Monday, May 24, 2010

IBU DAN BAPANYA MENJADI BABI


ASSALAMUALAIKUM
Beberapa hari yang lepas kak cabai cuma masukkan entri tentang kelebihan dan faedah mengamalkan zikir Asma Ul Husna sahaja. Sebenarnya bukan tak ada idea nak tulis entri tapi sekali sekala baik jugalah kita berkongsi apa yang sepatutnya menjadi amalan kita seharian. Insya-Allah berkat dengan zikir itu moga-moga rahmat Nya datang mencurah-curah kepada kita. Amin.
Kak cabai akan sambungkan lagi kelebihan mengamalkan zikir itu pada entri yang akan datang. Untuk hari ini kak cabai nak bercerita kisah zaman-zaman para sahabat terdahulu. Bukannya apa kisah-kisah macam ni kalau kita selalu ingat mudah-mudahan akan memberi sedikit keinsafan dalam diri kita dan juga akan menjadi panduan kita bersama dalam menjalani hidup yang penuh dengan ujian dari Nya. Kak cabai percaya ramai antara kita dah tahu cerita pasal ibu dan bapanya menjadi babi ni kan... tapi mungkin ada juga yang tak tahu hal ini dan yang paling penting apa yang kak cabai nak pedaskan lagi ialah tentang ketaatan seorang anak kepada ibu bapanya.
Kisahnya Nabi Musa pernah bertanya kepada Allah siapakah orang yang akan berjiran dengannya di syurga nanti. Setelah Allah Taala mengatakan orang itu siapa dan di mana dia tinggal maka Nabi Musa pun pergi ke tempat itu. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk lalu Nabi musa pun sampailah ke tempat yang di tuju itu. Setelah memberi salam lalu beliau pun dipersilakan masuk dan duduk oleh tuan rumah itu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa malah dia meninggalkan Nabi Musa seorang diri di situ. Dia terus masuk ke dalam bilik dan mengambil seekor babi betina lalu dibawa untuk dimandikan. Setelah itu dia lapkan babi itu sampai kering dan dipeluk dan diciumnya kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar pula dengan membawa seekor babi jantan yang agak bersar sedikit dari tadi lalu dia pun melakukan perkara yang sama pada babi jantan itu. Dia peluk dan cium babi itu dan menghantar semula ke dalam bilik. Setelah itu barulah dia keluar untuk melayan Nabi Musa. Nabi Musa sangat hairan dengan kelakuan pemuda itu. Apakah ini orangnya yang akan berjiran dengan beliau semasa di syurga nanti, bisik hati beliau.
Nabi Musa pun bertanya kepada pemuda itu apakah agamanya? Jawab pemuda itu agamanya agama Tauhid iaitu Islam. Jika begitu kenapa pula pemuda itu membela babi? Soal nabi Musa lagi. pemuda itu pun menjawab kepada Nabi Musa bahawa kedua-dua ekor babi itu adalah ibu bapanya. Oleh kerana dosa yang mereka lakukan maka Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi. Tentang dosa mereka itu adalah urusan mereka dengan Allah. Tapi tanggungjawabnya sebagai seorang anak adalah wajib menjaga ibu bapanya dalam keadaan apa sekali pun rupa ibu bapanya. Masya-Allah... mulia sungguh hati seorang anak yang soleh ini. Kak cabai dah baca banyak kali kisah ini namun setiap kali kak cabai baca kisah ni maka sebak selalu terasa. Kadang-kadang gugur air mata sebab terkenangkan hari ini ramai anak-anak yang durhaka pada ibu bapa dan ada pula sampai bunuh ibu bapa sendiri. Nauzubillah min zalik....
Setelah itu pemuda itu pun berkata lagi pada Nabi Musa bahawa dia selalu berdoa pada Allah supaya Allah mengampunkan dosa kedua ibu bapanya dan memohon semoga Allah perkenan menukarkan rupa ibu bapanya kepada wajah yang asal namun doanya belum lagi dimakbulkan. Maka pada ketika itulah Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa bahawa itulah orang yang akan berjiran dengan beliau semasa di syurga nanti. Hasil dari kasih sayang yang sangat tinggi pada kedua ibu bapanya walaupun mereka berdua sudah menjadi buruk begitu dia tetap berbakti pada mereka maka Allah menaikkan maqamnya menjadi anak soleh di sisi Allah Taala.
Oleh kerana dia telah berada di maqam anak soleh di sisi Allah, maka Allah angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang Allah sediakan di dalam neraka telah Allah pindahkan ke dalam syurga. Subhanallah.... begitulah kasih sayang Allah Taala kepada hamba-hambanya yang sentiasa berbakti kepada ibu bapa mereka.
Jadi marilah kita sama-sama bermuhasabah diri. Kak cabai pun mengingatkan diri kak cabai sendiri tentang tanggungjawab kita pada ibu bapa kita sementara hayat mereka masih ada dan yang telah tiada ibu bapa tu jangan ingat kita dah tak perlu berbakti pada mereka lagi, ingat, kita sebenarnya wajib berdoa pada ibu bapa kita walaupun mereka telah tiada. Betoi kann??
Doa anak yang soleh itu akan membantu kedua ibu bapa mendapat tempat yang lebih baik di akhirat kelak. Kasih sayang pada mereka bukanlah bererti kiriman wang setiap bulan untuk mereka apa yang lebih penting adalah ingatan kita pada mereka dan kasih sayang yang melimpah ruah pada mereka berserta doa dari seorang anak itu yang paling afdal.
Doa kak cabai pada ibu dan ayah kak cabai semoga mereka sentiasa di kurniakan rahmat Allah Taala di dunia sampai akhirat. Amin... ok, jadilah iktibar dan panduan dari kisah ini untuk kita hadapi karenah ibu bapa kita. Semoga Allah akan mentiasa memandang pada kita dan mendengar doa-doa kita amin... daa...

4 comments:

econpolics said...

subhanallah,,,,saya pernah terbaca cerita ni zaman kecik2 lu,,

tapi tak bape ingat,,,huu

terkenang kat mak ayah,,,


tq kak cabai

Cromirama Elcy said...

rockers pernah baca cerita ni... amat menginsafkan...
rockers sayang ibu bapa rockers yang rock seperti rockers...hehhehe... - rockers

kak cabai said...

ye la kisah2 macam ni org jarang nak baca tapi kisah dongeng cenderella, rapunzel, godillock tu semua orang tau..

Nurul said...

salam, terima kasih kak cabai berkongsi cerita ni.. semoga kita semua menjadi anak y soleh dan solehah. amin

saya tahu 5 perkara yang kamu kejar-kejarkan!