Saturday, May 22, 2010

AGUNGNYA ASMA UL HUSNA 3 (AR-RAHIM)

ASSALAMUALAIKUM
Kak cabai nak sambung pasal nama-nama Allah yang maha agung hari ini ialah nama yang ke3-iaitu Ar-Rahim yang bermaksud maha penyayang.
Ar-Rahim, Yang Maha Mengasihani lagi Maha Penyayang. Antara kelebihan jika kita mengamalkan zikir Asma' ini yang dapat kita ambil sedikit pengetahuan ialah,

1)Melembutkan hati
Baca Ya Allah Ya Rahim 100 kali sehari atau lebih selepas solat fardu, dengan izin Allah hati kita akan menjadi lembut dan akan menyayangi orang lain.

2)Menjauhi bahaya
Baca Ya-Rahman Ya-Rahim 100 kaili jika takut sesuatu yang buruk akan menimpa, dengan izin Allah Dia maha melindungi.

3)Menjadi terkenal
Baca 100 kali selepas solat subuh semoga kita akan disayangi orang sekeliling.

4)Menjauhi kesesatan
Baca Ya-Rahman Ya-Rahim 100 kali setiap hari dengan izin Allah kita tidak akan disesatkan.

Untuk kali ini cukup dulu buat renungan kita bersama. Maga dapatlah kita amalkan yang zikir nama-nama agung ini. Semoga dengan izinNya kita mendapat keberkatan dalam hidup dunia dan akhirat. Amin.. daa....

Friday, May 21, 2010

AGUNGNYA ASMA UL HUSNA 2 (AR-RAHMAN)

ASSALAMULAIKUM
Kak cabai nak sambung Asma yang ke-2 hari ini iaitu Ar-Rahman- Maha Pemurah.
Antara kelebihan dari Asma ini pernah kak cabai dengar melalui radio dari seorang ustaz dan melalui pembacaan buku-buku Asma Ul Husna ialah:-

1) Beroleh rahmat
Baca Ya Allah Ya Rahman 298 kali selepas solat subuh, dengan izin Allah kita akan beroleh rahmat dari Allah. Selain dari itu jika kita mengamalkannya beberapa kali selepas solat subuh kita juga akan terhindar dari ketidakadilan dan juga dari kezaliman.

2)Beroleh daya ingatan yang kuat
Jika selalu mengamalkan membaca Ya Allah Ya Rahman 100 kali selepas solat fardu dengan izin Allah kita akan sentiasa dapat memberi tumpuan pada apa yang kita pelajari, kita juga akan di sayangi orang sekeliling dan hati kita akan menjadi mulia.

3)Supaya anak rajin belajar
Baca kalimah Ya Allah Ya Rahman 5 kali pada air minuman anak-anak dan pastikan mereka minum air tersebut. Ini sebagai ikhtiar untuk perbaiki kelemahan anak segalanya dengan izin Allah jua.
Pastikan anda tidak lupa untuk memulakan dengan Bismillah serta selawat dan akhiri dengan selawat juga.

Semoga kita mendapat manafaat dari nama Allah yang maha agung ini. Ilmu yang kita dapat eloklah kita mengamalkannya. Tak rugi apa-apa pun jika ianya menjadi amalan kita setiap hari malah akan menambahkan lagi iman kita kepada-Nya. Amin... daa....




Thursday, May 20, 2010

AGUNGNYA ASMA UL HUSNA

ASSALAMUALAIKUM.
Salam sejahteralah buat semua pengunjung blog kak cabai ni. Alhamdulillah hari ni Tuhan kurniakan umur sehari lagi untuk kita berada di muka bumi ini. Moga-moga Allah Taala memberkahi apa jua amalan kebaikan kita seharian. Mohon Allah Taala jauhkan segala perbuatan keji. Amin...
Hari ni kak cabai rasa sangat teruja untuk berkongsi nama-nama Allah Taala bersama anda semua. Asma Ul Husna adalah nama Allah Taala yang tidak ada keraguan padanya untuk kita mengamalkan. Banyak faedah yang akan kita perolehi dari zikir ini. Setiap satunya ada khasiat dan fadhilatnya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi untuk tujuan membersihkan jiwa kita dari segala perasaan jahat, dengki dan seumpamanya. Zikir ini juga akan membersihkan hati kita dari berperangsaka buruk terhadap ketentuan Ilahi. Insya-Allah jika kita selalu mengamalkan zikir ini segala dugaanNya akan dapat kita hadapi dengan tenang dan sabar.
Dari pengalaman kak cabai sebelum kita mengamalkan mana-mana zikir ini adalah amat baik dan sangat di sarankan agar kita mulakan dengan Bismillah serta selawat 10 kali. Selepas berzikir dengan nama-nama Allah ini akhiri dengan selawat 10 kali juga. Insya-Allah Tuhan akan memperkenankan niat suci dari hati kita. Para wali mengatakan apabila kita membaca selawat, malaikat mendatangi kita untuk menyampaikan pesanan kita kepada Allah Taala tetapi jika kita terlupa membaca selawat, pesanan itu akan tertinggal di dunia. Selawat ini hendaklah dibaca sekali atau 10 kali atau 100 kali sebelum dan selepas membaca nama-nama Allah ini.
Hari ini kak cabai nak kongsikan zikir yang pertama iaitu ALLAH.
1) Doa dimakbulkan
Jika dibaca YA ALLAH 5000 kali setiap malam dengan penuh khusyuk. dengan izin Allah apa saja yang diinginkan akan dimakbulkan. Pastikan perbuatan anda selari dengan doa anda kepadaNya.
2)Menyembuhkan Penyakit
Jika seseorang yang sakit dan tidak ada harapan untuk sembuh baca YA ALLAH 1100 kali di antara waktu Asar dan Maghrib selepas membacanya bacalah Al-Fatihah dan hembus ke dalam air untuk diminum. Insya-Allah dia akan merasa lega.
3)Menghilangkan Rasa Ragu-Ragu
Sesiapa yang membaca YA ALLAH 1000 kali sehari setiap hari, Insya-Allah segala keraguan yang ada dalam hatinya kan hilang. Menyebut kalimah ini akan menguatkan semangat dan memberi kejayaan kepada jiwa pengamalnya.
4)Mendapat Maruah Yang Baik
Baca YA ALLAH 66 kali lepas tiap-tiap solat fardu selama 66 hari, Insya-Allah anda akan di hormati dan disukai orang. Kehidupannya akan di penuhi dengan kebaikan yang banyak dan kalimah ini hendaklah dibaca dengan iman yang teguh dan penuh keyakinan. YA ALLAH YA HAYYU merupakan bacaan yang akan menambahkan iman kepada ALLAH SWT.
5)Beroleh Keselamatan
Baca YA ALLAH beberapa kali setiap hari, Insya-Allah anda akan selamat dan rumah anda terselamat dari banyak kejahatan...

