Saturday, May 22, 2010

AGUNGNYA ASMA UL HUSNA 3 (AR-RAHIM)

ASSALAMUALAIKUM
Kak cabai nak sambung pasal nama-nama Allah yang maha agung hari ini ialah nama yang ke3-iaitu Ar-Rahim yang bermaksud maha penyayang.
Ar-Rahim, Yang Maha Mengasihani lagi Maha Penyayang. Antara kelebihan jika kita mengamalkan zikir Asma' ini yang dapat kita ambil sedikit pengetahuan ialah,

1)Melembutkan hati
Baca Ya Allah Ya Rahim 100 kali sehari atau lebih selepas solat fardu, dengan izin Allah hati kita akan menjadi lembut dan akan menyayangi orang lain.

2)Menjauhi bahaya
Baca Ya-Rahman Ya-Rahim 100 kaili jika takut sesuatu yang buruk akan menimpa, dengan izin Allah Dia maha melindungi.

3)Menjadi terkenal
Baca 100 kali selepas solat subuh semoga kita akan disayangi orang sekeliling.

4)Menjauhi kesesatan
Baca Ya-Rahman Ya-Rahim 100 kali setiap hari dengan izin Allah kita tidak akan disesatkan.

Untuk kali ini cukup dulu buat renungan kita bersama. Maga dapatlah kita amalkan yang zikir nama-nama agung ini. Semoga dengan izinNya kita mendapat keberkatan dalam hidup dunia dan akhirat. Amin.. daa....

4 comments:

econpolics said...

insyAllah,,akan d amalkan,,,tq

zulkbo said...

salam kak cabai

terima kasih kongsi ilmu
pagi ni..moga kita semua di rahmati-NYA

Anonymous said...

ehem..rasenye..shahir menang x malam ni?

najihah said...

apa yg saya ingat time belajar agama kat sekolah dulu,ust kata ade perbezaan antara rahman dan rahim..

rahman ni utk semua umat tak kiralah islam atau tak..cthnya Allah bg rezeki kat semua kan tanpa mengira die muslim atau tidak..

rahim ni plak khusus pada umat islam yg mu'min shj.......

apapun,tq atas peringatan juga ilmu bermanfaat!

kak cabai org kedah ka? cek baru balik menuai padi..heheh