Monday, March 22, 2010

Beri anak anda makan ikan..



Salam semua..
sihat ke? alhamdulillah kak cabai masih lagi diberi kesihatan yang baik..
lama juga ya kak cabai tak buat entry... malas tu tak.. cuma kak cabai ada masalah dengan lappy kak cabai.. bila kak cabai nak buat entry mula la ada masalah.. benda-benda macam ni memang menguji tahap kesabaran kak cabai.. "sabar cabai..sabarr".... itu kata-kata dari kak cabai... kena banyak bersabar.. malam ni kak cabai rasa macam dah tak ada masalah dengan lappy ni.. boleh menaip dengan lancar pulak pagi-pagi ni.... harap tiada gangguan.. :)
Kali ni kak cabai nak berkongsi tip kesihatan untuk kita dan anak-anak kita..
Mahu tak otak anak anda jadi cerdik? mesti mahukan.. setiap ibu bapa pasti mengharapkan anak-anak mereka mempunyai IQ yang bagus. Kak cabai pun apa kurangnya. Ramai ibubapa sekarang suka memberi anak-anak mereka makan ayam goreng dan makanan segera lain. Bukan tak boleh makan.. bolehhh... tapi jangan makan selalu.. sebab nanti otak akan tumpul.

Jika dibandingkan antara harga ayam dan ikan yang mana lebih mahal? ( pandai-pandailah kira sendiri yer..) Tapi jika anak mahu anak anda bijak pandai, anda perlu melabur dengan memastikan mereka makan ikan setiap hari. Makan ikan 10 gram setiap hari boleh menajamkan minda. Fakta ini datangnya dari Norway yang mana rakyatnya selalu makan salmon dan kod. Saintis percaya kandungan asid lemak omega 3 yang kaya dalam salmon dan mackerel memiliki kaitan dengan tahap kecedasan minda..


google search


Kak cabai tertanya-tanya.. kalau makan ikan kembung dan ikan sungai adakah kandungan ikan itu sama macam ikan di Norway tu??
Tapi ikan keli dan haruan bagus tau... kak cabai selalu makan.. goreng pun sedap!!



4 comments:

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ said...

betul tu..ikan mmg bagus..lebih2 lagi kalau nak amek exam..bagi makan ikan dengan kerap..
kak cabai..kite pon suke makan ikan keli..kalau tuang kuah pecel lagi la sedap..hehe

KASIHARTQUILT said...

ikan pekasam.. apa khasiatnya kak cabai?

KELI OH KELI said...

kak cabai...mai tgk info pasal ikan kat sini mai...

Murky said...

ikan keli paling saya suka sekali kak cabai.. tapi yang jenis makan dedak arr..isi dia manis..yang makan perut ayam rasa hanyir..huhuu