Cukup dulu untuk kali ini Insya-Allah kak cabai akan kongsikan lagi nama-nama Allah yang maha agung ini untuk kebaikan kita bersama di dunia dan akhirat. Sumber- sumber ini kak cabai petik dari beberapa buah buku Asma Ul Husna yang kak cabai telah baca dan mengamalkannya. Jika sudah mendapat ilmu eloklah kita mengamalkannya kann... Takut-takut esok Allah Taala tanya tentang ilmu yang kita perolehi apa yang telah kita perbuatkan dengannya jika tidak mengamalkannya, bimbang pula kena balun dengan Allah Taala. Oklah, semoga kita mendapat sedikit ilmu hari ini dan amalkannya. Moga perjalanan kita menuju kepadaNya akan diberkati. Amin... daaa....

Friday, May 14, 2010

IMPIAN KAK CABAI HAMPIR MENJADI


ASSALAMUALAIKUM. SALAM SEJAHTERALAH HENDAKNYA SEMUA PENGUNJUNG BLOG.
Kak cabai sangat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana impian kak cabai untuk membuka sebuah laman perniagaan bakal menjadi kenyataan tak lama lagi INSYAALLAH. Ingat lagi tak beberapa lama dulu kak cabai ada juga dok minta pandangan anda semua dalam entry kak cabai yang lepas pasal nak berniaga online? Pandangan anda semua amat kak cabai hargai dan sangat berterima kasih. Semua panduan tu kak cabai ambil perhatian dan sangat bernilai bagi kak cabai.
Mungkin dalam seminggu dua lagi kak cabai akan publishkan blog terbaru kak cabai tu. Ada juga kadang-kadang tu kak cabai buat blogwalking atau tinggal komen tersasul guna alamat blog baru tu. Alamaakk... maaflah ye.. kalau ada sesiapa tak dapat nk link blog tu.. ye la.. belum buka lagi. Walaubagaimanapun blog terataksariistana ni tetap akan bersama anda seperti biasa juga. Yang baru tu ada la.. assisstant kak cabai uruskan. Kak cabai tetap sayang dengan blog ni juga.. tau. Followers kat blog ni juga.. yang kak cabai sayang.
Kak cabai amat berterima kasih pada saudara kak cabai yang banyak membantu kak cabai dalam pembikinan blog terbaru tu, walaupun nampak biasa saja tapi sangat berharga pada kak cabai. Harap bila dah buka nanti sudi-sudilah singgah ye... Minggu depan mungkin kerja2 kak cabai pasal tempahan baju tu akan selesai. INSYAALLAH... lepastu bolehlah kak cabai luangkan lebih bayak masa untuk singgah dari blog ke blog atau blogwalking. Dah lama tak baca entri anda, sekadar singgah jap je.. itu pun kalau ada masa. Ok, nanti kita cerita lagi. daaa....

Monday, May 10, 2010

KITA JUMPA LAGI DI BLOG

ASSALAMUALAIKUM, semoga sejahteralah hendaknya. Amboooiii... lama kak cabai tak buat entri no...Alahai.. nak buat cam na kerja banyak yg kena siapkan. Apa pun kerja tu semua dah hampir selesai. INSYAALLAH... Kak cabai sebenarnya rinduuu.. sangat dengan kawan-kawan kat blog ni.. Laaa.. rasa macam saudara mara la pulak no...
Tak sangka blog ni sebenarnya menjalinkan silaturrahim juga kan... apa pun kak cabai sangat berterima kasih pada anda yang sudi tag kak cabai, bagi award, singgah komen, singgah jerit, semuanya berharga bagi kak cabai. Tumpang ada masa yang tak berapa banyak ni kak cabai pun ambil peluang buat entri terbaru untuk blog kak cabai ni. Ada banyak cerita sebenarnya nk diceritakan. Ya la... dah lama tak cerita. Setiap hari ada saja hal manusia sekeliling. Terbaru cerita pasal Hari Ibu. Lepas tu pasal hari guru pulak kan... Lepas tu hari apa ye..??? oooo ulangtahun perkahwinan kak cabai yang ke-15. he..he..he...bulan May juga...
Masa kak cabai dok sibuk buat kerja macam-macam tu, kak cabai tak tau la secara kebetulan ke, apa ke, entah la... Beberapa bulan lalu keluarga kak cabai kena samun. Peristiwa tu sebenarnya meninggalkan impak yang kuat pada keluarga kak cabai. Sampai sekarang kak cabai sekeluarga masih fobia dengan peristiwa itu.Ye la kalau dah pisau kat perut tak ke fobia.. Peristiwa tu berlaku di kawasan rumah kak cabai. Dalam sebulan pasti ada tak kurang dari 3 atau 4 kes yang sama. Ngeriii.. Dan yang terbaru minggu lepas, kak cabai yang sentiasa berhati-hati pun nyaris-nyaris ditimpa nasib tak baik. Kak cabai bersyukur sangat pada ALLAH s.w.t . kerena terselamat hari tu.
Macam ni.. hari tu kak cabai pergi hantar anak sekolah ada KOKO pagi pukul 8. Dia nk balik pukul 10 pagi. Macam biasa kak cabai pun pergilah tunggu dia kat sekolah tepat pukul 10, tapi belum keluar lagi. Kak cabai pun tunggulah kat tempat biasa.Tiba-tiba datang sebuah kereta dari arah belakang kemudian dia patah balik berhenti betul-betul tepi kereta kak cabai. Masa tu kak cabai tak perasan sangat sebab dok layan sms kawan kak cabai. Entah macamana tergerak hati nak tengok org kat sebelah kereta kak cabai tu, nampak macam nak tanya sesuatu, dua orang budak muda dok cangak sana sini, toleh-toleh kat kak cabai berkali-kali. Lepas tu pandang kiri pandang kanan. Hairan juga kak cabai masa tu. Apa kena dengan orang berdua ni. Dalam hati kak cabai mula syak sesuatu. Dalam dok syak yang bukan-bukan tu la tiba-tiba kak cabai baru teringat peristiwa kena samun depan rumah kak cabai hari tu.... apa lagi kak cabai terus masuk gear, tekan hand break pecut tak tentu arah.
Tak tau kemana nak pergi, anak kak cabai belum keluar lagi. Ya ALLAH... masa tu Tuhan saja yang tau hati kak cabai ni. Kak cabai terus memandu samapai ke satu masjid kak cabai berhenti kat situ. Tangan dan kaki dah menggigil-gigil sebab takut, terkejut dan semuanya terjadi secara spontan. Kak cabai menangis masa tu dah tak ingat orang nak tengok ke apa ke semua tu dah penting . Satu yang kak cabai dok fikir nak pergi ambil anak kak cabai semula macamna??Lebih kurang 10 minit kak cabai dok fikir nak pergi ambil anak kat sekolah tu akhirnya kak cabai gagah juga pergi ke sekolah tu tapi tunggu dekat sikit dengan sekolah. Betul-betul depan sekolah. Kak cabai nampak kereta yang tadi ada kat situ. Tapi dia tunggu sekejap dia keluar dari kawasan menunggu kemudian dia datang balik lepas tu dia pergi entah kemana. Masa tu orang dah ramai datang tunggu anak masing-masing. Masa kak cabai tunggu tadi cuma ada kak cabai sorang saja. Sebab tu agaknya dia berani. Anak kak cabai keluar lambat pula hari, lepas dia naik je, kak cabai terus balik rumah tak singgah mana-mana pun. Nak pergi beli barang jahitan pun tak berani nak keluar.
Jadi mak ni bukannya mudah. Macam-macam ujian Allah bagi pada kita. Baik pada ibu maupun bapa. Anak-anak, mak cabai minta janganlah durhaka.. Daaaa....

