ni sangat panas, kalau kita yang dewasa ni memang stres dengan cuaca, kerja pejabat, hutang dan macam-macam lagi, macam mna pula kalau anak kecil kita yang stres.. boleh ke dia beritahu yang dia tengah stres?
"Mama.. adik stres la!!"... bijaknya.. anak sapa lah tuuu

Ohhh huhuukhukk
Gambar hiasan

Apakah tanda-tanda bila anak anda menjadi stres.. bolehkah anda mengenal perubahan pada diri dan tingkah lakunya dari awal...Jom! kak cabai nak berkongsi dengan anda semua wahai pembaca yang mempunyai anak atau tidak.. mari kita baca..

Tanda-tanda anak stres

  1. Tidak terlalu banyak bercakap seperti biasa. Dia juga akan mengelak untuk bercakap dan tidak mahu menjawab soalan anda.
  2. Sukar tidur. Dia tidak mahu tidur walaupun sudah smpai waktu kebiasaan tidur.
  3. Tidak mahu makan. Dia tidak berselera sama sekali.
  4. Terkencing tempat tidur atau lain-lain tempat. Biasanya anak yang mengalami tekanan akan melakukan apa saja tanpa mamikirkan risikonya.
  5. Suka menengking adik beradik yang lain. Dia sedang marah dan orang sekelilingnya akan menjadi mangsa.
  6. Mengasingkan diri. Biasanya anak yang mengalami tekanan suka menjauhkan diri, seolah-olah merajuk. Ketika ini dia merasakan semua orang tidak menyayangi dan menyukainya.
Pernahkah anak anda mengalami situasi begini?
atau
Pernahkah anda sendiri yang mengalami tekanan seperti ini..
hmm.. sukar pula kalau perkara No 4 terjadi pada orang dewasa.. takut nanti diketawakan pula.. hahaha...

Sayangilah anak anda.. berilah perhatian yang lebih kepadanya.. kerana dia masih muda..



5 comments:

Amirah Rashid said...

xde anak lg.
hehehehe
but still a good info to share with :)

|| NaFiRaa || said...

info yang sgt berguna..mekasih ya!!:)

kak cabai said...

amirah..yes!! good info .. jadikan panduan ..esok dah ada anak senang nak jaga..betul tak?

kak cabai said...

nafira... sama-samalah kita kongsi...

Amirah Rashid said...

betul betul betul *gaya upin ipin :P
but, mira baru 18 kot
hehe