Tuesday, May 4, 2010

TAG

TAG!!!.. DARI NIERA. JOM JAWAB SOALAN-SOALANNYA.

CARA JAWAB TAG.

1) Go to your photo files, select the 8th photo folder.

2) Select the 8th photo in the folder.

3) Post the photo with the story behind it.

4) Then challange 8 blogging friend to do the same.


Haa.. ni la gambar yg sesuai kak cabai bubuh. Ni masa adik kak cabai kawin tahun lepas. Masa tu malam berinai. Mak cik yang tempek inai kat pengantin tu dok d KL ni. Masa tu cuti sekolah pakat balik kampung la kan... Sebenarnya mak cik tu bidan terjun. Dah tak ada sapa-sapa lagi dah yg sesuai depa nak tarik tempek inai. Saja action je tuuu.. nak tangkap gambar jer... Itulah cerita di sebalik gambar tu..

KAT BAWAH NI 8 BLOGGER YG DI TAG

1. cikmin
2. rockers
3. gooseberries
4. sakira
5. sakura
6. comeisari
7. kak ngah
8. kaseh cempakaz









Wednesday, April 28, 2010

KAK CABAI NAK HABAQ...


ASSALAMUALAIKUM, dah dekat seminggu kak cabai tak buat entry baru. Bukan apa, nak buat la ni... Kebetulan hari tu kak cabai dah ready nk masuk entry baru tup..tup.. letrik terputus... lama pulak tu. Dari pukul 8 pagi sampai pukul 6 ptg. Bateri dlm laptop ni pun baru nak cas masa tu... alahaaaii. sabar... jer.. Hari tu kak cabai pun mengemaslah kat belakang rumah nuu.. ala.. dah banyak barang2 lama dok simpan. Botol plastik, botol kaca, beg plastik bekas ais krim punya la banyak... satu hari tak cukup masa nak mengemas.
Dalam pada tu kawan kak cabai pula mai rumah ajak p masjid ukur langsir kt bahagian pompuan. Nk buat adang. Pi la kan tak kan tak pi pula... ada pula dok mai tempah baju kurung 4, 5 pasang, minta jahit tudung anak nk masuk asrama la, apa la, itu ini, itu ini, tak dan nk buka blog teratak kak cabai ni. Alaaa.... kawan blogger kak cabai dok mai singgah kt teratak kak cabai tapi kak cabai tak singgah pun blog depa... kesian..
Ni pun curi2 masa buat entry nk habaq kat blogger semua pasal apa kak cabai tak p blog korang. Remedy yg rajin dok gerak kak cabai, ada ka dia kata kak cabai tidoq, dok suruh kak cabai bangkit. Kak cabai ni bukan nufff. Padin, nanti kak cabai pos tuuutt... lambat la nak tunggu tahun depan. Nanti bila dah free sikit kak cabai pos nooo...Sabaq. Ain tu marka hang ka? Dia kata padin bagi link kak cabai kt dia suruh bgi gambar cun kat dia... Tak pa.. kak cabai tak marah aiiiihh... suka.. saja serkap jarang kalau tak betoi jgn marah padin noo...
Niera, hang tag kak cabai ka?? Tak pa.. nanti kak cabai buat bila free nanti ok.. rajin mai teratak kak cabai. Zulkbo, hang tau beruk mak yeh, yg p rumah hang tu dia mai rumah kak cabai pulak. Alamaakk... hari tu telefon rosak, encik TM tu pun mai la rmh kak cabai nk baiki, masa dia panjat bumbung rmh kak cabai ada la.. beruk mak yeh tu atas pokok rambutan depan rumah kak cabai. Ada ka, dia tanya kak cabai bela monyet ke?? Eh..eh..eh.. tak kan la nk bela monyet dok dalam KL ni. Tak masuk akai betoi. Darkbatman, kak cabai tak sempat nk p blog awak. Degar cerita dok bergaduh sakan dgn remedy, awat... alaa.. kak cabai tak tau cerita la...
Ester camna biz baguih kot. Kasihart, amboi banyaknya tape... macam kedai video la pulak. Dok tunjuk dalam blog ni nak menunjuk la tuuu... he.he... ingat ka nk buat entry p Camaron Hg. Ni giliran kak cabai pula la kerja banyak.. Dah siap ka edit gambaq2 tu semua..... habis kerjaa.. boleh la berblog noo... Yang kak cabai dok cari2 blogger cayunk, mana dia pi ha..?? ada sapa nampak ka?? Cikmin, apa habaq? Faheem sihat ka? Oh ya, kak cabai ada sorang kawan baru.... la.. korang tak pergi ziarah dia ka?? Fizwan... yang pandai pasal IT tuuu... macam dayah.... tapi dayah dah p mana lama tak singgah teratak kak cabai.
Long Hafizz Perantau London dah exam ka??? Ala ramai lagi nak taip nama korang kat sini tapi jam dah pukul 3.40 ptg dah . Sat lagi nk pi ambil anak kat sekolah pukul 4. Ni yang tak suka ni... Apa pun mana yang tak tertulis nama kat sini bukan bermakna kak cabai lupa... daaakkk... tak daann... Yang baru jadi followers kak cabai, terima kasih bnyk. Nanti ada masa kak cabai singgah blog korang ok... kak cabai nk siapkan tempahan orang tu dulu. Daaa....

Monday, April 19, 2010

NOSTALGIA RUMAH SETINGGAN

ASSALAMUALAIKUM, sejahteralah semua sahabat kak cabai. Dalam kak cabai dok buat n3 yg lepas banyak pula cerita yg menyentuh hati kita ni kan. Kali ni kak cabai ada satu nostalgia agak silam tapi masih tak terpadam d ingatan ni. Pasal rumah setinggan ni sapa yg tak tau macamana kehidupan d sana mai kita kongsi cerita ni. Betoi punya cerita tau. Dulu kak cabai pernah juga merasa dok d area setinggan ni. Bukan rmh kak cabai tapi saudara mara kak cabai. Macam2 kes kt situ. Ada kes bunuh, merompak, mencuri, mengintai dan segala jenis yg negatif ada kat situ.
Kalau bab cakap2 kesat ni, duduk kt situ setengah hari dah pandai bawa balik ilmu tu semua. Apa saja yg tak berapa berkenan ada d situ. Namun Kak cabai bersyukur saudara kak cabai ni bukan jenis macam tu, walaupun sesekali ada juga terlepas kata2 tak sedap dengar ni tapi tak la kritikal sangat. Keadaan rmh papan yg berhimpit-himpit, bawah rmh semuanya berkaki panjang sebab rmh dalam selut. Bila air pasang kaki kita pun boleh pijak air bawah rmh tu. Byangkanlah bau kat situ camna... alamak..
Apa yg kak cabai kagum sangat org kat situ macam adik beradik saling memahami antara satu sama lain. Depa semua ambil tahu jiran2 samada makan ke, sakit ke tak d biarkan sendirian. Baguskan...Kebanyakannya bekerja kilang, kerja sendiri, berniaga dan macam2 la kerja tak hebat. Pelajaran pun tak la setinggi mana sangat. Tapi ada juga STPM. Maklumlah duit adalah perkara penting nk melanjutkan pelajaran masa tu. Hidup d situ memang daif. Kesian tau. Nak d jadikan cerita, suatu hari tibalah malaikat maut mencabut nyawa rumah setinggan tu.
Masa tu kak cabai ada d rmh mak kak cabai dgn saudara kak cabai yg dok d rmh setinggan ni la. Panggilan telefon ptg tu menyatakan rmh saudara kak cabai ni tengah d jilat apiii...Allahhu Akbar... Apalagi dia pun terus pergi rmh yang dok tengah nak hangus tu mencari mak dan ayahnya. 3 orang kakaknya dengan beberapa orang anak saudaranya. Alhamdulillah.. syukur tak terkata semuanya selamat.
Tau tak d sebalik situasi cemas tu ada satu kisah yg kak cabai tak pernah lupa sampai hari ni. Ada sorang mak cik ni dok angkut laa.. barang2 nak selamatkan harta ni, sementara api tu jauh lagi dari rmh dia. Dia pun dok jengok2 la juga suami dia dok angkat barang keluar. Maklumlah depa ni buka kedai runcit d situ, sayang la kan barang nk d biar hangus cam tu je... Nak tau, suami dia ni bukannya nak angkat barang kedai tu... rupanya dia dok cari seluar kechik dia, dok bilang berapa helai lagi tak cukup sat gi nak pakai...dok cari warna merah hijau biru kuning segala warna, dok tanya lagi makcik tu mana lagi sehelai seluar kechik dia ni.. laaaa.. mengucap panjang mak cik ni. Dia pun marah la suami dia ni.
"Abang oooii..., selamatkan duit tu dulu, seluar kechik tu nanti kita boleh beli lain yang baru, lagipun benda tu tak penting puuunn..." kalau kak cabai pun tension juga laaa... ada ka dalam cemas camtu masih teringatkan seluar kechik juga...Masya-Allah... Inilah antara nostalgia yg sangat berharga dalam memori kak cabai. Bila teringat je kak cabai mesti tersenyum sorang2. Apa pun pak cik tu sekarang dah arwah sebab sakit usus.
Semua penduduk kampung setinggan tu pun dah pindah rumah baru. Ada yg dah pergi Mekah, dah buat rumah banglo pun ada, buat biz berjaya, belajar sampai tinggi2 pun dah ada. Alhadulillah... Tak pa la.. kita cerita benda lain pula lain kali.... Daaa...

Friday, April 16, 2010

SAHABAT KAK CABAI KENA DERA

ASSALAMUALAIKUM, ada sorang sahabat kak cabai ni masih muda, cantik suka pakai seksi2. Siapa yg tengok dia mesti ingat dia masih anak dara. Kulit hitam manis anak kelahiran pantai timur. Suami dia org berniaga. Agak lumayan juga hidup dia. Ada sorang anak baru nk masuk 2 tahun. Dia bela sorang ank tiri dlm umur 5 tahun. Ada sorang bibik.
Kak cabai selalu juga sembang dgn dia. Kadang2 tempah baju dgn kak cabai. Tapi sesuatu yang tak di sangka suatu hari, kak cabai ternampak dia dikasari oleh suaminya, yang tersayang ke?....Entahlah.. Selama hidup kak cabai inilah kali pertama kak cabai tengok dengan mata sendiri orang buat kerja gila tu. Terkedu kak cabai tak terkata apa-apa. Macam kaku seluruh tubuh ni. MasyaAllah.. Rupa-rupanya memang ada masaalah dlm rumahtangga depa. Memang tak di nafikan semua rumahtangga ada masalah. Kak cabai tak terkecuali, cuma kita kena fikir dgn akal bukan dgn nafsu amarah.
Kak cabai kesian sungguh dgn sahabat kak cabai ni. Ada ka patut laki dia tarik rambut dia sampai kt luar rumah, lepas tu tumbuk muka dia, sambil bini dia dok dukung anak, dgn anak tu pun dia tumbuk juga. Kak cabai serba salah nak p tolong ka x p tolong???.. tak tau nak buat keputusan masa tu.. ya la.. first time tengok part tu dlm hidup. Kalau kak cabai p sat gi dgn kak cabai sekali dia belasah, mampoih aku....nk buat cam na ni....
Bibik dia pun tak leh nak buat apa. Tengok je, sambil dia pun dok usaha nak ambil anak tu. Kenapa lelaki macam tu???.. dia tak tau ka masa bini dia nk lahirkan zuriat dia nyawa bagaikan di hujung tanduk. Kenapa tak ada belas kasihan. Sahabat tu dok melawan sedaya upaya dan akhirnya dia dapat melepaskan diri terus pergi buat report polis.
Esok tu kak cabai p tengok dia, habih lebab muka dia. Kesian sangat. Ingatkan bila polis dh masuk campur dah tak ada lagi kes tu, selang beberapa hari hal yg sama terjadi lagi. Kadang2 tengah malam pun dok dengar sahabat ni dok menjerit-jerit suruh cerai la, jagan pukul lagi la, hantar aku balik la, macam-macam...
Bila di tinjau2 rupanya suami dia tu ada ramai pompuan lain kat luar. Suka enjoy macam orang bujang tak ada anak isteri. Mahu tak mengamuk sahabat ni. Isteri ni ialah isteri yang ke-5. Ye la.. kawin cerai, kawin cerai. Saudara suami dia tu rupanya semua ada isteri lebih dari satu. Haa... terlopong kak cabai, bapa dia pun sama. Nak cakap apa lagi... Dah takdir agaknya sahabat kak cabai jadi macam tu. Macam biasalah kak cabai boleh kata bersabar aje lah.
Kak cabai harap sangat rumahtangga kita semua baik2 sahaja. Petua untuk kekal berumahtangga ialah BERSABAR.. DAN FAHAM TANGGUNGJAWAB MASING-MASING. Yang baru kawin 2,3 bulan tu lagi kena banyak bersabar. Tak pa la.. nanti kita cerita pasal lain pulak no.. Daaa...

Wednesday, April 14, 2010

MAK MERTUA MAK KITA JUGA

ASSALAMUALAIKUM, Pagi tadi kak cabai dok belek-belek lappy kak cabai yg kak cabai sayang sangt ni, tiba2 bunyi telefon. Bila angkat adalah sorang sahabat kak cabai di hujung talian ni, dgn nada suara yg sedikit tersebak-sebak... kesian la pulak. Kak cabai pun tanya kenapa? dia pun cerita panjang pasal mak mertua dia ni....
"Kak, apa pandangan kak kalau saya ni suruh adik ipar saya pula jaga mak mertua saya buat sementara waktu sebab sekarang ni saya ada masaalah kesihatan sikit. Lagipun saya dah lima tahun jaga dia. Ipar yang lain tu jaga sat-sat je. Saya pun macam kak cabai juga dok keluar masuk hantar anak sekolah sampai petang baru nk rehat. Mak mertua pula suka dok komplen itu ini semua tak kena. Saya dah tak tahan kak oii.. bukan apa kalau takat nk bagi makan minum tak dak masaalah. Nak jaga kencing berak pun tak apa, tapi mulut dia yang suka dok cakap saya ni tak buat apa pun kat rumah ni, tak layan dia, tak jaga dia elok-elok, dah tu dok berkelahi dgn pembantu rumah sampai kawan tu pun berhenti keja.... dah tentulah berat kerja saya ni kak.. Macam nak pengsan saya ni. Lepas pembantu berhenti, ipar-ipar telefon kata macam-macam....Apa patut saya buat ni kak cabai?.."
Sebenarnya ada lagi cerita selama hampir satu jam kat telefon tu. Kak cabai tulis sikit je la.. Tak tahu kak cabai nak cakap apa. Kak cabai cuma nak kata pada sahabat kak cabai tu macam ni la...
Dik, hidup ini ibarat hujung jari dicelup air lautan yg luas. Sisa pada hujung jari itulah sahaja dunia ini. Yang seluas terpelahang lautan itulah akhirat. Apa sahaja yang kita tak suka semua itu ujian Allah s.w.t. Ada dua perkara yang Dia suruh kita buat kat dunia ni :-
1) bersabar
2) bersyukur
Kalau kita tengah bergembira ingatlah masa itu Dia sebenarnya menyuruh kita bersyukur.
Bila kita rasa tersiksa, teraniaya apa-apa ajelah yg ter..ter.. yang kita tak suka sebenarnya Dia nak kita bersabar, bersabar, bersabar dan bersabar. Sebab Dia ada sesuatu yg lebih istimewa nak bagi kat kita cuma kita tak tahu apa giveaway itu.. so sabar je la....
Kak cabai pun ada banyak pengalaman yg menuntut kesabaran. Sebab sabar la juga dapat beli lappy ni... He..he..he.. Selagi namanya hidup kita akan sentiasa diuji. Itu tandanya Dia sayang kat kita. Nanti kita sembang lain. Daaa.....

Tuesday, April 13, 2010

KAK CABAI DAPAT RAMAI KAWAN

ASSALAMUALAIKUM, setelah sekian lama kak cabai menjadi suri d rumah dah hampir 15 tahun, kawan2 kak cabai biasanya org2 indon, kak2 yg seperti kak cabai je... ada la juga kawan2 yg bekerja tu tapi depa x berapa nk bersembang dgn org mcm kami ni.. maklumlah depa kalau cakap hal-hal duit bnyk2 cakap pasal bank2 loan2 pasal belajar ada phd la.. master la.. Kadang2 rasa tak padan nk duduk sembang dgn org keja2 ni...
Sejak kak cabai beli lappy ni, pasang broadband ni , hobi kak cabai dah kurang sikit. Syyy... hobi tido..Dok bersembang pula dengan kawan2 kt internet ni. Baguih sungguh no... ada kawan keja macam2. Depa semua kawan dengan kak cabai. Tak kurang juga ada yg keja macam kak cabai pun ada. Baguih la menatang internet ni... baguih sungguh.
Yang terbaru kak cabai boleh tanya ustaz noramin apa saja pasal agama. Kak cabai boleh tanya dayah pasal i.t. oooiii nak tau dayah tu pandai dlm i.t. pernah dapat anugerah tu... Ibu faheem pun mau juga kawan dgn kak cabai ni, seronok la ada ramai kawan. Ada juga hak dok kat jauh sikit tu norgadis, kak cabai suka p blog hang. Apih, dok tanya kak cabai apa makna CABAI? La ni tau dah la apa itu cabai kan Apih...Ramai lagi kawan kak cabai kat internet ni. Tu hak rocker tu dia suka dok mai terjah teratak kak cabai. Kadang2 tu risau juga takut teratak ku roboh.. Misdawia yg accident hari tu harap dah ok.
IK pun selalu dok hantar emel. Haaa.. tengok tu bukan setakat org keja opis je yg kawan dgn kak cabai jutawan pun sudi gak jadi kawan kak cabai. Terharuuu.. sangt. Macam2 tip dia bagi semata2 nk tolong kak cabai buat biz kt internet ni. Ada lagi ramai kawan kak cabai, tapi yang sorang ni x boleh la tinggal nama dia Kasihart. Lappy ni pun dia tolong belikan... he..he..he.. Thanks. Tak pa la... panjang dah cerita ni, lain kali kita sembang lain.. Oh ya... ada sorang lagi zulkbo, tulih p la nama hang tang ni.. Daa...


Monday, April 5, 2010

DI MANA NAK MULA DAN SIAPA NAK JUMPA??..


ASSALAMUALAIKUM, Kak Cabai tertanya-tanya sorang diri pada awal pembabitan Kak Cabai dlm internet ni asalnya untuk cari sikit sumber pendapatan. Tak banyak cuma sikit jer... yang lain tu hajat d hati nak saling bantu membantu sesama saudara Kak Cabai yg tak berapa berada mcam Kak Cabai ni la juga.. Apa yg menjadi kemusykilan d hati sekarang ni DI MANA NAK MULA DAN SIAPA NAK JUMPA???..


Kak Cabai sangat menghargai kalau ada sesiapa yg sudi menjadi SIFU Kak Cabai... Sebenarnya Kak Cabai masih baru dlm internet ni. Rasanya baru 2 bln kot dok tik tok kat internet ni. Maklumlah suri d rumah cuma ambil tempahan jahit baju jer..


Kak Cabai dok buka juga blog2 yang dok suruh klik sana sini. Tapi tak berapa nak faham nak buat macammana keja-keja internet ni. Heran juga kenapa ada keja cuma dok rumah dapat duit. Confuse juga kadang2 tu. Bukannya apa takut nanti tersalah klik kang.....


Selama ni pun adik Kak Cabai yg dok bertungkus lumus ajar kak cabai pasal blog ni. Dah tau la sikit-sikit tik tok sana sini. Sekarang ni Kak Cabai rasa nak melangkah setapak lagi ke depan. Sebab tu Kak Cabai nk try buat bizz dengan internet ni. Kalaulah ada sapa-sapa yg sudi bagi nasihat, silalah... Kak Cabai sebenarnya tak segan nk belajar. Apa nak malu kan...Org kata malu bertanya sesat jalan.


Segala pandangan dan tunjuk ajar anda semua sangat Kak Cabai hargai... Daa..


Friday, April 2, 2010

Tag dari kasihart lagi..



Assalammualaikum semua ...
Kali ni entry kak cabai tentang tag 'mommies bloggers' .. kak cabai di tag oleh kasihart lagi.. kali ke dua dari dia.. terima kasih kasihart.. hot ke kat cabai ni? hehehe..

Tag ni pun dah lama kak cabai dapat sorry yer sebab lama terperam... siapa lagi yang tag untuk kak cabai? kak cabai ni kadang tu terlupa.. ada juga yang tag kat cabai, tapi kak cabai nak ambil macam mana kalau tidak ada link :-( sedih juga kalau ada readers yang ingat kat kak cabai tapi kak cabai tak tahu jalan nak ke blog mereka.... jadi tinggalkan link anda yer.. insyaallah kak cabai akan jawab!..


Syarat-syarat utk award ni :


1. Bg ucapan maceh kt spe yg bg award ni n p ostkn award ni dlm blog memasing.
Terima kasih kasihart..kalau ada bagi lagi..

2. List kan tarikh lahir anak yg 1st n seterusnyer...letak skali name anak ---> mcm kat bawah nieh...heee



farhana 1apr97 farisya 6jun98 farwiza 23apr02


4. sape2 yg peknen letak gambo masa peknen
kak cabai tak..

5. bagi la award nie kat sape2 hot mama (sume yg dah jadi n akan jadi mak la yee) yg korang kenal .

mari kita lihat siapa yang kena


rahazza aiman
suzie284
nafira
salbiah karim

sila-sila lah yaaa... kalau dah pernah buat sila abaikan ya..

Wednesday, March 31, 2010

Award dari kasihart



Salam.. ini entry kak cabai yang ke 2 untuk hari ini.. kak cabai dapat award.. sebenarnya award ni dah lama kak cabai dapat..peram-peram jadi pekasam. Award ni dari kasihart . Pertama kali kak cabai dapat award... blog kak cabai ni biasa saja.. mian tempek-tempek. Apa pun terima kasih kasihart.


BEAUTIFUL BLOGGER AWARD FROM KASIHART






Here are the rules to accept the award :

1. Thank & link the person that gave you the award.

2. Pass this award onto 15 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic

3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award
4. State 7 things about yourself.


Well, here are 7 things about myself :

1- Ada 3 orang anak sama macam kasih ..tapi semua anak kak cabai perempuan..
2- Suka memasak ..penting tu..
3- Love to make nasi ayam..
4- Driver untuk anak pergi sekolah pagi dan petang.
5- Kak cabai anak yang ke 2 dari 6orang adik beardik.
6- Seorang yang simple.
7- suka menjahit..time nak dekat hari raya dan nak buka sekolah tempahan banyak..tak menang tangan..



Now I'm passing this award to other bloggers with the most wonderful blogs ...


Pada yang dah di tag tu.. harap sudi lah terima.. kalau yang dah pernah dapat tu, tak per..kak cabai tak kisah.. okey..


JAWAPAN TEKA-TEKI

ASSALAMUALAIKUM.. sejahteralah hendaknya semua sahabat blog. Wah, rupanya ada yg sudi nak jawab teka-teki kak cabai tu... Alahai, zulkbo awak ni...hantam aje la... jawapan apa pun... Tapi kak cabai sangat hargai jawapan anda tu... Amboi, cik aida comei awal2 lagi comfirm jawapan tu betoi... memang betoi jawapannya K E R A N D A. Yang tiru jawapan cik aida comei tu pun betoi juga la.... Terima kasih la.. kerana sudi sahut cabaran ni....walaupun kak cabai tak sediakan hadiah. Oh ya.. ada ayat tergantung dlm post yg lepas. Kalau siapa boleh jawab memang dia....... kak cabai sambung kat sini..... dia memang beruntung sebab mengingati hari kematian.
Kak cabai selalu rasa gelisah bila teringat teka-teki ni. Awat dak... bekal nak bawa p sana tak tau cukup ka dak lagi. Bekal kat dunia ni pun tak berapa nk cukup lagi dok asyik buat trafik klik nuff... aje. Kadang2 dok rasa nak daftar Dapat Wang la, my look la, apa la.... adoii.. takut ni....Ya, sahabat blog semua sama-samalah kita ingat mengingati antara satu sama lain.
Kadang2 kita ni dok klik nuff pun ada yang tak jujur kan.....bukan menyindir tapi mengingati....sesama kita. Tak pa la.. kak cabai nak p ambik wuduk nak p mengaji sat. Dok kecut perut dah ni. Lepas baca post kak cabai sama-samalah kita p ambik wuduk lepas tu kliklah apa yg patut untuk up trafik kat sana nu... Jgn rasa jauh lagi, entah-entah esok , lusa Dia jemput kita pula siapa tahu. Ok lah geng kak cabai semua kita cerita lain kali pula. Daa....

Sunday, March 28, 2010

CUBA TEKA, APA DIA...

Kak cabai teringat satu teka-teki dari seseorang dari satu siaran radio. Nak kongsi dgn anda semua boleh la kan...Teka-teki tu bunyi dia macam ni...

SATU BENDA YANG SANGAT PENTING. TAPI KENAPA TUKANG BUAT TAK NAK GUNA BENDA NI. TUKANG BELI PUN TAK NAK GUNA JUGA. SESIAPA YANG DAPAT MELIHAT BENDA NI PUN TAK NAK GUNA BENDA NI. ORANG YANG BIASA GUNA BENDA NI BIASANYA DIA TAK SEDAR PUN DIA TENGAH GUNA BENDA NI... APA BENDA NI.....

HA..tunggu apa lagi jawab la. Siapa yang boleh jawab memang dia......... esok-esok kak cabai sambung. Daa...

Friday, March 26, 2010

PUISI BERSANGKA-SANGKA

manusia hari ini suka bersangka-sangka
ada bersangka baik, ada bersangka buruk.
orang beribadah disangka riak
orang yang rileks disangka malas
orang yang pakai baju baru disangka menunjuk-nunjuk
orang yang pakai baju buruk disangka zuhud
orang yang makan banyak disangka pelahap
orang yang makan sikit disangka diet
orang baik disangka buruk
orang buruk disangka baik
orang senyum disangka mengejek
orang masam disangka merajuk
orang bermuzakarah disangka mengumpat
orang diam disangka menyendiri
orang menawan disangka pakai susuk
orang nampak ceria disangka membela
mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada ALLAH
mana tahu yang senyum itu kerana sedekah
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
manatahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya.
jangan suka bersangka-sangka kerana akan memusnahkan ukhwah
seperti musnahnya kayu dimakan api.
satu benda yang kita lihat, pelbagai kesimpulan boleh kita buat
semuanya bergantung bagaimana kita melihanya.....

(dipetik dari sebuah karangan islam)



Monday, March 22, 2010

Beri anak anda makan ikan..



Salam semua..
sihat ke? alhamdulillah kak cabai masih lagi diberi kesihatan yang baik..
lama juga ya kak cabai tak buat entry... malas tu tak.. cuma kak cabai ada masalah dengan lappy kak cabai.. bila kak cabai nak buat entry mula la ada masalah.. benda-benda macam ni memang menguji tahap kesabaran kak cabai.. "sabar cabai..sabarr".... itu kata-kata dari kak cabai... kena banyak bersabar.. malam ni kak cabai rasa macam dah tak ada masalah dengan lappy ni.. boleh menaip dengan lancar pulak pagi-pagi ni.... harap tiada gangguan.. :)
Kali ni kak cabai nak berkongsi tip kesihatan untuk kita dan anak-anak kita..
Mahu tak otak anak anda jadi cerdik? mesti mahukan.. setiap ibu bapa pasti mengharapkan anak-anak mereka mempunyai IQ yang bagus. Kak cabai pun apa kurangnya. Ramai ibubapa sekarang suka memberi anak-anak mereka makan ayam goreng dan makanan segera lain. Bukan tak boleh makan.. bolehhh... tapi jangan makan selalu.. sebab nanti otak akan tumpul.

Jika dibandingkan antara harga ayam dan ikan yang mana lebih mahal? ( pandai-pandailah kira sendiri yer..) Tapi jika anak mahu anak anda bijak pandai, anda perlu melabur dengan memastikan mereka makan ikan setiap hari. Makan ikan 10 gram setiap hari boleh menajamkan minda. Fakta ini datangnya dari Norway yang mana rakyatnya selalu makan salmon dan kod. Saintis percaya kandungan asid lemak omega 3 yang kaya dalam salmon dan mackerel memiliki kaitan dengan tahap kecedasan minda..


google search


Kak cabai tertanya-tanya.. kalau makan ikan kembung dan ikan sungai adakah kandungan ikan itu sama macam ikan di Norway tu??
Tapi ikan keli dan haruan bagus tau... kak cabai selalu makan.. goreng pun sedap!!



Tuesday, March 16, 2010

2 petua dari dapur bersama kak cabai



Salam semua..lama juga yer kak cabai tak berblog ni.. rasa macam kosong pulak rumah kak cabai bila tak ada cerita baru.. ok hari ini kak cabai nak bagi petua dari orang lama yang terlebih dahulu mencuba petua-petua ini.. dan dah pastinya pentua ini 'menjadi'! sebab tu kak cabai nak kongsi bersama anda semua. Jangan baca saja cubalah buat.. insyaallah..

__________________________________________

Empukkan daging


Carian dari google

Suka makan daging? macam mana nak empukkan daging dengan cepat? nak buat sup daging pun kena bagi daging lembut baru sedap dimakan begitu juga dengan resipi-resipi lain,yang berasaskan daging. Daging adalah menu wajib bila tiba hari raya atau bila ada majlis kenduri. Masalah akan timbul bila daging yang dimasak itu lambat empuk. Nak bagi cepat empuk cuba petua ini, mbil beberapa helai daun nangka dan masukkan ke dalam air rebusan daging. Rebuslah daging itu selama beberapa minit sehingga daging tersebut empuk .

* Ada juga yang masukkan sudu untuk empukkan daging emm... yang penting masa rebus tu kenalah tutup periuk daging tu dan api janganlah terlalu 'garang'.

__________________________________________

Sayuran kembali segar

Carian dari google

Adakah anda suka menyimpan sayur-sayuran di dalam peti untuk beberapa hari sebelum dimasak? Kak cabai selalu jugak buat macam tu. Peti sejuk kak cabai ni dah jadi stor la untuk menyimpan makanan. Sayur adalah makanan wajib yang perlu diambil setiap hari. Pada suri rumah dan pada sesiapa saja yang selalu masak atau makan sayur sudah pasti mahukan sayur yang segar untuk dihidangkan kepada keluarga tersayang. Macam mana nak segarkan sayur yang disimpan lama dalam peti sejuk? caranya begini.. sediakan air yang telah dicampurkan dengan cuka, rendamlah sayuran tersebut untuk beberapa minit tahukah anda selain mengembalikan kesegaran pada sayuran, cuka juga dapat menyinkirkan kotoran pada sayuran tersebut!

*Jika tiada cuka anda juga boleh balutkan sayuran tersebut dengan plastik dengan kemas dan simpan dalam peti sejuk.. Nak cabai yang segar pun boleh juga cuba cara ini :-)

Selamat mencuba..



Thursday, March 11, 2010

Ibu tiri dulu dan Ibu tiri sekarang


Salam .. bertemu lagi yer kita.. terima kasih kerana sudi singgah baca..
Wahai ibu-ibu, apa yang dimasak untuk makan malam ni? dah makan ke anak itu?
Kali ini kak cabai nak kongsi cerita tentang ibu tiri dulu dan sekarang.Siapa pernah atau sedang jadi ibu tiri? best tak jadi ibu tiri? Kak cabai belum pernah merasai pengalaman jadi ibu tiri atau beribu tiri.

Apa bezanya ibu tiri dulu dan sekarang? huhhh.. susah nak jawab, sebab tak ada pengalaman.
Kak cabai pernah melihat kehidupan beberapa kenalan kak cabai yang mempunyai ibu tiri. Ada yang suka pada anak-anak tirinya dan ada pula yang tak suka. Ada pula yang anak tiri itu sendiri yang tak suka pada ibu tiri itu sendiri. Payah nihh!!.. macam mana nak bahagia rumah tangga kalau tiada persefahaman. Yang pening kepala mestilah si suami atau bapa kepada budak-budak itu.

google

Masa zaman kak cabai kecik dulu, selalu orang tua kata kalau ada mak tiri nanti, mak tiri bagi makan katak. haha.. pernah dengar tak? konon-konon golongan mak tiri ni sungguh teruk la.. sampai bagi makan katak. Kalau difikir balik, mak tiri tu berani ke tangkap atau bersiang katak? huhhh..the evil stepmother tu.. agak-agak katak tu nak digoreng kicap ke atau goreng kunyit? eiiii.. tak lalu kak cabai..
Sekarang masih adakah kata-kata yang mak tiri bagi makan katak? Rasa kak cabai mak tiri sekarang bagi makan kfc, mcD, beli nasi bungkus, dalam peti ais penuh dengan makan segera dan macam-macam lagi.. mak tiri sekarang malas dah nak masak.. hahaha.. gurau saja yer..
sekali sekala gurau dengan mak tiri best tau.. :)

Jadi mak tiri ni kena tahan kutukan.. kadan
g tu tak semua ahli keluarga sebelah suami suka dengan kehadiran anda.. bersabar je lah.. nak kat bapak budak yang hensem kena tahan cacian, itu memang dah adat dalam sebuah keluarga.. kalau dah kahwin nanti mesti ada perbandingan antara mak kandung dengan mak tiri.. lagi laa.. tekanan..
Oleh itu kepada sesiapa yang bergelar mak tiri atau nak bergelar mak tiri.. kena banyak bersabar yer.. kalau keluarga suami suka dengan kehadiran anda ..alhamdulillah..

Siapa yang nak kak cabai jadi jadi mak tiri dia? cepat isi borang!! Nanti kak cabai masak makanan berasaskan cabai saja.. hahaha.. :0